Thursday, December 30, 2010
Shift Your PARADIGM
Thursday, February 25, 2010
Jangan Jadi Munafik !!
“Empat perkara yang menjadikannya seseorang itu munafik dan jika terdapat satu daripadanya maka ia mempunyai ciri nifaq sehingga ditinggalkan, iaitu apabila diberi kepercayaan dia khianati, apabila bercakap dia bohong, apabila berjanji dia mungkir, apabila berkelahi dia kejam.” (Muttafaq ‘Alaih)
Kadang-kadang kita sendiri tidak menyedari bahawa hampir kebanyakan daripada amalan seharian kita adalah merupakan amalan ciri-ciri golongan munafik. Jadi, sentiasalah muhasabah dan prihatin dengan setiap apa yang akan dan telah kita lakukan.
1. Malas Beribadah Kepada Allah SWT
Malas mengerjakan solat, segan untuk menempatkan diri di saf pertama, enggan mencari ilmu pengetehuan dan berat melangkah untuk ke majlis kebajikan.
2. Lupa Kepada Allah
3. Melalaikan Solat Fardhu
Sengaja melengahkan atau lambat menunaikan solat sehingga berada di akhir atau habis waktunya.
4. Mempercepatkan Pergerakan Solat
Orang yang mempercepatkan solatnya tanpa rasa khusyuk dan lupakan Allah, maka solatnya tidak diterima Allah. Itulah solat orang yantg munafik.
5. Gemar Meninggalkan Solat Berjemaah
Sihat dari segi fizikal dan jasmani, mempunyai waktu lapang dan tidak uzur syarie, tetapi tidak mahu mendatangai masjid ketika mendengar seruan azan.
6. Meninggalkan Solat Jumaat
7.Melakukan Dosa Dan Kemungkaran Secara Sembunyi Berpura-pura melakukan kebaikan di tengah2 orang ramaai dan gemar melakukan kemungkaran di belakang orang adalah dibenci Allah SWT.
8. Menyuruh Yang Mungkar Dan Melarang Yang Ma’ruff.
9. Menyembunyikan Ilmu Pengetahuan
Orang-orang yang memiliki ilmu dan apabila ditanya orang lain sedang dia mengetahui persoalan yang ditanyakan itu tetapi tidak menjelaskannya. Ini merupakan perbuatan yang menghalang kemajuan ummat Islam dan dapat menutup kebenaran.
10. Mengamalkan Riyak
11. Hasad Dengki
12. Dusta
13. Mungkir janji.
14. Bakhil
15. Fitnah Menyampaikan keburukan orang lain di kalangan orang ramaai supaya mereka membenci atau memusuhinya. Ia juga tergolong dalam sifat-sifar munafik dan dosa-dosa besar.
16. Mencaci maki
Menyakiti orang lain dan mencemarkan maruah seseorang itu.
17. Mengumpat
18. Mengungkit Pemberian Kepada Orang Yang Menyakiti Hatinya
Mengungkit kembali pemberian kepada orang lain dengan harapan dikenang jasa dan sumbangannya serta ingin menyakiti hati orang lain. Perbuatan ini dicela didalam Islam.
19. Mengingkari Takdir
Sesungguhnya orang yang menolak, membenci atau mengingakari takdir Allah, tergolong dalam golongan kufur dan rosak iman dan mendapat azab serta kemurkaan Allah
20. Mempersendakan Kesucian Agama Perbuatan mempersenda kesucian dan agama Islam adalah suatu yang amat dibenci dan dilarang dalam Islam kerana ianya seolah-olah menentang sesuatu yang diturunkan Allah.
21. Enggan Berjihad
22. Menghina Sahabat Rasulullah SAW
Perbuatan ini dianggap melanggar larangan baginda, berdosa besar dan termasuk dalam golongan orang munafik
23. Menyembunyikan Persaksian Pada Jalan Yang Benar
24. Menangguhkan Pembayaran Hutang
25. Menipu Dalam Jual Beli
Perbuatan menipu ini adalah melibatkan amalan timbang atau sukat sesuatu barang tanpa kadar yang mencukupi atau menjual barangan yang rosak dimana, menimbulkan rasa kecewa dan tidak puas hati pembeli pada akhirnya.
26. Ghasab Ghasab ialah mengambil atau menguasai harta ( tanah ) orang laain dengan jalan aniaya, iaitu jalan yang tidak diredhai Islam. Perbuatan ini walaupun dengan mengambil Cuma sejengkal, adalah termasuk perbuatan dosa besar dan munafik.
27. Bergaul Dengan Orang Yang Memperolok Al Quran
28. Memakan Harta Anak Yatim
29. Membuka Rahsia Orang Lain
30. Merasa Aman Dari Murka Allah Apabila Berbuat Dosa
Apabila seseorang melakukan dosa dan merasa selamat dari murka dan seksaan Allah, maka anggapan ini adalah berdosa besar dan amalan orang-orang munafik.
31. Memanggil Orang Dengan Gelaran Buruk Yang Tidak Disukai
32. Menghalangi Orang Dari Mengamalkan Ajaran Islam
33. Suka Kepada Kesesatan Dan Menyesatkan Orang Lain
34. Bermuka Dua
Sikap ini ialah apabila diajak untuk mengikut jalan Allah, sengaja melambat-lambatkan dan tidak mahu. Tetapi, apabila diajak ke jalan yang dimurkai Allah, dengan senang dan cepat mereka menurutnya.
35. Menyanjung Dan Memuji Orang Tanpa Diketahui Keadaan Sebenar
36. Sombong Antara Sesama Manusia
37. Suka Berbantah Dan Bertengkar Sesama Muslim
38. Melampaui Batas Yang Digariskan Oleh Allah
Perbuatan yang menurut kehendak nafsu sehingga boleh tersesat dan menyesatkan pada jalan yang benar sebagaimana Yahudi dan Nasrani.
39. Berputus Asa Dalam Menghadapi Cabaran Hidup
40. membazir Dalam Memanfaatkan Nikmat Allah
41. Keluh Kesah Apabila Ditimpa Musibah
42. Mengkhianat Sesuatu Amanah
43. Memutuskan Silaturraheem
44. Memecahbelahkan Perpaduan Kaum Muslimin.
45. Menghalalkan Yang Haram
46. Membuat Keosakan Di Muka Bumi
47. Menuduh Orang Beriman
Orang Munafik mempunyai pendirian yang lemah dan amat sedikit memiliki ilmu pengetahuan tentang perjara yang bermanfaat dan memudharatkan. Justeru, mereka menuduh orang beriman atau kurangf ilmu pengetahaun dalam urusan kehidupan.
48. Mengubah Dan Menyalahgunakan Ayat-ayat Allah
49. Bersumpah Dengan Selain Nama Allah SWT
50. Merasa Gembira Apabila Musibah Menimpa Orang Beriman
Friday, January 8, 2010
Mukjizat Nabi Saw - Semangkuk Susu
Monday, December 7, 2009
Antara Doa Dan Politik
Friday, December 26, 2008
Kahwin VS Glamor
Kahwin bukan untuk bermegah
Oleh MOHAMMAD ISMAIL
![]() |
Matlamat suci perkahwinan tidak boleh dirosakkan dengan penganjuran majlis secara besar-besaran untuk menunjuk-nunjuk kepada orang ramai. - Gambar hiasan |
PERKAHWINAN merupakan satu ikatan suci penyatuan jiwa lelaki dan perempuan. Dalam Islam perkahwinan itu bermaksud akad yang menghalalkan di antara lelaki dengan perempuan hidup bersama dan menetapkan tiap-tiap pihak hak-hak dan tanggungjawab. Perkahwinan itu sendiri merupakan saluran untuk meneruskan keturunan manusia di muka bumi. Sudah menjadi fitrah manusia yang dijadikan berpasang-pasangan.
Allah SWT berfirman dalam Surah An-Nisa'ayat 1 yang bermaksud: Wahai manusia bertakwalah kepada Tuhan kamu yang menjadikan kamu semua dari jiwa yang satu dan dijadikan daripadanya pasangannya dan berkembang daripada keduanya banyak lelaki dan perempuan. (An-Nisa':1)
Manakala majlis kenduri sesebuah perkahwinan itu bertujuan memberitahu dan membuat pengumuman kepada masyarakat tentang hubungan sebuah perkahwinan yang sah lagi suci serta bagi mengelakkan fitnah dalam masyarakat. Namun begitu sejak akhir-akhir ini 'trend' majlis perkahwinan dan kenduri kahwin telah bertukar menjadi nilai komersial yang boleh mengaut 'keuntungan'.
Walaupun 'trend' sebegini hanya berlaku di kalangan golongan tertentu namun falsafah dan maksud sebenar sebuah perkahwinan perlu dihayati dan diterjemahkan sebelum ia menjadi budaya dan sebati dalam hidup masyarakat. Apa yang lebih membimbangkan sekiranya budaya itu menjadi ikutan mereka yang tidak mampu demi menjaga imej.
Adalah dikhuatiri mereka akan bergolok bergadai dan yang lebih merisaukan sekiranya ada yang sanggup bersahabat dengan 'ah long' untuk memenuhi keinginan naluri yang bukannya dituntut syarak.
Bagi mereka yang berkemampuan, angka-angka yang tinggi dan unik menjadi sandaran sebagai sesuatu yang boleh dibanggakan. Semakin tinggi 'angka-angka' hantaran maka semakin 'glamor' dan semakin menjadi tumpuan pasangan tersebut.
Begitu juga semakin 'unik' angka-angka tersebut maka semakin dikenali pasangan dan semakin komersial perkahwinan tersebut.
Bagi yang kurang berkemampuan pula, keunikan itu dicipta dalam bentuk yang tidak melibatkan nilai kewangan, misalnya bersanding beramai-ramai, berarak dengan kereta kuda, anak dan bapa bersanding bersama dan sebagainya. Walaupun kita percaya jauh di sudut hati mereka tidak ada niat untuk menunjuk-nunjuk tetapi apabila berita tersebut digembar-gemburkan maka ia akan menjadi tumpuan.
Sekiranya maksud sebenar tidak terpesong, kenduri secara besar-besaran dibolehkan sekiranya mampu dan tidak berniat untuk bermegah-megah seperti yang ditegaskan oleh Penasihat Majlis Agama Islam Johor, Datuk Nooh Gadot baru-baru ini.
Suatu ketika dulu di kampung-kampung apabila adanya majlis perkahwinan, maka seluruh warga akan bergotong royong, kaum wanita akan sibuk di dapur memotong bawang, menyediakan ramuan untuk memasak, memotong ayam dan daging, menyiapkan tempat persandingan manakala kaum lelaki pula sibuk menyediakan khemah yang diperbuat daripada buluh dan batang pinang.
Menghulurkan
Tetamu yang hadir pula tidak memberi wang ringgit sebaliknya mereka akan membawa, gula, susu, beras , biskut 'marie', kuih baulu mengikut kemampuan masing-masing. Bagi mereka yang tidak berkemampuan tuan rumah akan menghulurkan juadah untuk dibawa pulang sebagai hidangan mereka sekeluarga.
Begitu juga untuk penduduk kampung yang bertungkus lumus membantu, hidangan dan juadah tetap tidak dilupakan dengan diiringi sehelai kain pelikat bagi kaum lelaki dan kain sarung bagi wanita sebagai tanda terima kasih.
Namun nilai dan tradisi itu semakin berkurangan walaupun ada di sesetengah kawasan masih mengekalkan semangat bergotong royong tetapi kebanyakannya diserahkan kepada pihak 'catering' untuk menguruskannya.
Apabila itu berlaku maka pihak tuan rumah akan berkira-kira kos per kepala maka natijahnya bertukarlah majlis kesyukuran menjadi 'undangan' majlis perkahwinan.
Ada sesetengah penduduk atau orang ramai yang tidak sanggup untuk hadir ke sesebuah majlis kenduri perkahwinan dek kerana tradisi sudah bertukar, salam bersalam itu tidak sah kalau tidak dilapik dengan wang ringgit sekurang-kurangnya sepuluh ringgit.
Terdapat juga yang mengeluh terutamanya pada musim cuti sekolah kerana menerima undangan sekurang-kurangnya lima hingga lapan kenduri. Cuba bayangkan kalau satu kenduri RM10 kalau lima kenduri sudah menjadi RM50, bagi mereka yang tidak mampu ia akan memberi sedikit bebanan dan tekanan.
Walaupun terdapat juga di kalangan masyarakat yang mengadakan majlis kesyukuran, namun mereka yang menerima undangan tidak akan bertandang dengan tangan kosong sebaliknya tangan-tangan diiringi dengan cenderahati sebagai hadiah perkahwinan kerana ia sudah menjadi budaya masa kini.
Itulah hakikat yang patut kita terima yang mana generasi muda hanya boleh menghayatinya dalam lipatan sejarah budaya masyarakat Melayu dahulu kala dalam mengadakan majlis perkahwinan.
Nilai-nilai tradisi sudah agak tersasar dalam sesetengah masyarakat. Majlis perkahwinan yang sepatutnya sebagai makluman untuk masyarakat bagi mengelakkan fitnah dan sebagai alat penghubung silaturrahim antara penduduk kampung sudah terhakis nilainya dan menjadi agak komersial.
Namun begitu kita tidak boleh menyalahkan tuan rumah semata-mata kerana kos untuk mengadakan sesebuah perkahwinan dan majlis kenduri sudah meningkat.
Walaupun mereka tidak 'meminta' dan 'memaksa' tetapi sumbangan daripada mereka yang datang sekurang-kurangnya dapat mengurangkan kos mengadakan majlis tersebut. Meskipun ada segelintir masyarakat yang berkira-kira tentang 'keuntungan' tatkala ingin mengadakan majlis perkahwinan sebaliknya jika majlis kenduri perkahwinan itu diadakan majlis kesyukuran adalah lebih baik.
Ini kerana matlamat asal majlis kenduri itu adalah untuk menyatakan kesyukuran kepada Allah SWT dan juga untuk menzahirkan rasa terima kasih kepada saudara mara, penduduk kampung yang membantu dan tetamu yang hadir yang mendoakan kebahagiaan dan kesejahteraan pasangan yang melangsungkan perkahwinan.
Kepada mereka yang berkemampuan, dalam kemeriahan meraikan perkahwinan janganlah terlalu mengkomersialkan majlis perkahwinan dan jangan lupa untuk berkongsi kemeriahan dengan mereka yang tidak pernah menjamah 'nasi minyak'.
Bagi mereka yang kurang berkemampuan pula berpada-pada dengan kemampuan yang ada agar tidak menanggung bebanan hutang selepas perkahwinan, jangan sampai pahala yang dicari bertukar menjadi bala yang menanti.
Dalam memilih pasangan Rasulullah SAW dengan jelas melarang kecantikan dan kekayaan menjadi ukuran utama di dalam memilih isteri, tetapi hendaklah memilih seseorang yang berpegang teguh kepada agamanya. Sabda baginda yang bermaksud: Janganlah mengahwini wanita-wanita kerana kecantikan. Mungkin kecantikan itu memburukkan hidup. Jangan mengahwini mereka kerana harta, mungkin harta itu menyebabkan kezaliman mereka. Tetapi kahwinilah perempuan kerana agamanya. (Diriwayatkan oleh Ibn Majah).
Semua pihak perlu memainkan peranan masing-masing, saling mengingatkan antara satu sama lain agar ikatan perkahwinan yang suci tidak bertukar menjadi satu pertelagahan dan terlalu komersial. Perkahwinan itu tidak boleh menjadi terlalu sensasi sehingga terlupa nilai-nilai dan falsafah sebenar sebuah perkahwinan.
Namun begitu jika kita berkemampuan tidak ada salahnya jika mengadakan kenduri secara besar-besaran asalkan tidak bermegah-megah dan penuh sensasi. Sebaliknya bersederhana itu adalah lebih baik dan dalam menghadapi krisis ekonomi dunia kita digalakkan untuk berjimat cermat tanpa melakukan pembaziran.
Konsep sederhana tetapi meriah yang sebenar-benarnya perlu dipraktikkan agar kita selalu bersederhana dalam semua perkara.
Sedikit pesanan kepada semua yang mengadakan majlis kenduri kahwin agar mencatat dan menghitung semua tetamu yang hadir kerana mereka datang untuk mendoakan kebahagiaan anda. Anda harus berfikir untuk mengundang mereka semua dan meminta maaf apabila suatu hari nanti anda berfikir untuk bercerai kerana mensia-siakan doa mereka.
Bagaimanapun kepada mereka yang akan, sedang dan telah melangsungkan perkahwinan pada musim cuti sekolah ini, tahniah dan selamat pengantin baru diucapkan. Semoga perkahwinan dirahmati dan berbahagia hingga ke akhir hayat.
Dipetik daripada - Utusan Malaysia
Thursday, December 4, 2008
HATI adalah sumber ilham dan pertimbangan, tempat lahirnya cinta dan benci, keimanan dan kekufuran, taubat dan sikap degil, ketenangan dan kebimbangan. Hati juga sumber kebahagiaan jika kita mampu membersihkannya namun sebaliknya ia merupakan sumber bencana jika kita gemar menodainya. Aktiviti yang dilakukan sering berpunca daripada lurus atau bengkoknya hati. Abu Hurairah r.a. berkata, “Hati adalah raja, sedangkan anggota badan adalah tentera. Jika raja itu baik, maka akan baik pula lah tenteranya.. Jika raja itu buruk, maka akan buruk pula tenteranya”.
Hati yang keras mempunyai tanda-tanda yang boleh dikenali, di antara yang terpenting adalah seperti berikut:
1. Malas melakukan ketaatan dan amal kebajikan
Terutama malas untuk melaksanakan ibadah, malah mungkin memandang ringan. Misalnya tidak serius dalam menunaikan solat, atau berasa berat dan enggan melaksanakan ibadah-ibadah sunnah. Allah telah menyifatkan kaum munafikin dalam firman-Nya yang bermaksud, “Dan mereka tidak mengerjakan sembahyang, melainkan dengan malas dan tidak (pula) menafkahkan (harta) mereka, melainkan dengan rasa enggan.” (Surah At-Taubah, ayat 54)
2. Tidak berasa gerun dengan ayat al-Quran
Ketika disampaikan ayat-ayat yang berkenaan dengan janji dan ancaman Allah , hatinya tidak terpengaruh sama sekali, tidak mahu khusyuk atau tunduk, dan juga lalai daripada membaca al-Quran serta mendengarkannya. Bahkan enggan dan berpaling daripadanya. Sedangkan Allah S.W.T memberi ingatan yang ertinya, “Maka beri peringatanlah dengan al-Quran orang yang takut dengan ancaman Ku.” (Surah Al-Qaf, ayat 45)
3. Berlebihan mencintai dunia dan melupakan akhirat
Himmah dan segala keinginannya tertumpu untuk urusan dunia semata-mata. Segala sesuatu ditimbang dari segi keperluan dunia. Cinta, benci dan hubungan sesama manusia hanya untuk urusan dunia sahaja. Penghujungnya jadilah dia seorang yang dengki, ego dan individulistik, bakhil serta tamak terhadap dunia.
4. Kurang mengagungkan Allah
Sehingga hilang rasa cemburu dalam hati, kekuatan iman menjadi lemah, tidak marah ketika larangan Allah dilecehkan orang. Tidak mengamal yang makruf serta tidak peduli terhadap segala kemaksiatan dan dosa.
5. Tidak belajar dengan Ayat Kauniah
Tidak terpengaruh dengan peristiwa-peristiwa yang dapat memberi pengajaran, seperti kematian, sakit, bencana dan seumpamanya. Dia memandang kematian atau orang yang sedang diusung ke kubur sebagai perkara biasa, padahal cukuplah kematian itu sebagai nasihat. “Dan tidaklah mereka (orang-orang munafik) memperhatikan bahawa mereka diuji sekali atau dua kali setiap tahun, kemudian mereka tidak (juga) bertaubat dan tidak (pula) mengambil pel ajaran?” (Surah At-Taubah, ayat 126)
Sahabat yang baik adalah lebih mahal dari segunung emas permata.
Posted by
-Luo-
5 PerKara Yg Mesti Disegerakan
LIMA PERKARA YANG MESTI DISEGERAKAN
Dari Hatim Al-Asom :
“Terburu-buru itu termasuk sifat syaitan, kecuali pada lima tempat , maka ia termasuk sunnah Rasulullah saw.”
1) Memberi makan tetamu, bila ia datang berkunjung.
2) Menyiapkan perkuburan mayat bila telah mati.
3) Mengahwinkan anak perempuan, bila cukup umur.
4) Membayar hutang, bila telah sampai masanya.
5) Bertaubat dari dosa, bila ia telah melakukannyaa.
LIMA PESANAN DARI SYAIKH AL -BALKHI
“Ambil olehmu lima perkara kemudian amalkan :
1) Sembahlah Allah sebanyak keperluanmu kepadaNya.
2) Ambil apa-apa dari dunia menurut keperluan selama umurmu didalamnya.
3) Lakukan maksiat kepada Allah , menurut kemampuanmu memikul azabNya.
4) Persiapkan bekal didunia untuk selama kamu tinggal didalam kubur.
5) Beramallah untuk syurga, menurut lamanya masa yang kamu inginkan untuk tinggal didalamnya.”
HARTA BERTIMBUN BOLEH MENYEBABKAN LIMA PERKARA
Dari Sufyan Sauri : “Tiada berkumpul harta disisi seseorang pada zaman ini, melainkan timbul didalam dirinya lima perkara :
1) Panjang angan-angan.
2) Sentiasa tamak.
3) Sangat kedekut.
4) Berkurang waraknya.
5) Lupa kepada akhirat.
Posted by
-Luo-
Wednesday, December 3, 2008
5 Syarat Untuk Bermaksiat

Suatu hari ada seorang lelaki yang menemui Ibrahim bin Adham. Dia berkata, “Wahai Aba Ishak! Selama ini aku gemar bermaksiat. Tolong berikan aku nasihat.” Setelah mendengar perkataan tersebut Ibrahim berkata, “Jika kamu mahu menerima lima syarat dan mampu melaksanakannya, maka boleh kamu melakukan maksiat.” Lelaki itu dengan tidak sabar-sabar bertanya. “Apakah syarat-syarat itu, wahai Aba Ishak?”
- Ibrahim bin Adham berkata, “Syarat pertama, jika kamu bermaksiat kepada Allah
, jangan memakan rezekinya.” Mendengar itu dia mengerutkan kening seraya berkata, “Dari mana aku mahu makan? Bukankah semua yang ada di bumi ini rezeki Allah
?”. “Ya!” tegas Ibrahim bin Adham. “Kalau kamu sudah memahaminya, masih mampukah memakan rezekinya, sedangkan kamu selalu berkeinginan melanggar larangan-Nya?”
