Sunday, June 6, 2010

Oda Bumi Anbia - GAZA

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalammualaikum w.b.t

Salam Dunia.



Dunia bersedih. Pilu. Hujan bagaikan menyimbah hati setiap insan  dengan berita peristiwa tidak bertamadun rampasan kapal GAZA AID FLOTILLA yang menyebabkan 9 korban jiwa oleh komando regim yahudi laknatullah. Regim laknatullah menodai undang-undang antarabangsa dengan menceroboh perairan antarabangsa bersama perlakuan hina sebagaimana hina bangsa mereka.


 PENJENAYAH DUNIA !!


Berita terkini berkenaan kapal Rachel Corrie, kapal kargo tersebut telah dipintas dan dipaksa berlabuh di Pelabuhan Ashdod, Israel. Nama kapal tersebut diambil sempena nama seorang aktivis kemanusiaan ke Palestin yang maut disodok jentolak Israel dalam usaha menghalang jentolak tersebut daripada merobohkan pertempatan rakyat Palestin. Wanita bernama Rachel Aliene Corrie dan beragama kristian. Beliau sanggup korbankan nyawa beliau untuk umat Islam Palestin. Malulah kita! Tersangatlah kecil jika hendak dibandingkan pengorbanan beliau dengan kita. Kapal Rachel Corrie dibiayai oleh Perdana Global Peace Organisation (PGPO) sebuah pertubuhan amal Malaysia yang dipengerusikan oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad.


Siapa yang berani bersuara? Umat Islam kini memcecah 1.6 billion. Siapa yang bersuara?? Kita tidak bersatu. Kita berpecah berjuta !! Sebahagian besar duduk empuk di atas kerusi lembik, enak menjamah hidangan, menikmati roti bersama susu segar dan yang paling malang bagi umat Islam, ada segelintir umat durjana tidak pernah mahu ambil tahu dan peduli perkembangan rakyat Islam di Gaza, Palestin.  Inikah kita ?


                  RECCEP TAYYIP ERDOGAN                       ISMAIL HANIYEH

Recep Tayyip Erdogan dan Ismael Haniyeh - Siapakah beliau berdua? Berani anda tidak kenal !! Yang mulia En. Recep, daku junjung dan sokong kepimpinanmu. Terus peperangan psikologi menentang Israel. Beliau merupakan Perdana Menteri Turki, insan yang paling lantang menentang dan mengecam perbuatan regim lakatullah. Begitu juga kepimpinan Hamas melalui Perdana Menteri Ismael Haniyeh yang mengisytiharkan Intifada . Syabas !! 

 OIC - LOGO HERO ACTION ZERO


Malaysia, Indonesia, Brunei dan negara-negara Arab - Mata anda buta ? Mulut anda bisu ? Tangan anda terpasung ? 53 negara OIC - Anda masih tidur lagi ? Dunia sudah terang !! Terang dek percikan peluru Israel !! Tiada Mesyuarat Tergempar OIC , anda memang durjana , pengecut !!

Terima kasih kepada regim laknatullah kerna perlakuan anda merupakan WAKE UP CALL kepada dunia. Kekejaman ini bukanlah sentimen agama tetapi melangkaui batas kemanusiaan. Mata dunia terbelalak menyaksikan kekejaman anda dan hati-hati kecil insan perihatin tanpa kira batas agama dan bangsa terbakar bangun menentang anda diseluruh dunia. Anda sentiasa tersalah langkah. Hakikatnya anda takut apabila hati-hati kecil ini bersatu. Bersatu membawa harapan yang besar membebaskan Palestin.

Di mana kuasa dunia U.S, ketika Islam memerlukan anda. Persetankan deklarasi Cairo 2009 !! U.S kau takkan bisa menjalinkan hubungi baik dengan Islam jika kau dilembukan oleh regim  yahudi laknatullah. Dasar luar U.S  jelas menyebelahi Israel. Kekejaman ini tidak engkau endahkan dengan dasar luar yang lebih keras dan tegas. Kuasa Dunia jenis apa kau ini. Kuasa Keparat !! Engkau biarkan hati-hati yang memiliki jiwa dan cita besar di bumi anbia ditindas, diyatim piatukan, dinyah, dirobek dek peluru dibumi mereka sendiri. Persetankan keperimanusiaanmu yang tidak berbelas !! Barrack Obama tunjukkan kuasamu ! Jangan jadi lembu Israel !



Wahai sahabat,
Apa yang dapat kita lakukan ? Sekecil-kecil jihad kita adalah doa , infa' dan boikot produk keluaran U.S dan Israel. Bagi mereka yang telah memboikot teruskan jihad anda dan bagi mereka yang belum mulakan langkah pertama anda. Sesungguhnya anda masih belum terlambat. Boikotlah. Anda tidak akan mati, rosak kulit, botak rambut , kebuluran tanpa produk-produk mereka. Boikotlah semampu yang boleh. Doa dan infa' sentiasa.


ODA BUMI ANBIA



Dr. Jamnul Azhar Bicara Tentang Anak Palestin


MESTI TONTON VIDEO !!!! 
FLASHMOB BOYCOTT ISRAEL









Sekian.
Wassalam




Monday, May 31, 2010

Jika Aku Jatuh Hati

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalammualaikum w.b.t
 
Salam sayang..


Tajuk macam jiwang. hehe.. Musim-musim exam ni, perkara biasa yang sering dibincangkan semestinya masa depan. Masa depan, berkenaan pelajaran, pasangan hidup, bila hendak tamatkan zaman bujang dan lain-lain topik yang menarik.


Saya gembira hidup bersama sahabat-sahabat saya khususnya ahli rumah saya. Kebanyakan humor mereka selalu membuatkan saya berfikir tentang masa depan saya. Humor mereka banyak berkisar tentang masa depan masing-masing. Syukur mereka telah memikir dan merencanakan sesuatu untuk hari mendatang. Saya doakan yang terbaik untuk semua.


Jika Aku Jatuh Hati - Video ini telah dihantar linknya kepada seorang ahli beit saya dan dihantar pula kepada kami berdua. Tontonlah video ini. '' Tonton dengan penuh emosi''- ujar seorang ahli beit saya. Bergenang air mata dia ketika menonton video ini. Tidak pastilah apa sebabnya. Mungkin rindukan keluarga nan jauh atau mungkin juga mengenangkan masa depan yang telah direncanakan sebaik mungkin.
 
"Wa makaru wa makarallahu wallahu khairul makirin"

(Mereka merancang, Allah juga merancang, sesungguhnya Allah sebaik-baik Perancang)
 
'' Aku doakan yang terbaik untuk korang berdua, amin ya rabb ''






Sekian. Wassalam. 

 

Sunday, May 9, 2010

Ibu, Ibu, Engkaulah Ratu Hatiku...

بسم الله الرحمن الرحيم
Assalammualaikum w.b.t

Selamat Bercuti dan Belajar..


Buat Ibuku Puan Rubiah Binti Haji Saad, serta insan-insan lain yang bergelar ibu, daku dedikasikan pena dan ucapan ini buat anda semua insan yang berjiwa mulia.

" Selamat Hari Ibu , Mak... Jasa, belai kasih mak tak dapat abang balas. Doakan abang jadi insan dan anak soleh supaya tidak lupa diri dan menderhaka kepada mak dan abah. Nantikan kepulangan abang bersama sesuatu yang akan merubah hidup kita semua. Abang doakan mak dan abah sentiasa diberkati dan diberi kekuatan untuk terus menjalani sisa-sisa hidup dalam penuh keredhaan. amin "

 

Ibu

Ibu ibu
Engkaulah ratu hatiku
Bila ku berduka
Engkau hiburkan selalu

Ibu ibu
Engkaulah ratu hatiku
Tempat menyatakan kasih
Wahai ibu

Betapa tidak hanya engkaulah
Yang menyniari hidupku
Sepanjang masa engkau berkorban
Tidak putusnya bagai air lalu

Ibu ibu
Engkaulah ratu hatiku
Tempatku menyerahkan kasih
Wahai ibu


>>> Hayatilah Paparan Berikut <<<

 




 




 SAYANG DAN HARGAILAH IBU ANDA













Sayangilah Ibu dan Ayah anda..
Masih belum terlambat untuk menghargai mereka yang berkorban untuk kita.
Usah merasa ingin menghargai mereka setelah kami kehilangan mereka.
Insaflah..renungkanlah..


sekian
wassalam

Wednesday, May 5, 2010

Hitam Putih Kehidupan

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalammualaikum w.b.t






 HITAM PUTIH KEHIDUPAN 


Lihatlah sekitar alam
Dunia luas terbentang
Langit tinggi kebiruan
Pohon-pohon kehijauan
Hembusan bayu yang menyegarkan

Dengarkan di sana-sini
Beburung riang menyanyi
Berbunga aneka warna
Sumber kedamaian jiwa
Mensyukuri nikmat Maha Esa

Begitu berharga kehidupan ini
Bagi mereka yang tahu menghargai
Mengapa terdorong oleh perasaan
Kalau turutkan hati diri menjadi korban

Tiada yang dapat lari dari masalah diri
Hadapi lah dengan tenang
Tiap cabaran yang datang
Atasinya dengan keimanan

Sekadar buat renungan
Untukmu teman tersayang
Hitam putih masa depan
Sendirian menentukan
Hidup ini usah persiakan






(Abaikan Insan-insan dalam paparan video ini.)




 
>>> Renung-Renungkan Wahai Sahabatku <<<

Sekian, Selamat Belajar.
Wassalam


Wednesday, April 14, 2010

GAGAL , BIASA atau BERJAYA??

بسم الله الرحمن الرحيم
Assalammualaikum w.b.t
Salam kejayaan,
Selamat berjuang.



Di kala peperiksaan ini, tangan ini sentiasa gatal untuk menukilkan pena baru. Sempat saya layari beberapa laman web dan akhirnya saya temui mutiara-mutiara yang dapat membakar motivasi diri kita semua.

Anda seorang yang bagaimana? Mahasiswa/wi GAGAL, BIASA atau BERJAYA?? Nyata dalam semesta ini ramai manusia yang gagal daripada berjaya.

Manusia gagal = Mereka yang mensia-siakan peluang yang mereka miliki.
Manusia biasa = Mereka yang melihat peluang berlalu begitu saja.
Manusia berjaya = Mereka yang sentiasa mencari dan memanfaatkan peluang.

Anda berada dalam kelompok mana? Tiada siapa mahu gagal.Namun hampir semua yang berfikiran begitu tegar untuk mencari resolusi mengagalkan teori GAGAL.

Insan hebat. Bagaimanakah mereka? Andakah anda hebat? Ya, setiap kita berhak untuk bergelar HEBAT. Cuma jangan hangat-hangat tahi ayam, bercita-cita hebat namun tindakan dan usaha tidak hebat. Anda tidak akan ke mana-mana. Pi mai pi tang tu juga!!




Kegagalan tidak merencat kejayaan anda. Andalah musuh yang merencat kejayaan anda. Gagal tahun ini, pastikan anda bangun dengan lebih ampuh dan lebih bersedia. Anda punya kelebihan daripada rakan lain kerna anda pernah melalui situasi itu. Sudah tentu anda punya cara dan alternatif untuk mengekang perkara itu berulang. Bangkitlah kamu-kamu disana. Sesungguhnya kamu tidak berseorangan untuk berjaya. Kita semua bersama di arena ini.


BOLEH GAGAL tapi JANGAN TAKUT MENCUBA

Sahabat saya pernah berkata : Beza antara mereka yang berjaya dan gagal adalah kerajinan dan ketekunan dalam pelajaran. Beza antara mereka yang cemerlang adalah teknik belajar.




Tontoni paparan video berikut. Disampaikan oleh pakar motivasi terkemuka Dr. Tengku Asmadi. Maaf kualiti video kurang bagus. Semoga paparan ini dapat membantu anda menjadi seorang insan yang HEBAT.






Sekian.
Wassalam.

Tuesday, April 13, 2010

Latest !! Jadual Exam !!

بسم الله الرحمن الرحيم 
Assalammualaikum w.b.t

Makluman Penting !! JADUAL TERKINI

PRACTICAL

2nd YEAR

Group 4 (3638 - 3849)

18.4 Physiology
19.4 Histology
20.4 Anatomy
21.4 Biochemistry 

Group 5 (3850 -akhir)

19.4 Physiology
20.4 Histology
21.4 Anatomy
22.4 Biochemistry

1st YEAR

26.4 Anatomy
27.4 Histology
28.4 Physiology
29.4 Biochemistry


WRITTEN

24.5 Physiology
27.5 Physiology 1st Year
30.5 Histology
3.6  Biochemistry 1st Year
10.6 Anatomy
14.6 Anatomy 1st Year
17.6 Biochemistry
20.6 Histology
21.6 Psychology


ORAL

24.6 Physiology
25.6 Anatomy 1st Year
26.6 Histology
27.6 Histology 1st Year
28.6 Anatomy
30.6 Biochemistry
1.7   Biochemistry 1st year
 
>>>>

Harap Maklum. Sebarang pertanyaan sila berhubung dengan pihak yang berkenaan.

Selamat Berjuang.
wassalam 
 
    

Friday, April 9, 2010

PIL MOTIVASI KITA

بسم الله الرحمن الرحيم 
Assalammualaikum w.b.t
Salam bulan peperiksaan,

Tatkala mampir ke garisan tamat penggal ini, pelbagai kontroversi melanda dan saya yakin perkara itu sedikit sebanyak men'distract' dan merencatkan kemaraan serta titik fokus kita dalam menghadapi peperangan pena di dewan peperiksaan.

Pena saya kali ini dengan tujuan ingin mengalih "QIBLAT" kita kepada perkara yang lebih utama. Utamakan Yang Paling Utama. Apa yang paling utama ketika ini? 
>>>Membontoti pakwe or makwe ke sana ke mari ?  
>>>Stay-up setiap hari tonton movie/series ? 
>>>Bergosip-gosipan 24/7 ? 
>>>Berchatting-chattingan ? 
>>>Berblog-blogan?. 

Jujur, saya boleh tentukan yang paling utama tapi susah sekali hendak laksanakannya. Jadi paksalah diri anda untuk melakukan sesuatu yang lebih baik dan terbaik untuk masa depan anda!

''QIBLAT'' kita sekarang adalah peperiksaan. Inilah musuh yang perlu kita perangi. Tidak dapat tidak itulah ''QIBLAT" kita buat masa ini dan sepanjang penghidupan kita sebagai mahasiswa/wi. Sudah menjadi lumrah kita, susah hendak kekalkan arah ke ''QIBLAT'' itu. Pelbagai faktor yang memesongkan kita. Antaranya seperti perkara yang saya maktubkan awal tadi. Realitinya kita diserang pelbagai simptom yang merencatkan fungsi deria penglihatan, pendengaran, sentuhan yang secara langsung menganggu pemprosesan data untuk disimpan dan dimumtahkan semasa peperangan akhir.





Berikut merupakan simptom yang menular dalam kalangan mahasiswa/wi dikala peperiksaan kian mampir :
  • Tiada semangat dan motivasi belajar
  • Tidak fokus semasa di dalam kelas
  • Tidak dapat memberikan tumpuan semasa ulangkaji
  • Malas untuk belajar
  • Lambat memahami apa yang diulangkaji
  • Tidak dapat menghafal dengan berkesan
  • Lupa apa yang sudah dipelajari
  • Tidak dapat menjawab ujian dengan berkesan
  • Lemah dalam matapelajaran yang tertentu
  • Tekanan dan Stres menghadapi peperiksaan
  • Tiada disiplin belajar 

Anda miliki salah satu simptom di atas? Jangan kaget jika kamu dijangkiti oleh simptom itu. Dunia belum berakhir. Masa masih ada. Setiap penyakit pasti punya ubatnya. Ubat ini tidak perlukan anda berjumpa Doktor Pakar dan pil-pil dari farmasi.Penyakit ini hanya perlukan pil yang anda boleh dapatkan dalam diri anda yang diberi nama MOTIVASI.

