Friday, December 25, 2009

Keputusan PMR 2009 - SEKOLAH HARIAN , AGAMA dan SBP TERBAIK 2009




Pelajar-pelajar Sekolah Seri Puteri gembira bersama slip keputusan PMR masing-masing - Foto BERNAMA




SEBAHAGIAN pelajar yang mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan PMR Sekolah Menengah Kebangsaan Jalan Empat, Bandar Baru Bangi gembira kerana sekolah mereka terpilih sebagai Sekolah Menengah Harian Terbaik seluruh Malaysia.

 
Tahun ini dikatakan markah untuk calon PMR mendapat A dalam matapelajaran Sains sangat rendah, sekitar 58%. Ada sesiapa yang boleh memberikan kepastian? Okey……..seperti biasa keputusan peperiksaan PMR 2009 mencatatkan peningkatan yang mana seramai 28,188 pelajar memperoleh semua A dalam peperiksaan Penilaian Menengah Rendah tahun ini berbanding 26,378 pada tahun lepas. Mari kita semak sekolah-sekolah terbaik & cemerlang di Malaysia bagi result PMR 2009 lalu.
Ketua Pengarah Pelajaran Tan Sri Alimuddin Mohd Dom berkata Gred Purata Nasional (GPN) pada tahun ini ialah 2.83 berbanding 2.78 tahun sebelumnya. Calon luar bandar yang mendapat semua A ialah 4,775 berbanding 4,345 pada 2008 manakala 87,936 pelajar melepasi tahap minimum (A,B,C,D) berbanding 88,565 tahun sebelumnya.
“Pelajar yang mendapat semua E pula adalah 123 orang daripada 159 pada tahun lepas,” katanya. Alimuddin berkata prestasi dalam mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Bahasa Punjabi menurun sedikit menurun. “Peratusan berbanding tahun lepas untuk yang memperoleh semua A dalam BM menurun daripada 26.3 peratus kepada 25.6 peratus tahun ini, BI pula menurun daripada 16.4 peratus kepada 16.1,” katanya.
Terdapat peningkatan daripada 25.6 peratus kepada 26.7 peratus dalam bilangan pelajar yang memperoleh A dalam mata pelajaran Matematik manakala bagi mata pelajaran Sains ia naik daripada 17.2 peratus kepada 18.5 peratus. Berita Harian

Adakah pelajar istimewa salah satu halangan berjaya dalam peperiksaan PMR 2009 lalu? Oh tidak sama sekali. Insan-insan di bawah ini telah membuktikannya. Tahniah diucapkan kepada mereka. Mereka ini adalah sebahagian daripada tujuh orang pelajar istimewa yang mendapat Semua A.

Pelajar Istimewa Cemerlang dalam PMR 2009
  1. Siti Raihan Abdul Nasir(9A) dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dato Syed Ahmad Kuala Nerang, Kedah – masalah rabun
  2. Debbie Lim Huey Chin(8A) dari SMK Sultan Ismail – masalah rabun
  3. Muhammad Azfar Firdaus Azlah(8A) dari SMK Dato Penggawa Barat di Johor Bahru – masalah rabun
Sekolah Harian Terbaik(PMR 2009) :
  1. SMK Jalan Empat Bandar Baru Bangi, Selangor
  2. SMK Mak Lagam, Kemaman, Terengganu
  3. SMK Sultan Badlishah, Kulim
  4. SMK Sultanah Asma, Alor Setar
  5. SMK Aminuddin Baki, Kuala Lumpur
Sekolah Menengah Agama Terbaik(PMR 2009) :
  1. SM Imtiaz, Besut
  2. SM Imtiaz, Kuala Berang
  3. Sekolah Agama Menengah Bestari Subang Jaya
  4. Sekolah Menengah Agama Persekutuan Kajang
  5. Sekolah Menengah Agama Persekutuan Labu
Sekolah Berasrama Penuh Terbaik(PMR 2009)
  1. Sekolah Seri Puteri Cyberjaya
  2. Sekolah Tun Fatimah Johor Baharu
  3. Sekolah Dato Abdul Razak
  4. Kolej Tunku Kurshiah, Seremban
  5. SM Sains Tengku Abdullah, Raub

SUMBER - Keputusan PMR

Keputusan PMR bagi MRSM akan saya usahakan kemudian..masih belum keluar..harap maklum..wassalam..

No comments: