Tuesday, December 29, 2009

Death toll from A/H1N1 flu reaches 106 in Egypt





 CAIRO, Dec. 25 (Xinhua) -- Egypt on Friday reported three more death cases of influenza A/H1N1, bringing the nationwide death toll to 106, said the Health Ministry in a statement.
    A 35-year-old woman in Cairo and another 21-year-old woman in Alexandria died of A/H1N1 virus, said the statement, adding that both suffered from pneumonia and dyspnea.
    The third case was a 35-year-old man in Assuit, 330 km south of Cairo, said the statement, adding that he suffered from severe dyspnea. 


                                                                        Swine Flu Pigs
                                                                                                                                                                        Earlier on Friday, four million doses of A/H1N1 vaccine were received at Cairo International Airport ahead of a vaccination campaign for school students starting next week, reported Egypt's MENA news agency. 




 Up till now, Egypt has reported more than 8,500 cases of the novel flu, according to the Health Ministry.  Egypt confirmed its first influenza A/H1N1 death case on July 19. A 28-year-old Egyptian woman, who was back from Saudi Arabia after making Umrah (pilgrimage to Mecca at any time of the year), died of the flu virus. 



    It may be too soon to find humor in a global pandemic but sometimes you just need to laugh.


The most populous Arab country reported its first A/H1N1 flu case on June 2, a 12-year-old Egyptian-American girl coming from the United States via the Netherlands.      


Source - China View 


Credit to Bro Mohd Firdaus (4th year) - Found this news.




























































































































Sunday, December 27, 2009

LATEST !!! Senarai Nama Peserta SEMINAR PERUBATAN 2009

Bismillahhirrahmannirrahim..
Assalammualaikum..

Berikut merupakan senarai nama mereka yg layak ke SEMINAR PERUBATAN 2009. Kepada yang layak sila periksa maklumat diri anda. Jika punya sebarang pembetulan sila berhubung dengan wakil SEMINAR PERUBATAN.

Tahniah kepada semua.

Link Berkaitan ~
SENARAI MENUNGGU 
AJK PELAKSANA 



MANSOURA UNIVERSITY


REPRESENTATIVE:

a) Ikhwah:

    • Mohamed Nasarudeen bin Abdul Hamid
    • Email / YM - nasa134_leon@yahoo.com
    • H/P - 0166445641

b) Akhawat:

    • Nurul Fadhiila Amni binti Raidi
    • Email / YM -  nurul_fadhiila@yahoo.com
    • H/P - 0116152001



Friday, December 25, 2009

Keputusan PMR 2009 - SEKOLAH HARIAN , AGAMA dan SBP TERBAIK 2009




Pelajar-pelajar Sekolah Seri Puteri gembira bersama slip keputusan PMR masing-masing - Foto BERNAMA




SEBAHAGIAN pelajar yang mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan PMR Sekolah Menengah Kebangsaan Jalan Empat, Bandar Baru Bangi gembira kerana sekolah mereka terpilih sebagai Sekolah Menengah Harian Terbaik seluruh Malaysia.

 
Tahun ini dikatakan markah untuk calon PMR mendapat A dalam matapelajaran Sains sangat rendah, sekitar 58%. Ada sesiapa yang boleh memberikan kepastian? Okey……..seperti biasa keputusan peperiksaan PMR 2009 mencatatkan peningkatan yang mana seramai 28,188 pelajar memperoleh semua A dalam peperiksaan Penilaian Menengah Rendah tahun ini berbanding 26,378 pada tahun lepas. Mari kita semak sekolah-sekolah terbaik & cemerlang di Malaysia bagi result PMR 2009 lalu.
Ketua Pengarah Pelajaran Tan Sri Alimuddin Mohd Dom berkata Gred Purata Nasional (GPN) pada tahun ini ialah 2.83 berbanding 2.78 tahun sebelumnya. Calon luar bandar yang mendapat semua A ialah 4,775 berbanding 4,345 pada 2008 manakala 87,936 pelajar melepasi tahap minimum (A,B,C,D) berbanding 88,565 tahun sebelumnya.
“Pelajar yang mendapat semua E pula adalah 123 orang daripada 159 pada tahun lepas,” katanya. Alimuddin berkata prestasi dalam mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Bahasa Punjabi menurun sedikit menurun. “Peratusan berbanding tahun lepas untuk yang memperoleh semua A dalam BM menurun daripada 26.3 peratus kepada 25.6 peratus tahun ini, BI pula menurun daripada 16.4 peratus kepada 16.1,” katanya.
Terdapat peningkatan daripada 25.6 peratus kepada 26.7 peratus dalam bilangan pelajar yang memperoleh A dalam mata pelajaran Matematik manakala bagi mata pelajaran Sains ia naik daripada 17.2 peratus kepada 18.5 peratus. Berita Harian

Adakah pelajar istimewa salah satu halangan berjaya dalam peperiksaan PMR 2009 lalu? Oh tidak sama sekali. Insan-insan di bawah ini telah membuktikannya. Tahniah diucapkan kepada mereka. Mereka ini adalah sebahagian daripada tujuh orang pelajar istimewa yang mendapat Semua A.

Pelajar Istimewa Cemerlang dalam PMR 2009
  1. Siti Raihan Abdul Nasir(9A) dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dato Syed Ahmad Kuala Nerang, Kedah – masalah rabun
  2. Debbie Lim Huey Chin(8A) dari SMK Sultan Ismail – masalah rabun
  3. Muhammad Azfar Firdaus Azlah(8A) dari SMK Dato Penggawa Barat di Johor Bahru – masalah rabun
Sekolah Harian Terbaik(PMR 2009) :
  1. SMK Jalan Empat Bandar Baru Bangi, Selangor
  2. SMK Mak Lagam, Kemaman, Terengganu
  3. SMK Sultan Badlishah, Kulim
  4. SMK Sultanah Asma, Alor Setar
  5. SMK Aminuddin Baki, Kuala Lumpur
Sekolah Menengah Agama Terbaik(PMR 2009) :
  1. SM Imtiaz, Besut
  2. SM Imtiaz, Kuala Berang
  3. Sekolah Agama Menengah Bestari Subang Jaya
  4. Sekolah Menengah Agama Persekutuan Kajang
  5. Sekolah Menengah Agama Persekutuan Labu
Sekolah Berasrama Penuh Terbaik(PMR 2009)
  1. Sekolah Seri Puteri Cyberjaya
  2. Sekolah Tun Fatimah Johor Baharu
  3. Sekolah Dato Abdul Razak
  4. Kolej Tunku Kurshiah, Seremban
  5. SM Sains Tengku Abdullah, Raub

SUMBER - Keputusan PMR

Keputusan PMR bagi MRSM akan saya usahakan kemudian..masih belum keluar..harap maklum..wassalam..

Sunday, December 20, 2009

NIGHT OF PROFESSIONALISM




PERHATIAN


Lokasi Telah Bertukar ke -- Dewan Kuliah Handusa (Bawah Dewan Kuliah Kamaluddin)



 

Bahariya Explorer - UPDATED






Bismillah.

Assalammualaikum.


' Jauhkan Perjalanan Luaskan Pandangan'
 

Berikut merupakan nota selidikan saya peroleh daripada carian internet berkenaan tempat yang menarik ini. Tidak punya kepentingan. Bertujuan untuk mempromosi sahaja. Tidak lebih daripada itu. 
Sokonglah Perubatan.


Sila layari - Bahariya Oasis



Maklumat Tambahan.



10-12 February 2010

(Ikhwah)

8-10 February 2010

(Akhawat)



All the fun for only LE530!



which includes:

-2 nights in Bahariya Oasis

-Three-star hotel on bed, breakfast, dinner basis

-Lunch

-Licensed Egyptologist escort/guide

-All transfers per program




TENTATIVE PROGRAMME



Saturday, December 19, 2009

Tokoh Maal Hijrah 1431




Timbalan Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah (dua dari kiri) berkenan melihat pingat anugerah Tokoh Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan bagi tahun 1431 Hijrah yang diperoleh Pengerusi Kumpulan FELDA, Tan Sri Dr. Mohamed Yusof Mohamed Noor (kanan) selepas menyampaikan anugerah itu pada Majlis Sambutan Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan Tahun 1431 Hijrah di Dewan Plenari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di Kuala Lumpur, semalam.

Pengerusi Kesatuan Ulama Islam Sedunia, Prof. Dr. Yusuf Al-Qaradawi (kiri) juga merupakan penerima anugerah itu. Turut kelihatan ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Jamil Khir Baharom.

Kedua-dua tokoh itu menerima hadiah wang tunai RM100,000 termasuk RM10,000 sumbangan Yayasan Ubaidi, sebuah plak, pingat dan sijil penghargaan. – BERNAMA


Sumber - Utusan Meloya

Wednesday, December 16, 2009

3rd PERUBATAN Seminar

Assalammualaikum..


Buka kalam bicara. Di sini saya hanya ingin membantu promosi Seminar Perubatan dan tidak lebih daripada itu. Tidak berkepentingan. Semoga anda menyokong dan menyertai seminar ini.


Sebarang makluman lanjut sila hubungi :


Saudara Mohamed Nasaruddin B. Abdul Hamed 
No H/P - 016-6445614
YM      -  nasa134_leon





3rd PERUBATAN Seminar
“Muslim Medical Student Towards Professionalism”


Date : 17th and 18th February 2010
Venue : Malaysian Hall Abbasiah, Cairo*
Fees : LE 60
Registration will be opened from 20th to 24th December 2009 through SMS and Online Form only! No muhafazah or university representatives will be appointed for registration.
(Further information will be posted later)
*venue will be confirmed later
Please take note of the following dates:
(20-24) Dec 09- registration for seminar
25 Dec 09 – announcing participants’ name
(26-31) Dec 09- fees collection done by each representative from each batch
“… and exhort one another to truth and exhort one another to endurance”



SLOTS & SPEAKERS

 
1. Sahsiah Mahasiswa Perubatan Muslim

Ustaz Mohamad Fairuz Bin Tamjis
(BA Syariah Islamiyah Universiti Al Azhar Kaherah, MA American Open University)

Dr. Mohd Husmar Israq Bin Husin
(Tahun 6, Universiti Ain Shams)

2. Muslim Professionals: Between Ignorance and Extremism

Dr. Salman Bin Amiruddin
(MO Hospital Besar Kuala Terengganu)

Ustaz Mohd Firdaus Bin Hat
(Kuliah Syariah & Undang-undang Universiti Al Azhar Kaherah, Warden Rumah Amanah Malaysia Kaherah)

3. Preparing The Muslim Doctors Frontliners : Volunterism

Prof Dr. Abdul Latif Bin Mohamed
(Dean of Post-Graduate Studies, Cyberjaya University College of Medical Sciences (CUCMS))

4. Medicine And Life, Career and Social Guidance

Assoc Prof Dr. Amaluddin Bin Ahmad
(Consultant Paediatrician)

5. Mahasiswa Perubatan Mesir, Identiti, Isu dan Cabaran Ke Arah Profesionalisme

Dr. Salman Bin Amiruddin
(MO Hospital Besar Kuala Terengganu)

6. Road To Be A True Doctor : The True Account

Syeikh Dr Yusri Rushdi As- Sayid Jabbar
(Surgeon, Cairo University Hospital)

7. Forum : Profesionalisme Dalam Perubatan, Mengharungi Arus Globalisasi

Assoc Prof Dr. Hassan Basri Bin Awang Mat Dahan
(Director of Department of Malaysia Studies, Cairo University)

Prof Dr. Abdul Latif Bin Mohamed
(Dean of Post-Graduate Studies, Cyberjaya University College of Medical Sciences (CUCMS))

Assoc Prof Dr. Amaluddin Bin Ahmad
(Consultant Paediatrician)

8. Bengkel : Konflik Identiti dan Prioriti, Ke Manakah Halatujunya?

------------------------------------------------
For Registration via SMS, Please include these details :

-name
-year & university
-ic number
-tel number & email
-transportation & accomodation if needed

Send To :
MUHAMMAD HAFIZUDDIN BIN MAMAT AZLAN
- 016 188 0139
BINTU SAADAH BINTI ISMAIL - 011 684 1788
(sms valid on 20-24 dec 2009 only)




Tuesday, December 15, 2009

Kuli Allah Vs Kuli Syaitan

Assalammualaikum..


Harapan saya semua berada dalam keadaan terbaik terutamanya keluarga tercinta,kaum kerabat, jiran-jiran tetangga yang tidak dilupakan, sahabat handai di mana jua anda berada, rakan seperjuangan di bumi anbia ,Perlembahan Nil Mesir, seterusnya Muslim di seantero dunia.





Menyorot kembali peristiwa-peristiwa penting dan menarik sepanjang bulan November, kita menyaksikan perubahan tampuk kepimpinan PCM yang sebelumnya didahului dengan sesi pencalonan dan pengundian.Sebagaimana anda sedia maklum beberapa kontroversi yang membina, meneguh dan mengemaskinikan kembali PCM dan Jawantankuasa Pemilihan Cawangan (JPC)  khususnya telah berlaku. Ada mulut-mulut galak berbicara bahawa PCM dilanda taufan, Mansurah dilanda tsunami dan sebagainya. Ermm..apa yang boleh saya katakan, mulut manusia tidak boleh dibendung. tapi ingat sebab mulut badan binasa, juga boleh membinasakan ukhwah yang telah sekian lama terbentuk dengan ikatan  Islam dan Iman . Saya bersyukur semua berakhir dengan penuh profesional, harmoni dan penuh hormat antara pihak-pihak yang terlibat. Inilah semangat berpersatuan yang kita mahukan. Penuh dengan keharmonian dan kesederhanaan. Bersederhana dalam semua perkara adalah baik.


Sesudah tamatnya pemilihan pucuk pimpinan kita didatangi dengan acara yang lebih besar iaitu Mesyuarat Tahunan Cawangan Kali Ke 3 bagi Perubatan Cawangan Mansurah. Di medan ini kita menyaksikan usul-usul yang direncanakan untuk memperkuatkan lagi PCM dan secara langsung memberikan tanda aras  dan  hala tuju baru ke mana kapal ini harus berlayar di bawah pimpinan nakhoda yang baharu. Perbezaan pendapat itu adalah perkara biasa bagi kita sebagai pelajar berminda kelas pertama. Jangan sesekali menghukum seseorang dengan hanya kerana mereka berlainan pendapat dengan kita. Pada pendapat saya menghukum dan menjauhi mereka adalah salah sama sekali . Sepatutnya kita meraikan pendapat itu sekiranya tidak melewati prinsip-prinsip yang termaktub di dalam Al-Quran. Sedangkan para sahabat Rasulullah pun berbeza pendapat dengan baginda, inikan kita insan biasa. Saya tidaklah ingin menjadikan keadaan itu sebagai alasan. Apa yang saya ingin sampaikan adalah apa mekanisme kita dalam mencari titik persilangan antara perbedaan pendapat ini tanpa mengeruhkan kesatuan yang harmoni ini. Kita sepatutnya mengambil peluang di sebalik perbedaan pemikiran dan pendapat membentuk jalinan atau warna yang lebih harmoni dan cantik dalam konteks kesatuan. Fikir-fikirlah kamu wahai insan yang berfikiran. 


Saya sangat berminat untuk memberi pendapat tatkala kita berbicarakan soal amanah, tanggungjawab, tugas dan janji. Bagi saya semua insan yang berfikiran boleh bercakap tentang perkara tersebut. Tetapi bercakap memanglah senang, nak mengerjakannya amatlah susah. Tidak semestinya dengan ilmu agama yang tinggi anda akan menjalankan amanah dengan baik begitu juga dengan insan-insan yang 'moderate'. Pada perhatian saya terhadap rakan-rakan di sekeliling saya, mereka kurang mengaplikasikan apa yang mereka pelajari khususnya ilmu agama dalam menjalani kehidupan seharian. Bercakap melangkaui tindakan ini adalah satu masalah. Ilmu tanpa amal ibarat pohon tidak berbuah. Tatkala inilah teguran dan nasihat amat memainkan peranan. Usah risaukan status anda, selagi anda berfikiran waras berilah nasihat yang bernas. InsyaAllah akan membuka mata-mata sesetengah pihak yang kian kuyu.


Bicara manis menghiris kalbu. Tajuk lagu Siti Nurhaliza. Dalam maksud tajuk lagu ini. Kita ambil yang positif. Apa yang dapat anda fikirkan? Selalunya bicara manis ni berkaitan dengan janji. Janji  hendak laksanakan itu dan ini dan akhirnya tidak dapat melaksankannya dan menghiris hati-hati insan yang berkeperluan. Itulah apa yang dapat saya perhatikan sepanjang MTC Ke 3 berlangsung. Ramai yang memberikan janji-janji mereka tanpa mereka sedar bahawa janji itu adalah satu amanah sementelah apabila janji itu berkaitan dengan perlaksanaan prinsip-prinsip Islam dalam gerak kerja berpersatuan ataupun beragensi. Saya memandang berat perkara ini. Janji tetap janji. Jangan biar janji memakan diri hingga mencetuskan gegaran terhadap kesatuan yang harmoni ini. 


Berpesan pada diri dan anda sekalian, berpeganglah kepada janji-janji anda. Laksanakan apa yang telah direncana. Berkorbanlah meskipun sekelumit cuma untuk perjuangan persatuan ini biarpun bukan sekelumit itu harapan semua. 


Saya suka untuk berkongsi ucapan Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz b. Nik Mat ini. Maknanya amat mendalam dan bersesuaian dengan mereka yang terlibat dengan jentera perlaksanaan  khususnya  dan jentera penggerak amnya (meskipun persatuan, jemaah atau agensi). 

Ketepikanlah seketika fahaman dan perbedaan politik anda dan renungilah warkah ucapan seorang ulama' ini .Semoga yang baik dijadikan tauladan dan diamalkan.Jauhilah perkara-perkara yang memudaratkan.

Sekian untuk kali ini. Wassalam


 








JADILAH KULI ALLAH, BUKAN KULI SYAITAN


”Jangan jadi kuli kecuali menjadi kuli Tuhan. Jangan makan gaji selain makan gaji dengan Tuhan. Sebagaimana kita bila makan gaji - dengan orang ke, dengan kerajaan ke, dengan kompeni ke, dengan orang kampung ke - tentulah kita kena buat mengikut apa yang majikan kita hendak walaupun kita sendiri berasa payah, berasa lambat kalau ikut kehendak majikan kita. Tetapi kerana, kita makan gaji, kita kena buat serupa dengan tuan kita hendak. Kita dengan Tuhan kena lagu itu juga. Bila Tuhan kata Aku hendak kamu buat lagu ini - payah ke, susah ke, terkepit ke, sakit ke kamu kena buat juga sebab kamu makan gaji dengan Aku. Kalau kamu ticlak hendak makan gaji dengan Tuhan, kamu hendak makan gaji dengan siapa lagi? Sudah pasti kamu makan gaji dengan syaitan. Tidak ada sebab kita hendak makan gaji dengan syaitan kerana syaitan tidak buat kita, syaitan tidak buat bumi tempat kita berpijak, tidak buat langit tempat kita junjung, tidak buat udara untuk kita bernyawa, tidak buat sedikit apapun. Jadi tidak ada sebab kita hendak makan gaji selain dengan Allah taala”

”Makan gaji dengan manusia dia bayar dengan duit tetapi makan gaji dengan Tuhan dia bayar dengan syurga, bila mati baru boleh terima gaji. Sebab itulah kita bersembahyang, kita berpuasa, kita bersedekah, kita mengajar, kita mengaji walaupun kadang-kadang benda-benda ini dirasakan serabut dan menyusahkan. Mengapa menyusahkan diri dengan sembahyang, padahalnya yang tidak sembahyang ramai yang boleh hidup? Jawabnya, oleh kerana aku makan gaji dengan Tuhan, aku kena turut kehendak Tuhan”


Sumber - Institut Pemikiran Nik Abdul Aziz

Sunday, December 13, 2009

Official AJK PCM 09/10








Pena Saya..

Saya doakan AJK PCM 09/10 menjalankan tugas dengan penuh amanah dan sebaik mungkin. Imbangilah antara agama, pelajaran dan kepimpinan.Sesungguhnya kejayaan dalam ketiga-tiga cabang itu akan sedikit sebanyak menutup mulut insan-insan diluar sana untuk melontarkan perkhabaran yang kurang enak didengar  oleh khalayak umum.

Kepada seluruh warga Perubatan Cawangan Mansurah khasnya , Mesir amnya, taatlah kepada pemimpin anda selagi mereka memegang Al-Quran dan prinsip-prinsip Islam lain dengan jitu.Mereka memerlukan sokongan berterusan daripada anda.

Sekian.Terima Kasih..
Wassalam


Sumber : Blog PCM

Saturday, December 12, 2009

Organisasi PCM Terbaru

ORGANISASI KEPIMPINAN 
PERUBATAN CAWANGAN MANSURAH
SESSI 2009/2010


PENGERUSI
 MUHAMMAD IKRAM B. ISHAK

TIMBALAN PENGERUSI 1
MUHAMMAD HANIF B. MAHAMUD

TIMBALAN PENGERUSI 11
SYAMILAH BT. MOHAMAD

SETIAUSAHA
 MUJAHID SABRI B. MOHD

TIMBALAN SETIAUSAHA
QATRUNNADA BT. MOHAMAD FARID

BENDAHARI
MUHAMMAD FAKHRURAZI B. MUHAMMAD IDRIS

TIMBALAN BENDAHARI
NOR RADZIAH BT. MOHD SALLEH

UNIT AKADEMIK
MUHAMMAD ABU UBAIDAH B. MUSTAPA KAMAL
SYAIDATUL SYAKILA BT. AINI

UNIT PEMBANGUNAN INSAN
AHMAD AZIZI B. MD JUSOH
NUR LIYANA BT. CHE ALI

UNIT KEBAJIKAN
MUHAMAD MU'AZ B. MUSTAPA
NURUL HAFIZA BT. MOHD AZMI

UNIT PERUMAHAN
MOHAMMAD RAFIQ B. ABDUL HIR
AZIMAH BT. ZAHARI

UNIT EKONOMI
KHARUNNAI'M B. HANIFUDDIN
FAUZANA ZAHRA BT. JOHARI

UNIT PENERANGAN & PENERBITAN
MOHD IZZUL AKMAL B. IBRAHIM
NIK NURFARIHA BT. MOHAMED ZALAMI

UNIT SUKAN & AKTIVITI LUAR
WAN MD SYAZANI AL FARUKI
SITI FATIMAH BT. MAROSADEE PATAEPANNANG

 

Monday, December 7, 2009

Antara Doa Dan Politik

Oleh: Dr. Mohd Asri bin Zainul Abidin


Baru-baru heboh isu seorang tokoh politik telah mendoakan agar keburukan menimpa pemimpin negara. Doa ini adalah tindakan balas bagi isu royalti minyak Kelantan.

Berbagai pandangan dikeluarkan. Biasanya, penyokong parti politik masing-masing akan memberikan pandangan yang berpihak. Kesemua pihak cuba membela tokoh partinya. Itulah salah satu keburukan politik kepartian apabila fanatik menyelimuti diri.

Golongan agama yang berkepentingan pun akan mengambil kesempatan mengampu pihak yang boleh memberi manfaat keduniaan kepada mereka. Maka pandangan dan hukum agama akan diberikan berasaskan kepada keperluan politik, bukan tuntutan nas dan penilaian realiti yang berlaku.

Sunday, September 27, 2009

DR. vs DR. - Dental Implants - Letters in The Star

On February 13, 2008

The Star published a Letter to the Editor by MEDICAL DOCTOR that contained many misconceptions about dental implants. This letter and the responses it had evoked are reproduced below so that the public can be corrected of any misconceptions and have a more accurate picture of dental implants.~ Azlan AdnanWednesday February 13, 2008

Monday, September 14, 2009

How to avoid catching #H1N1

Guidelines to reduce the risk of getting A(H1N1)

The keyword is social distancing
* keep 1 metre (3 feet)** away from anyone with flu-like symptoms
* try not to stay long in an enclosed space when someone with flu symptoms is present
** since flu is spread by large droplets, a distance of 1-metre is sufficiently safe. Studies have shown that people staying in an enclosed space together with an infected person for 4 hours or more, are at high risk of contracting the same flu. Therefore, it is probably safe if you happened to pass a flu patient on the street because of the short time and it is not really an “enclosed” space

Some simple preventive measures -
* always wash your hands with soap and water
* use rinse-free hand-rub if you have no access to soap - carry a bottle with you all the time - commercial branded 50ml bottles cost around RM4-RM5 while in-house pharmacy brands cost RM3.90 for 60ml
* people with flu symptoms should cover their mouth and nose when coughing (cough etiquette) and it is preferable for them to wear a surgical mask to prevent the spread of the disease when coughing
* if you need to assist or care for a flu patient, you may wear a surgical mask - dispose of it after use and wash your hands

The biggest culprit is the spread by droplets. Surfaces of tables, door-knobs, hand-rails, elevator buttons …. are all potentially infected by the ‘flu virus when the droplets land on them. Our hands will pick up the virus and when we rub our mouth, nose or eyes, we infect ourselves. We need not meet an infected person. Therefore it is very important to disinfect your hands at all times.

If someone has no option but to stay in a room with someone coughing, please give that person a surgical mask so that he/she does not accidentally spray droplets into the air that you will be breathing in. The crux of the matter is the infected person should wear the mask, not the uninfected person. Since it is large droplets, there is no need to get the expensive N95 masks; a cheap surgical mask will filter the large droplets sufficiently

Source : www.medicine.com.my

Fakta berkenaan Penggunaan Topeng Muka (Face Mask)

Fakta 1: Virus H1N1 tersebar melalui titisan cecair (liquid droplets) daripada bersin atau batuk penghidap virus. Oleh itu, sepatutnya, yang memakai topeng muka hanyalah mereka yang menghidapi virus tersebut, ataupun mereka yang mempunyai ILI (influenza like illness) bagi mengelakkan cairan dari batuk atau bersin mereka terkena pada orang lain.


Fakta 2: Topeng muka yang mempunyai 3 lapisan (seperti dalam rajah) hanya memberi perlindungan yang sangat terhad daripada seseorang itu dijangkiti H1N1. Orang yang sakit sahaja yang perlu memakai topeng muka ini. Jangkitan H1N1 tidak berlaku melalui udara.


Fakta 3: Jika berada berdekatan dengan mereka yang terkena jangkitan, pada masa ini, penggunaan topeng muka biasa (seperti gambar diatas) sahaja tidak mencukupi. Anda perlu memakai topeng muka N95(respirator) (gambar dibawah) seperti yang disarankan CDC.

Apa yang kita dengan melalui media kerajaan amatlah mengelirukan sekali. Perkara yang seharusnya ditekankan adalah:

1. Menjarakkan diri daripada mereka yang sakit terutamanya yang mempunyai simptom flu, ILI. Jarak terbaik adalah 1 meter lebih.

2. Batuk dan bersin menggunakan tisu, jika tidak ada tisu, batuk ke atas lengan baju anda. Jangan sesekali batuk atau bersin menggunakan tangan.
3. Mengutamakan kebersihan tangan kerana bersentuhan dengan mereka yang bersin atau batuk ketangan (mempunyai virus) akan menyebabkan jangkitan. Juga untuk membersihkan tangan daripada terkena jangkitan virus melalui sentuhan dengan permukaan objek seperti meja, sinki yang tercemar virus H1N1.
4. Membawa sebotol kecil pencuci tangan alkohol ataupun sabun pembasmi kuman (seperti Dettol, Antabax) didalam beg setiap masa terutamanya jika anda keluar membeli belah dimana anda terpaksa menggunakan tandas awam.
p/s: jika semua mereka yang sakit mengamalkan peraturan menggunakan topen muka 3 lapis, maka mereka yang sihat walafiat sebenarnya tidak perlu memakai topeng. namun begitu, oleh kerana terdapat juga antara mereka yang sakit enggan memakai topeng, maka yang terbaik sebenarnya adalah kita menggunakan topeng N95.

Sumber : http://info-h1n1.blogspot.com & http://medicine.com.my

Wednesday, May 6, 2009

SPot - Kidney - by Dr SArhan

Selamat Study...

Soalan ni hanya analisis ... kalo xsempat try la bace soalan ni je..kalo bole bace sume ek..
t.q wassalam...



Saturday, April 25, 2009

Economy Turmoil





DANA Kewangan Antarabangsa (IMF) meramalkan ekonomi sejagat menguncup 1.3 peratus tahun ini kerana krisis ekonomi ternyata lebih serius daripada yang dijangkakan.




Dalam laporan Ramalan Ekonomi Sedunia (WEO) separuh tahunannya, IMF berkata ekonomi sejagat sedang menghadapi kemelesetan sangat buruk disebabkan oleh krisis kewangan yang serius di samping ‘kehilangan keyakinan’.




IMF memberi amaran bahawa ramalan itu ‘tidak menentu’ memandangkan banyak risikonya dan mengatakan bahawa ekonomi dunia sudah terjerumus dalam ‘kemelesetan pasca Perang Dunia Kedua yang paling teruk sejauh ini’.




Ini adalah kali ketiga IMF menurunkan ramalan pertumbuhan dunia bagi 2009.




Proses menstabilkan keadaan kewangan akan mengambil masa yang lebih lama daripada yang dijangkakan disebabkan kerumitan dalam menangani aset lapuk (bad aset) serta memulihkan keyakinan terhadap bank,’ ujar IMF.










Ekonomi terbesar dunia, Amerika, akan menguncup 2.8 peratus tahun ini sementara ekonomi kedua terbesar, Jepun, diramal menjunam sebanyak 6.2 peratus. IMF juga menurunkan ramalan pertumbuhan bagi dua ekonomi gergasi - China kepada 6.5 peratus manakala India, 4.5 peratus.

Sunday, April 19, 2009

Tudung Vs Tali Leher

“Bertudung busuk dan kotor adalah lebih tidak Islamik berbanding dengan tidak bertudung!” tegas seorang doktor yang senior.




Saya masih termenung. Jari berentak perlahan menari-nari di atas meja. Tanda otak sedang ligat berfikir.




“Tapi doktor, kalau busuk dan kotor yang jadi isu, serangan juga patut dibuat kepada tali leher doktor lelaki. Sebagai lelaki, saya sangat tahu bagaimana kaum lelaki melayan tali leher mereka. Tak pernah dibasuh, dicampak merata-rata, lebih berpotensi menjadi punca jangkitan berbanding tudung yang jarang dipakai lebih daripada sehari,” saya menyampuk.







cwln114l






Cakap saya memang gurau-gurau.




Tapi isinya ada unsur-unsur pembunuhan.

Monday, March 16, 2009

MRSM Kekal Cemerlang

MRSM kekalkan pencapaian cemerlang


KUALA LUMPUR 13 Mac – Seramai 277 daripada 7,603 calon Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) di seluruh negara yang menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2008 berjaya mendapat gred 1A dalam semua subjek yang diambil.

Ketua Pengarah Majlis Amanah Rakyat (Mara), Datuk Nam Marthinin berkata, pencapaian itu menunjukkan keputusan yang lebih baik berbanding 150 orang pada tahun sebelumnya iaitu penambahan sebanyak 1.43 peratus.

Menurutnya, secara keseluruhan MRSM masih mengekalkan kecemerlangannya dalam peperiksaan tersebut.

‘‘Seramai 1,079 pelajar atau 14.19 peratus mendapat A iaitu sama ada 1A atau 2A bagi semua subjek dan menunjukkan peningkatan berbanding 979 orang pada tahun 2007.

‘‘Sebanyak 12 subjek mencatatkan peningkatan dalam pencapaian Gred Purata Subjek (GPS) dan beberapa buah MRSM memperolehi 100 peratus pencapaian dalam gred A,’’ katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Katanya, lima daripada 34 buah MRSM telah berjaya mendapat Gred Purata Maktab (GPM) kurang daripada 2.0.

‘‘Jumlah keseluruhan GPM yang berjaya dicapai MRSM ialah 2.2343 berbanding dengan 2.1578 pada tahun 2007 dengan peningkatan sebanyak 0.0765.

‘‘MRSM Langkawi mencatatkan GPM yang terbaik iaitu 1.4041 diikuti MRSM Taiping (1.5391), MRSM Pengkalan Chepa (1.5439), MRSM Tun Ghafar Baba (1.6865) dan MRSM Alor Gajah (1.9326),’’ katanya.

Selain itu, katanya, sebanyak 26 buah MRSM lain mencapai sasaran yang telah ditetapkan iaitu mendapat GPM di bawah 2.50 sekali gus menyamai pencapaian tahun 2007.

Pencapaian SPM 2008 - Sekolah2 Malaysia

Berikut merupakan senarai 12 teratas sekolah-sekolah terbaik seMalaysia dalam pencapaian SPM 2008:


  1. MRSM Langkawi (1.4041)
  2. MRSM Taiping (1.5391)
  3. MRSM Pengkalan Chepa (1.5439)
  4. SASER (1.612)
  5. KISAS (1.68)
  6. MRSM Tun Ghafar Baba (1.6865)
  7. ASIS (1.754)
  8. SAMURA (1.83)
  9. SESTER (1.841)
  10. SBPI GOMBAK (1.883)
  11. SAINS JOHOR (1.906)
  12. MRSM Alor Gajah (1.9326)


Berikut senarai kedudukan SBP dalam pencapaian SPM 2008:


1. SASER 1.612
2. KISAS 1.68
3. ASIS 1.754
4. SAMURA 1.83
5. SESTER 1.841
6. SBPI GOMBAK 1.883
7. SAINS JOHOR 1.906
8. SBPI RAWANG 1.951
9. SESERI 1.979
10. KUSESS 1.99
11. SBPI BATU RAKIT 2.004
12. SEMASHUR 2.014
13. SMSSI 2.005
14. SEMESTA 2.059
15. MCKK 2.073
16. MOZAC 2.084
17. SBPI SELANDAR 2.075
18. SMAPK 2.11
19. SAS 2.108
20. FARIS PETRA 2.135
21. SAINS SULTAN MAHMUD 2.142
22. SBPI TEMERLOH 2.143
23. STJ 2.171
24. SMAPL 2.198
25. SBPI SABAK BERNAM 2.193
26. STF 2.221
27. SBPI JEMPOL 2.248
28. SEMESRA 2.266
29. SMACH 2.269
30. SMSS 2.289
31. SBPI GOPENG 2.277
32. SMESH 2.321
33. SBPI PEKAN 2.355
34. SBPI KUANTAN 2.382
35. SERATAS 2.409
36. SEMSAS 2.406
37. SDAR 2.419
38. SAINS KUCHING 2.438
39. SHAH PEKAN 2.434
40. SEMESTI 2.447
41. SAKTI 2.444
42. STAR 2.456
43. SOKSEK 2.604
44. SAINS LAHAD DATU 2.621
45. SAINS DUNGUN 2.637
46. SAINS LABUAN 2.822




Untuk kategori MRSM, belum ada sumber lagi. Kalau ada, akan dikemaskini. hehe.

Tahniah kepada semua yg menyumbang kepada keputusan cemerlang SPM 2008..Khususnya MRSM Taiping my beloved school of learning..hehe..

Sy harap keputusan cemerlang SPM 2008 ini bukanlah hanya gimik politik untuk mendokong keputusan pelaksanaan PPSMI..amin..

Semoga Tahun2 yg mendatang akan melahirkan lebih ramai pelajar2 cemerlang dengan keputusan yg gemilang..amin..

wassalam..

edited by

-luo-

Tuesday, March 10, 2009

Dilema PPSMI


"Rupa-rupanya begini caranya untuk menyelamatkan bahasa." Pak Samad



Assalammualaikum..

Mungkin entry kali ini agak terlambat..berkenaan isu nasional ..Pengajaran Dan Pembelajaran Sains Dan Matematik (PPSMI).. Makluman semua..saya pelajar yg digarap hasil sistem pembelajaran sebelum terpakainya sistem PPSMI.. segala agak sempurna bagi saya. meskipun banyak penambahbaikan diperlukan untuk sistem pembelajaran pada ketika itu..namun saya bersyukur..sistem pembelajaran yg ada , yakni yang saya dan angkatan yg lain guna pakai adalah bersesuaian dengan semua pelajar..maksud saya secara majoriti nya..mengambil kira beberapa faktor iaitu kependudukkan pelajar tersebut, sistem penyampaian, teknologi maklumat, kebolehan majoriti pelajar untuk menguasai bahasa itu sendiri, juga kebolehan guru (secara majoriti) sebagai medium pengantar dan penyampaian yg berkesan dan faktor2 sampingan yg lain.

Semua faktor itu hendaklah diambil kira bg menganalisa pencapaian sesuatu sistem pembelajaran dan dalam konteks ini , PPSMI..Umum amat maklum khususnya pelajar itu sendiri bahawa sistem ini hampir meletakkan mereka terkebelakang (secara majoritinya) khususnya pelajar luar bandar bagi subjek Sains dan Matematik. Maaf sy tidak dapat postkan bersama hasil kajian para ilmuan terbilang negara..saya percaya anda dapt mencari hasil2 kajian tersebut di internet..saya akan postkan di lain waktu..