PIL MOTIVASI KITA
DAPATKAN SEGERA SEMENTARA STOK MASIH ADA! 
  

STIMULUS MOTIVASI BELAJAR

2 FAKTOR MERANGSANG MOTIVASI KITA
  • Pertama, motivasi belajar melalui faktor internal. Motivasi ini terbentuk kerana kesedaran diri atas pemahaman betapa pentingnya belajar untuk mengembangkan diri dan bekal untuk peperiksaan.
  • Kedua, motivasi belajar melalui faktor eksternal, iaitu berupa rangsangan daripada orang lain, atau lingkungan sekitarnya yang dapat mempengaruhi psikologi orang yang berada disekeliling.  

 

TIPS-TIPS MENINGKATKAN MOTIVASI BELAJAR

Kita maklum motivasi untuk belajar tidak akan terbentuk jika tiada kemahuan. Keinginan, cita-cita, dan menyedari manfaat perlu digarap dalam diri kita. 

 

Imagination is STRONGER than a WILL 

 Albert Einstein


Imaginasikan apa yang kita hendak lakukan. InsyaAllah perkara itu akan berlaku. Perkara ini disokong oleh kajian ahli Psikiatri British. Keberangkalian sebanyak 80 peratus perkara yang kita imaginasikan akan menjadi kenyataan.Mari sama-sama kita berimaginasi kita akan belajar dan lulus cemerlang dalam peperiksaan. Kelihatan seperti remeh dan mustahil kan? Tiada perkara yang mustahil!

  • Bergaul dengan mereka yang senang belajar

    Bergaul dengan orang-orang yang senang belajar dan berprestasi, akan membuat kita pun gemar belajar. Selain itu, cuba cari orang,atau komuniti yang mempunyai kondisi kebiasaan baik dalam belajar.

    Kebiasaan dan semangat mereka akan menular kepada kita. Seperti halnya analogi orang yang berteman dengan tukang pandai besi atau penjual minyak wangi. Jika kita bergaul dengan tukang besi, maka kita pun turut terpalit dengan bau bakaran besi, dan jika bergaul dengan penjual minyak wangi, kita pun akan berbau harum minyak wangi.
       
  • Bergaulah dengan mereka yang optimis dan selalu berpikiran positif
    Di dunia ini, ada insan yang sering berfikiran optimistik meskipun dia dirundung masalah. Nescaya kita akan lebih semangat, ghairah, dan rasa optimis jika sering bersosial dengan orang-orang atau berada dalam komuniti seperti itu, dan sebaliknya.
     
  • Cari motivator
    Kadangkala, kita memerlukan orang lain sebagai pemacu atau mentor dalam menjalani penghidupan kita sebagai mahsiswa/wi. Misalnya: teman, ataupun pasangan hidup. Insan-insan ini dapat membantu dan memotivasi kita dalam pelajaran dan meraih prestasi.

Belajar ketika orang lain tidur, bekerja ketika orang lain bermalasan, dan bermimpi ketika orang lain berharap."

William A. Ward


>>>>

Saya doakan semoga tips dan maklumat yang saya kumpul dan garapkan ini dapat memberi manfaat kepada semua. Meskipun dengan cadangan dan lontaran buah fikiran ini, saya yakin hanya anda dapat mengubah diri anda. Kita semua BERHAK UNTUK BERJAYA.

Mulakan Langkah Anda Sekarang Sebelum Anda Ditinggal Jauh!!

Selamat Menempuh Peperiksaan.
Selamat Maju Jaya.

Sekian.
Wassalam.