- “Yang kedua,” kata Ibrahim, “kalau mahu bermaksiat, jangan tinggal di bumi-Nya!”. Syarat ini membuat lelaki itu terkejut setengah mati. Ibrahim kembali berkata kepadanya, “Wahai Abdullah, fikirkanlah, apakah kamu layak memakan rezeki-Nya dan tinggal di bumi-Nya, sedangkan kamu melanggar segala larangan-Nya?” “Ya! Anda benar.” kata lelaki itu.
- Dia kemudian menanyakan syarat yang ketiga. Ibrahim menjawab, “Kalau kamu masih mahu bermaksiat, carilah tempat tersembunyi yang tidak dapat terlihat oleh-Nya!” Lelaki itu kembali terperanjat dan berkata, “Wahai Ibrahim, ini nasihat macam mana? Mana mungkin Allah
tidak melihat kita?”. “Ya, kalau memang yakin demikian, apakah kamu masih berkeinginan melakukan maksiat?” kata Ibrahim.
- Lelaki itu mengangguk dan meminta syarat yang keempat. Ibrahim melanjutkan, “Kalau malaikat maut datang hendak mencabut rohmu, katakanlah kepadanya, ‘Ketepikan kematianku dulu. Aku masih mahu bertaubat dan melakukan amal soleh’.” Kemudian lelaki itu menggelengkan kepala dan segera tersedar, “Wahai Ibrahim, mana mungkin malaikat maut akan memenuhi permintaanku?” “Wahai Abdullah, kalau kamu sudah meyakini bahawa kamu tidak boleh menunda dan mengundurkan datangnya kematianmu, lalu bagaimana engkau boleh lari dari kemurkaan Allah
?”
- “Baiklah, apa syarat yang kelima?”. Ibrahim pun menjawab, “Wahai Abdullah kalau malaikat Zabaniyah datang hendak mengiringmu ke api neraka di hari kiamat nanti, jangan engkau ikut bersamanya.”
Perkataan tersebut membuat lelaki itu insaf. Dia berkata, “Wahai Aba Ishak, sudah pasti malaikat itu tidak membiarkan aku menolak kehendaknya.” Dia tidak tahan lagi mendengar perkataan Ibrahim. Air matanya bercucuran. “Mulai saat ini aku bertaubat kepada Allah .” katanya sambil menangis teresak-esak.
Posted by
-Luo-
Thursday, November 20, 2008
Link Ceramah Dr. Jamnul Azhar
Dalam kesibukan saya sehari-hari sebagai seorang pelajar perubatan..kebetulan saya sempat juga menjumpai akan link yg menarik ini.. link yg berkaitan dengan ceramah maulidur rasul yg disampaikan oleh Yg Berbahagia Dr. Jamnul Azhar Mulkan..
Link Di sini . Ceramah Dr. Jamnul
Semoga Pembaca Blog ini dapat mengambil input yang akan diterjemahkan sebagai output yg berhikmah dan menjana pembangunan Islam dan ummah..
Wassalam..
edited by
-Luo-
Thursday, November 6, 2008
Dr. Jamnul Azhar Mulkan
Assalammualaikum..
Haa..sedang khusyuk melayari internet dan meng'review' satu demi satu artikel..tibe2 teringat saya akan Dr. Jamnul Azhar Mulkan.. Beliau berasal dari Kedah dan mempunyai ijazah doktor perubatan serta belajar syariah juga di Univ Al-Azhar, Mesir. Beliau sangat hebat dalam penulisan buku beliau perihal Al-Quran dan Sains .Jika anda pernah menonton Halaqah di TV9 , sudah tentu anda mengenali beliau..beliau merupakan bekas ahli panel rancangan tersebut. Sebenarnya ibu saya pernah bekerja bersama beliau ketika beliau berkhidmat di Hospital Besar ALor Star (sekarang ditukarkan nama kepada Hospital DAerah ALor Star). Kini beliau berkhidmat sebagai Pakar Ortopedik di Hospital Kangar Perlis..DAn beliau juga mempunyai sebuah klinik di HEntian Shahab Perdana ALor Star bersebelahan dengan pejabat abah saye..ngee
Suatu ketika dahulu, ketika saya sedang belajar di Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan..SAya serta Kepimpinan Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPP) Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan pernah menjemput beliau untuk menyampaikan ceramah berkenaan Israk Mikraj..ternyata beliau tidak menghampakan dan telah hadir walaupun pada waktu itu beliau baru kemalangan dan tangan kanan nyea masih terikat dengan andoh..Syukur ada insan seperti beliau yg sanggup hadir untuk menyampaikan ceramah berkenaan Israk Mikraj - Sains & Al-Quran..
Untuk tatapan umum..saya telah memperoleh beberapa artikel perihal ceramah yg disampaikan oleh beliau daripada laman2 blog sahabat Islam kita..berikut merupakan antara artikel yg sempat saya kongsikan bersama..