Pada pendapat saya, asas/basic sesebuah subjek atau ilmu amat penting bg meneruskan kesinambungan yg cemerlang dan gemilang.. Sebagai analogi, sebuah bangunan tanpa tapak asas atau base yg kukuh untuk menampung beban bangunan tersebut tentu akan menyebabkan bangunan tersebut..jadi, dalam konteks PPSMI, sistem ini telah diaplikasikan kepada pelajar seawal darjah 1 hingga tingkatan 6.. Asas untuk mencapai kecemerlangan dalam UPSR sudah tentu seawal darjah 1 dan asas untuk cemerlang dalam PMR dan SPM sudah tentu seawal tingkatan 1 ditambah dengan asas ketika di sekolah rendah.. Tidak cemerlang tdk semestiya tdk berilmu.. Namun untuk meningkatkan modal2 insan yg memberi manfaat yg positif kepada negara memerlukan insan2 yg tinggi akademiknya..

Bagaimanakah PPSMI meruntuhkan proses pembinaan nilai modal2 insan yg berakademik tinggi ini??

Bilangan pelajar adalah terdiri daripada mereka yg tinggal di bandar luar bandar dan pedalaman. Menurut kajian pelajar luar bandar serta pedalaman memiliki asas bahasa Inggeris yg rendah bermaksud tidak mahir atau pandai Bahasa Inggeris/B.I. Begitu juga di kawasan bandar sebilangan besar pelajar khususnya pelajar Melayu kurang mahir bahasa Inggeris. Oleh itu, bagaimanakah pelajar yg demikian rupa dapat menguasai Matematik dan Sains dalam B.I secara mendalam seterusnya menguasai asas pembelajaran kedua-dua subjek tersebut meskipun perkataan B.I yg digunakan adalah perkataan yg dikatakan mudah tambahan lagi dengan sistem penyampaian oleh guru2 yg kurang mahir menggunakan B.I dan lebih suka mengguna BM sebagai bahasa pengantar?? .. saya percaya tidak ramai pelajar yg akan bertanya akan apa yg mereka kurang fahami ( ini juga salah satu tabiat pelajar). Jadi lama kelamaan asas subjek tersebut akan makin pudar dan seterusnya akan menyebabkan pelajar tersebut gagal dalam menguasai konsep2 penting dalam kedua2 subjek tersebut..ini satu kerugian besar bagi mereka..masalah ini makin mudarat apabila pelajar tersebut ke peringkat yg lebih tinggi !!

Amati petikan ucapan dibawah ini ~

'Nak pandai belajar solat dan haji pun kita tak belajar dalam bahasa arab tetapi kita belajar dalam bahasa Melayu, bila sudah mendalam dan ke depan barulah kita belajar dengan medium bahasa Arab.'' - Ustaz Abdul Hadi Awang.

Saya tertarik dengan ucapan di atas, namun saya bukanlah berfikiran sempit tidak mahu menerima langsung sistem ini.. Ada baiknya sistem ini dilaksanakan namun keburukannya melebihi kebaikannya..jadi baiklah kita pilih yg lebih banyak mendatangkan kebaikan daripada keburukan..saya percaya golongan2 akademik telah menjalankan kajian terperinci jadi percayalah mereka..

" Kadang2 kita merancang menderap seribu langkah ke hadapan , namun kita tidak sedar kita sebenarnya sejuta langkah mengundur ke belakang ''


Muhasabah Diri, Fikir dan Renungkanlah






Berikut adalah Petikan daripada Blog Faisal Tehrani..









Foto Sasterawan Negara Datuk A. Samad Said setelah disembur gas pemedih mata. "Rupa-rupanya begini caranya untuk menyelamatkan bahasa." Pak Samad adalah SN paling popular tindakan pihak berkuasa ini adalah amat tidak popular (semoga Pak Samad panjang usia dan sihat selalu). Media seperti TV3 yang memutar belitkan isu akan menjadikan kalian bertambah tidak popular.



Oleh kerana itu ulasan Perdana Menteri petang tadi, "Saya harap keputusan ini akan dibuat segera. Kalau tidak nanti tekanan-tekanan dan tindakan-tindakan NGO akan berterusan dan akan menjadi isu yang lebih besar." - Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini.

Betul Pak Lah, dan Datuk Seri Najib bersegeralah! Kerana foto Pak Samad disembur gas pemedih mata ini akan menghantui tuan-tuan, dan akan menjadi simbol perjuangan bahasa dan sastera untuk satu tempoh yang lama.




Wajah-wajah pejuang bahasa antaranya Profesor Abdullah Hassan dan Puan Ainon Mohamad.


Bukan 5 ribu, bukan 10 ribu; tetapi seratus ribu!








Tembakan gas pemedih mata tidak jauh dari Istana Negara.


Huru-hara di bawah jejantas tidak jauh dari pintu belakang Istana Negara.




Lagi serangan gas pemedih mata di persimpangan Jalan Syed Putra.


Pak Samad dalam baju melayu merah jambu pun digasak polis, mengapa? Apakah kepentingan dari segi material (peralatan pengajaran dan pembelajaran sains matematik dalam bahasa Inggeris mungkin?) menyebabkan suara nurani rakyat ini ditindas begini?


Haji Abdul Hadi Awang, Presiden PAS dalam keadaan mata pedih berucap memberitahu Datuk Dr Hassan Ahmad dan Datuk A. Samad Said telah berjaya menyerahkan memorandum kepada pihak Istana Negara. Kata Ustaz Abdul Hadi lagi, 'Nak pandai belajar solat dan haji pun kita tak belajar dalam bahasa arab tetapi kita belajar dalam bahasa Melayu, bila sudah mendalam dan ke depan barulah kita belajar dengan medium bahasa Arab.'


Dr Syed Azman sempat memeluk saya, "Anak muridku. Saya baru balik dari Tehran, teringatkan awak di sana."


Saya mengusik Cikgu Azizi, "Wah cikgu, tak dapat jadi Sasterawan Negaralah dah sertai perarakan lawan kerajaan."


Usaha anak muda ini amat saya hargai, nah Allahyarham Usman Awang kami tidak bisu dan kami telah menyahut seruan bahasa kita!

Ulasan: Lebih seratus ribu pencinta dan pejuang bahasa berarak dari Masjid Negara, Sogo dan Pasar Seni ke Istana Negara telah dikasari dengan begitu teruk termasuk ditembak dengan gas pemedih mata dan air. Tidak terkecuali ditembak gas pemedih mata ialah pejuang bahasa Puan Ainon Mohamad, Profesor Dr Abdullah Hassan, saudara Hasni Abbas, cikgu Aziz Haji Abdullah, dan pengarang (disunting), Z*** (disunting).

Saya sendiri turut menelan gas pemedih mata pertama kali tidak jauh dari Saudara Y.B Salehuddin Ayub, kali kedua di Jalan Masjid Attap dan kali ketiga ketika polis bertindak ganas menyerang pejuang bahasa di Masjid Negara yang cuba berlindung di dalam masjid.

Lebih mengejutkan Sasterawan Negara Datuk A. Samad Said berusia 76 tahun turut digasak gas pemedih mata sebanyak tiga kali.

Saya tidak faham mengapa pihak berkuasa tidak boleh berlapang dada dengan memudahkan perarakan. Pihak GMP telah bertegas ini bukan tunjuk perasaan tetapi tunjuk kasih; namun penguasa tetap penguasa dan tidak pernah faham nurani rakyat.

Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada pendokong, ahli dan pemimpin PAS kerana memberikan platform kepada pejuang bahasa. Kredit tetap kredit meski polisi PAS bersekongkol dengan PKR amat saya tidak berkenan. GMP terpaksa menggunakan pentas politik kerana ruang yang ada telah ditutup. GAPENA yang diketahui merupakan jentera senyap pemerintah pun mengugut untuk menyaman kerajaan.

Saya bangga dengan sahabat saya * (terpaksa disunting) yang datang dari jauh. Saya juga bangga dengan Datuk A. Samad Said, guru saya dengan suara rendah memberitahu saya, "Bapak diserang gas tiga kali dan dikasari."