Harap kalian dapat membaca dan memperoleh sesuatu daripada artikel tersebut khususnya anda yg belajar bidang perubatan..
hadirin memikirkan sejenak dengan hadith yang
maknanya sedikit sebanyak "Dalam diri-diri kamu ada
kebesaran Tuhan".
Doktor menyuruh kita melihat kedua tapak tangan dan
perhatikan garis-garis di tapak tangan kita.
Garisan-garisan di tangan kiri menunjukkan angka 8 dan
1 dalam Bahasa Arab dan tangan kanan 1 dan 8 dan
membawa ke jumlah 81 + 18 = 99 iaitu bilangan nama
Allah SWT.
Berikut adalah antara intipati syarahannya secara ringkas:-
1. Cara makan, kenapa kita gunakan tangan? Mengikut
cara Rasulullah s.a.w, beliau akan menggaulkan lauk dan
nasi dengan tangan kanannya dan kemudian membiarkan
sebentar, lalu Rasullah saw akan mengambil sedikit garam
menggunakanjari kecilnya(yg last tu), lalu Rasullah saw
akan menghisap garam itu. Kemudian barulah Rasulullah
makan nasi dan lauknya!.
Mengapa? Kerana kedua belah tangan kita ada
mengeluarkan 3 macam enzim, tetapi konsentrasi di
tangan kanan kurang sedikit dari yg kiri.
Ini adalah kerana enzim yg ada di tangan kanan itu
merupakan enzim yang dapat menolong proses
penghadaman (digestion), ia merupakan the first process
of digestion.
Mengapa menghisap garam? Kerana garam adalah sumber
mineral dari tanah yg diperlukan oleh badan kita.
Dua cecah garam dari jari kita itu adalah sama dgn satu liter
air mineral. Kita berasal dari tanah maka lumrahnya bahan
yang asal dari bumi (tanah) inilah yg paling berkhasiat
untuk kita.
Kenapa garam?
Selain dari sebab ia adalah sumber mineral, garam juga
adalah penawar yang paling mujarab bagi keracunan,
mengikut Dr, di hospital-hospital, the first line of treatment
for poisoning adalah dengan memberi Sodium Chloride,
iaitu GARAM.
Garam juga dapat menghalang sihir dan makhluk-makhluk
halus yang ingin menggangu manusia.
2. Cara Rasulullah mengunyah - Rasulullah akan
mengunyah banyak 40 kali untuk membiarkan makanan
itu betul-betul lumat agar perut kita senang memproseskan
makanan itu.
3. Membaca Basmalah (Bismillahirrahma Nirrahim).
Membaca Basmalah sebelum makan untuk mengelakkan
penyakit. Kerana bacteria dan racun ada membuat
perjanjian dengan Allah swt, apabila Basmalah dibaca maka
bakteria dan racun akan musnah dari sumber makanan itu.
Cara Rasulullah minum. Janganlah kita minum berdiri
walaupun makruh tetapi ia makruh yang menghampiri
kepada haram.
Jangan kita minum dari bekas yg besar dan jangan bernafas
sedang kita minum. Kerana apabila kita minum dari bekas
yg besar, lumrahnya kita akan meneguk air dan dalam
proses minum itu, kita tentu akan bernafas dan
menghembuskan nafas dari hidung kita.
Kerana apabila kita hembus, kita akan mengeluarkan CO2
iaitu carbon dioxide, yang apabila bercampur dgnairH20,
akan menjadi H2CO3, i!aitu sama dengan cuka,
menyebabkan minuman itu menjadi acidic.
Jangan meniup air yg panas, sebabnya sama diatas. Cara
minum, seteguk bernafas, seteguk bernafas sehingga habis.
4. Mengapa Islam menyuruh di sebat 100 kali orang belum
berkahwin yang berzina, dan merejam sehingga mati org yg
sudah berkahwin yang berzina?
Badan manusia akan mengeluarkan sel-sel darah putih atau
antibiotik yg dapat melawan penyakit. Dan sel-sel ini
terdapat di daerah tulang belakang, berdekatan dengan
sum-sum tulang manusia.
Lelaki yang belum berkahwin dia akan dapat mengeluarkan
beribu-ribu sel ini, manakala lelaki yang sudah berkahwin
hanya dapat menghasilkan 10 unit sel ini sehari, kerana
antara sebabnya ialah kerana sel-sel lain akan hilang
kerana perhubungan suami isteri.
Jadi apabila lelaki yang belum berkahwin didapati salah
kerana zina hendaklah disebat 100 kali. Ini adalah kerana
apabila dia disebat di belakangnya, suatu amaran tentang
kesakitan !itu akan membuatkan penghasilan beribu sel
antibiotik yang dapat melawan virus HIV jika ia ada di
badannya, dengan itu dapatlah antibodi melawan virus
HIV itu.