Lebih membanggakan dalam perjalanan pulang, Sasterawan Negara Dato Shahnon Ahmad menelefon saya memesan, "Beritahu Samad Said, Cikgu bersama dengannya cuma Cikgu tak dapat hadir kerana uzur."


Oleh Faisal Tehrani melalui Blognya - http://tehranifaisal.blogspot.com



Edited By

-LUO-

Sunday, March 1, 2009

Raja & Melayu

ARTIKEL PILIHAN : Untuk Mereka Yang "Mungkin" Faham Relevannya Melayu & Rajanya





Ulul Albab: Yahudi Gerun Keturunan Rasulullah




Oleh Abdurrahman Haqqi, Akhbar Berita Minggu 1 April 2007, ms 15



“SESUNGGUHNYA hak Rasulullah SAW tidak dapat ditunaikan oleh seseorang. Dan sesungguhnya Rasulullah SAW tidak meminta darimu lebih daripada mencintai kerabatnya! Dengan wajah apa engkau menghadap Nabi SAW ketika Baginda memberi syafaat bagimu di sisi Allah, walaupun balasan salah seorang cucunya, padahal Baginda tidak minta apa pun darimu kecuali hanya mencintainya.” (Dr Muhammad Abduh Yamani, Pandangan Ahlussunah Terhadap Ahlul-bait, Terj., 35)




Ketika penulis berjalan di pusat beli-belah Alamanda di Putrajaya tidak lama dulu, penulis terserempak buku bertajuk Ahlul-bait (Keluarga Rasulullah SAW dan Kesultanan Melayu, susunan Tun Suzana Tun Othman dan Muzaffar Mohammad. Demi kecintaan kepada ahlul-bait, penulis membeli buku berkenaan.



Sememangnya ia sangat informatif dan bermanfaat. Semalam, sebagai tanda terima kasih dan kesyukuran atas jasa yang tidak ternilai harganya, kita menyambut dengan meriah dan penuh khidmat Hari Keputeraan Rasulullah SAW di seluruh dunia.



Umat Islam merayakannya dengan pelbagai cara, ada dengan perarakan, zikir maulud, bacaan selawat, malah sebagai bukti negara kita adalah negara Islam, hari berkenaan dijadikan cuti umum setiap tahun.



Satu aspek yang jarang disentuh dalam kita memperingati Hari Keputeraan Rasulullah adalah tuntutan agama Islam dalam mencintai keluarga Rasulullah SAW. Dalam hadis disebutkan maksudnya: “Belum sempurna iman seorang hamba Allah sebelum cintanya kepadaku melebihi cinta kepada dirinya sendiri; sebelum cintanya kepada keturunanku melebihi cinta kepada keturunannya sendiri; sebelum cintanya kepada ahli-baitku melebihi cinta kepada keluarganya sendiri; dan sebelum cinta nya kepada zatku melebihi cinta kepada zatnya sendiri.” (Riwayat at-Tabrani).



Hadis ini sebagai perluasan terhadap pemahaman ayat al-Quran yang bermaksud: “Nabi itu hendaknya lebih utama bagi orang Mukmin daripada diri mereka sendiri dan isterinya adalah menjadi ibu mereka.” (Surah al-Ahzab: 6)



Dalam sistem khilafah atau kenegaraan Islam sepanjang sejarah, hal ehwal ahlul-bait dimasukkan dalam satu daripada jabatan sistem perkhidmatan awamnya. Ia membuktikan pentingnya mereka dalam Islam kerana mereka adalah titipan dan pusaka Baginda kepada umatnya. Nabi bersabda maksudnya: “Kutinggalkan di tengah kalian dua pusaka (peninggalan): Kitabullah sebagai tali terentang antara langit dan bumi, dan keturunanku. Kedua-duanya itu tidak akan terpisah hingga kembali kepadaku di Haud (Telaga Nabi di syurga).” (Hadis riwayat Ahmad)



Dalam sistem itu, seperti ditulis al-Mawardi (w.450H) dalam kitabnya al-Ahkam al-Sultaniyyah, hal ehwal ahlul-bait di bawah jabatan yang dipimpin seorang Naqib yang bertanggungjawab melindungi keturunan mulia supaya ‘tidak termasuk ke dalamnya orang yang tidak sepatutnya dan tidak terkeluar daripadanya orang yang daripada keturunannya’.



Antara tugas Naqib yang terpenting ialah membezakan rumpun ahlul-bait serta memastikan keturunan mereka dilindungi dan tidak bercampur aduk antara satu keturunan dengan keturunan lain.



Seseorang Naqib juga perlu memastikan ahlul-bait Rasulullah SAW di bawah sayapnya mempunyai budi pekerti tinggi selaras kemuliaan keturunan mereka supaya pandangan hormat masyarakat terhadap nama baik zuriat Rasulullah SAW tetap terpelihara.



Ahlul-bait mempunyai kedudukan mulia yang ditetapkan al-Quran seperti dalam ayat bermaksud: “Sesungguhnya Allah bermaksud hendak menghilangkan dosa daripada kamu ahlul-bait dan mensucikan kamu sesucinya.” (Surah al-Ahzab: 33)



Dalam hadis ada disebutkan maksudnya: “Bintang adalah keselamatan bagi penghuni langit, sedang ahlul-baitku keselamatan bagi penghuni bumi. (Hadis riwayat at-Tabrani)



Kecintaan junjungan kepada ahlul-bait tidak perlu dipertikai. Dalam hal ini Ibnu Taimiyyah ada menyebut hadis yang bermaksud: “Janganlah kalian berselawat untukku dengan ‘Selawat Batra’. Sahabat bertanya: ‘Wahai Rasulullah apakah yang dimaksudkan dengan ‘Selawat Batra?’. Baginda menjawab: “Kalian mengucapkan: Ya Allah, limpahkan selawat kepada Muhammad, lalu kalian berhenti di situ. Ucapkanlah: Ya Allah, limpahkan selawat kepada Muhammad dan kepada keluarga (ahlul-bait) Muhamad.



Bagaimanapun, ada juga di kalangan umat Islam yang tidak memahami kedudukan sebenar ahlul-bait sehingga mereka memperkecil bahkan menghina mereka.



Aisyah RA meriwayatkan hadis yang bermaksud: “Enam macam orang yang aku mengutuk kepada mereka dan Allah mengutuk juga padahal setiap Nabi itu diperkenankan permohonannya, iaitu orang yang menambah kitab Allah; orang yang mendustakan ketentuan Allah; orang yang mengalah kepada pemerintah sombong dan kejam lalu dengan itu dia memuliakan orang yang direndahkan Allah dan merendahkan orang yang dimuliakan Allah; orang yang menghalalkan larangan Allah; orang yang menghalalkan daripada keturunanku yang Allah haramkan; dan orang yang meninggalkan sunnahku.” (Hadis riwayat Tirmizi dan al-Hakim).



Dalam hadis ini disebutkan bahawa antara orang yang mendapat kutukan Baginda adalah orang yang menghalalkan daripada keturunanku yang Allah haramkan atau dengan perkataan lain tidak memberikan hak sepatutnya kepada ahlul-bait, bahkan mengambil hak mereka.



Dalam konteks kegerunan orang Yahudi terhadap ahlul-bait kerana mereka gentar pada potensi ahlul-bait yang bakal menjadi lawan setara, bak ‘buku bertemu ruas’ protokol cendekiawan Zionisme nombor satu ada menyatakan: “... anda akan dapat melihat kemudian bahawa ini akan membantu kemenangan kita; ia akan memberikan kita kemungkinan untuk mendapat ‘kad induk’ (iaitu) pembinasaan golongan bangsawan warisan (genealogical aristrocracy) yang juga satu-satunya golongan menjadi pertahanan semula jadi bangsa dan negara daripada serangan kita.