Tetapi jika lelaki itu sudah berkahwin, walaupun disebat
100 kali ia akan tetap menghasilkan 10 unit antibody
sahaja, jadi dengan itu hukumannya direjam hingga mati
agar dia tidak dapat merebakkan virus HIV itu.
Harap ia akan memberi manfaat pada anda sekalian, dan
sedikit informasi yang diberikan oleh Mudarisana,
5. Mudaris Iskandar mengenai Ka'bah. Mengapa ia terletak
di Mekah al- Mukarramah dan mengapa ia empat persegi
(cube).
Ia terletak di posisinya sekarang kerana setelah dibuat
kajian oleh para cendikiawan dari Pakistan dan Arab,
didapati, tempat terletaknya Ka'bah sekarang itu, adalah
betul-betul di tengah bumi.
Mengapa ia empat persegi, ia melambangkan perpaduan
ummah yang bergerak maju! bersama, equality and unity,
tidak seperti bentuk pyramid, dimana ia diumpamakan,
seperti hanya seorang pemenang yg berada diatas setelah ia
memijak-mijak yang lain.
Dan antara lagi sebab mengapa 4 persegi melambangkan
4 imam besar, Maliki, Hambali, Hanafi dan Syafi'i,
melambangkan kebenaran keempat-empat Imam tersebut.
basuh tangan, dgn cara membelat2 celah2 jari
tangan.Ini adalah cara doktor dan nurse basuh
tangan di hospital di seluruh dunia utk
mengelakkan contamination terutama bila kena
deal dgn pesakit2.slps tu RasuluLLah akan
menggaul-gaul makanan....
kenapa?
sbb pada tapak tangan manusia ada pores atau liang2, terutama
pada garisan di tapak tangan,di situ paling byk
liang2.pada liang2 ni klu kita perasan selalunya
berpeluh banyak kat situ, wokeh, peluh tu
mengandungi banyak enzim tp yang paling banyak
adalah lysozyme(dlm air mata pun ada), interferon
dan interluekin (ada juga pd antibodi manusia,klu
salah tolong tegur),enzim2 ni membantu
menghadam makanan sebelum dimakan.
Oleh itu,RasuluLLah SAW gaul dulu dan makan dgn tangan, dan
kenapa Rasullullah SAW mengguna tangan kanan?
Oleh sebb tangan kanan mengandungi lebih byk enzim2 tu dr tangan kiri.lps dah gaul2 makanan tu baginda tak makan
terus,RasuluLLah akan celup hujung jari kelingking
pada garam, kemudian diletakkan pada lidah,
hujung jari kelingking sahaja, kiranya sedikit
sahaja lah.selepas tu barulah RasuluLLah SAW
makan.garam dipanggil Natrium Klorida, boleh
bercerai kepada air di dlm medium pembawa
seperti air.
Hikmahnya RasuluLLah SAW ambil
garam dulu kerana ion Na+ dan Cl- ni boleh
bergabung dgn racun2 yg terdapat di dlm makanan
yg akan dimakan.(ada cerita best pasal NaCl
doktor ni cerita...i/Allah lain kali).selain tu, jumlah
garam di hujung jari kelingking tu sama dgn jumlah
mineral dalam satu botol air mineral kecil yang
orang biasa jual tu.biasanya sesiapa yg biasa
pergi camping tu mesti pernah amik air garam atau
makan garam yang berperisa tu(mcm yang doktor
bagi utk pesakit cirit-birit),biasanya diorang amik
utk elakkan dahaga atau guna byk air.kiranya
garam ni dpt elakkan hidrasi pd badan. kemudian
RasuluLLah apabila mengunyah sebanyak 40 kali
Hikmahnya ialah makanan tu akan hadam dgn sgt baik, kdg2 belum kunyah sampai 40 kali pun makanan dah ditelan dgn
sendirinya(cuba la try sendiri),kiranya makanan
senang masuk dan tak mengganggu kerongkong
dan esofagus.RasuluLLah tak pernah kena
penyakit berkaitan perut atau saluran makanan.
Itulah sedikit sebanyak inti syarahan yg disampaikan oleh
Dr Jamnul Azhar.
Sekian buat renungan bersama, Fi amanillah Jazakallah Khairan Kathiran.
Fyi, kedua-dua artikel di atas ada persamaan dan melengkapi antara satu sama lain....
Maaf..saya xjumpe image Dr Jamnul Azhar..saya akan usahakan..
Selamat Membaca dan Mempraktik kan ilmu yg ada..
*Fyi = For Your Information.
edited by
-Luo-