Daripada pembinasaan kelas bangsawan warisan (institusi raja) yang bersifat fitrah itu kita membina golongan ‘bangsawan meritrokasi’ yang diketuai golongan bangsawan berduit (kapitalis). Begitu pula dalam protokol nombor tiga: “Orang yang kita bimbing berjaya membinasakan golongan (bangsawan warisan) yang (sebenarnya) adalah satu-satunya pertahanan rakyat serta ‘ibu angkat’ yang memanfaatkan mereka, atas keterikatan dengan kesejahteraan rakyat di bawah golongan bangsawan (warisan) ini.



Pada hari ini dengan pembinasaan golongan bangsawan (warisan) ini, rakyat jelata jatuh kepada cengkaman kapitalis dengan kezaliman mereka meletakkan rantai yang menjerut leher pekerja.” Kedua-dua protokol ini diterjemahkan dalam buku yang penulis beli.



Sebagai tanda cinta dan kasih sayang Baginda terhadap umatnya yang datang kemudian, maka dijadikan ahlul-bait Baginda penyelamat di bumi seperti dalam hadis di atas.



Bahkan pada akhir zaman, ahlul-bait yang memimpin dunia ini seperti dikatakan Rasulullah bahawa pada zaman al-Mahdi nanti kambing dan serigala digembala menjadi budak bermain ular dan kala jengking. Ular dan kala jengking tidak membahayakan sama sekali. Umat manusia akan menanam satu mud benih dan akan memetik hasil 700 mud. Riba, perzinaan dan minuman keras menjadi lenyap. Umat manusia berumur panjang, amanah ditunaikan hal yang keji lenyap dan orang yang benci ahlul-bait Rasulullah binasa.



“Dalam pada umat Islam diperdaya untuk menolak signifikan kepentingan peranan dan relevannya golongan ahlul-bait, Yahudi Zionis khususnya amat percaya sepenuhnya dan berasa takut dan tergugat pada potensi mereka. Keyakinan Yahudi Zionis pada potensi ahlul-bait Rasulullah SAW inilah yang menyebabkan mereka mengatur pelbagai perencanaan seperti terkandung dalam Protokol Cendekiawan Zionis untuk menghapuskan potensi ahlul-bait, contohnya mencemarkan nasab mereka, terutama ahlul-bait daripada baka warisan raja umat Islam yang dipanggil sebagai geneological aristrocracy atau ‘bangsawan warisan’ itu. (Ahlul-Bait.. 442)



Rasulullah sebagai utusan Ilahi yang membawa rahmat menyelamatkan umat manusia dengan mengeluarkan mereka daripada kegelapan kepada terang benderang, daripada kehancuran kepada keselamatan. Dalam tugasnya itu Baginda tidak mengharapkan apa-apa upah daripada manusia kerana diserahkan kepada Allah SWT.



“Katakanlah (wahai Muhammad): Aku tidak meminta kepada kamu sebarang upah (imbalan) mengenai ajaran Islam yang aku sampaikan itu, (yang aku minta) hanyalah kasih mesra dalam kekeluargaan.” (Surah Asy-Syura: 23).



Satu daripada tafsiran ayat ini adalah seperti dikatakan al-Maqrizi: “Aku tidak minta imbalan apa pun jua atas kalian atas agama yang aku bawakan kepada kalian itu, kecuali agar kalian berkasih sayang kepada keluargaku.”



Itulah satu kewajipan yang terabaikan dan ia menambah lagi senarai pengabaian kita ke atas kewajipan agama Islam suci lainnya.




Muhasabah diri anda serta renung2kanlah..



Wassalam..



posted by

-luo-

Tuesday, February 24, 2009

Alor Star to Alor Setar ~ As Before

Negeriku Sejahtera

ALOR SETAR: Ejaan rasmi nama bandar Alor Star diubah balik kepada ejaan asal iaitu Alor Setar mulai sekarang.

Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata mesyuarat Exco yang berlangsung di Wisma Darul Aman di sini hari ini meluluskan perubahan ejaan itu atas permintaan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).



Dato' Seri Azizan Abdul Razak
Menteri Besar Kedah


Ejaan asal Alor Setar diubah kepada 'Alor Star' semasa Datuk Seri Syed Razak Syed Zain menjadi Menteri Besar Kedah pada lewat 1990an dan ia dikekalkan sehingga Barisan Nasional (BN) Kedah kalah pada pilihan raya umum 8 Mac lepas.


Bercakap kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat berkenaan, Azizan berkata mesyuarat Exco bersetuju mengubah semula ejaan itu mengambil sempena nama pokok 'setar' dan perubahan ejaan itu tidak membabitkan kos besar bagi menukar papan tanda atau perkara yang berkaitan.


Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Wira Syed Unan Mashri Syed Abdullah akan mengeluarkan arahan rasmi kepada semua PBT dan jabatan kerajaan untuk mengubah ejaan itu dalam urusan rasmi dalam tempoh terdekat, katanya.


Azizan berkata Jabatan Kerja Raya akan diarah menukar papan tanda dengan menggunakan ejaan itu dalam masa terdekat.


Tahun lepas, kerajaan Kedah pimpinan PAS turut menukar nama Langkawi kepada 'Langkawi Permata Kedah'. -Sumber : BERNAMA

PengeBOMan Hussien

Remaja Perancis Terbunuh


PEKARANGAN bazar di luar Masjid Hussein di Kaherah yang selalunya sibuk, menjadi lengang ekoran kejadian letupan bom, yang mengakibatkan seorang remaja Perancis terbunuh, semalam. - AFP


KAHERAH 23 Feb. - Seorang remaja perempuan dari Perancis terkorban dan 25 lagi, kebanyakan mereka warga asing cedera dalam satu letupan bom buatan sendiri di sebuah bazar berusia 650 tahun yang penuh sesak dengan pelancong, awal malam tadi.

Polis menemui bom kedua dalam tempoh sejam kemudian dan berjaya mematikannya.

Pegawai keselamatan berkata, tiga orang telah ditahan berhubung serangan maut pertama ke atas warga Barat di Mesir sejak 2006.

Seorang pakar mengenai fahaman militan berkata, serangan itu mungkin sebagai tindak balas terhadap kempen keganasan Israel ke atas Genting Gaza pada bulan lepas.

"Kami melayan pelanggan seperti biasa dan tiba-tiba berlaku satu letupan kuat.

"Pengunjung lari bertempiaran dan sesetengahnya cedera disebabkan rempuhan dan bukan kerana letupan itu," kata seorang pelayan di sebuah kafe berdekatan, Magdy Ragab.

Pelancongan adalah antara sumber pendapatan asing utama bagi Mesir dan industri itu pernah menjadi sasaran pada masa lepas dalam usaha untuk merosakkan kedudukan kerajaan yang kini cuba merundingkan gencatan senjata berpanjangan di Gaza.

Letupan malam tadi menggegarkan plaza utama di Khan el-Khalili, sebuah bazar yang popular di kalangan pelancong dan terletak bersebelahan Masjid Hussein.

Percikan darah kelihatan pada batu-batu di hadapan masjid tersebut ketika jemaah baru selesai mengerjakan solat Maghrib.

Laporan awal mengatakan dua butir bom tangan dilontar ke tempat kejadian tetapi kerajaan mengesahkan, serangan itu melibatkan sebutir bom buatan sendiri yang diletakkan di bawah bangku di plaza utama. - AP


Dipetik daripada - Utusan Malaysia