Wednesday, December 31, 2008

MEsir Yang Durjana.. MEsir DAlang Sebenar???

Mesir halang bantuan kemanusiaan ke Gaza.







Hosni Mubarak Tergamak tanpa Perikemanusiaan Melihat Sahabat SeISlamnya Merayu Merintih Tatkala Dia Mampu Membenarkan Mereka Memasuki MEsir..Layakkah Si durjana Hosni ini diangkat sebagai pemimpin???Pemimpin keparat yg bersengkongkol dengan Israel..Sepatutnya Hosni harus atau wajib Mati ditembak saja semasa perbarisan kemerdekaan tahun 1981 bersama mantan Presiden Mesir Al-Marhum Anwar Shadat dahulu!!!





Isnin,29/12/2008 -Pihak berkuasa Mesir melarang sebuah pesawat Libya yang membawa bantuan ke Gaza daripada melakukan pendaratan di Al Arish Airport di Mesir.

Hannibal Al Gaddafi, anak lelaki Presiden Libya, Moammar Al Gaddafi, berkata dalam satu temubual telefon dengan al Jazeera yang berpusat di Qatar, Mesir bekerjasama dengan Israel dalam melakukan pengepungan di Gaza kerana bertindak melarang sebarang kemasukan bantuan kemanusiaan ke sana melalui sempadannya.

Hannibal menambah, Libya akan terus menghantar lebih banyak kapal bantuan ke Gaza walaupun ia akan bertukar menjadi 'misi maut' kerana berkemungkinan di bom rejim Zionis.


PENAKU


Assalamualaikum..


Inilah Bumi Anbia Yg kita Pijak..Tepat lahirnya ribuan ilmuan, sarjana, mufti2, para hafiz dan hafizah..namun dipimpin oleh seorg pemimpin yg derhaka terhadap agamanya..Hosni Mubarak si jahanam durjana.. yg meletakkan kepentingan nya melebihi agama dan perkemanusiaan..Ya Allah ya Tuhanku Ku Jatuhkanlah regim2 bersekongkol khususnya Si Hosni Mubarak yg durjana ini..si Jahanam ini menderhaka terhadap agama serta saudara seIslam nya.. Hosni yg hina..1 hari nanti kau pasni akan mendapat balasan..tergamak kau melihat sahabat seISlam merintih di pintu2 sempadan untuk memasuki negara Anbia ini..Aku cerca kamu.. kau lah pemimpin pekak bukan peka !!! Moga Allah SWT buka pintu hati kamu wahai hosni mubarak yg durjana.. aku doakan kamu akan bertaubat.. amin...


-luo-



Note:
sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : gunx


edited by


-Luo-

Tabung Palestin PCM

Dermalah!! Infa'lah!! Belum Terlambat!!



Selamatkan saudara kita yang tertindas di Gaza, Palestin!!!
  • korban telah mencecah ratusan orang...
  • cedera mencecah ribuan orang...
  • serangan dan penyembelihan paling terburuk dalam sejarah Gaza

Apakah tanggungjawab kita sebagai orang mukmin yang mengasihi saudaranya di Palestin?
  • Doakan perjuangan mereka
  • Boikot barangan Israel dan sekutu dengannya
  • Menderma

Jom membantu mereka dengan menderma melalui Tabung Palestin!!!

Rumah Cawangan Tabung
:
Ikhwah

Bait Muslim---> Mohd Azrul Azly (010-8513687)

Bait 87--------> Abdullah Tahir (010-8513693)

Blok A2-------> Farhan Husam (011-7099369)

Akhowat

Blok C6---------> Fatin Athirah (011-9516173)

Bait Hijau-------> Nuha Najiyah (011-6454529)

Bait Hurriyyah--> Maryam Abu Bakar (011-5316262)


Wakil kuliyah:

Tahun1-------------> Arif Mamat Noor (011-9948646)

Tahun2-------------> Zulhakimi (011-3022547)

Tahun3-------------> Wan Mohd Safwan (011-3576255)

Tahun4-------------> Faisal Arif (011-6631723)

Wakil Manchester---> Qatrunnada' (016-1879406)


Semoga usaha dan pengorbanan anda mendapat ganjaran Allah di akhirat kelak

P/S Tabung Palestin adalah dibawah seliaan Jabatan Bendahari PCM

Tuesday, December 30, 2008

Apa Boleh Buat....Kita Bacul & Pengecut ??

Bangkitlah Wahai Sahabat2 Islamku
Yang B
acul !!!!



Kepulan asap tebal dari sebuah Universiti Islam yang ditadbir Hamas di Gaza selepas pesawat Israel melancarkan peluru berpandu ke atas universiti itu semalam.




Assalammualaikum..



Salah sejahtera kepada semua.. Kita harus bersedih dengan berita serangan si jahanam laknatullah Israel ke atas Palestin..Hampir 500 terkorban dek serangan terbaru si jahanam jebon laknatullah Israel yg xtahu malu mengaku mereka adalah sebuah negara..
Namun apa yg boleh kita buat???












Dengan duduk bersedih tatkala membaca berita-berita tentang palestin sahaja tidak menyelesai atau menyumbang apa2 ke atas Palestin.. Ingatlah rakan2 pembaca..perjuangan Palestin bukan hanya amanah rakyat negara itu..tetapi seluruh umah Islam di dunia.. sama ada sedar atau tidak itulah jawapan nya.. ramai yang masih tidak sedar atau 100 persen tak tahu (memg insan yg malang dan harus bertaubat) tentang amanah penentangan Palestin ini.. Rakyat Palestin berjuang untuk mempertahan kesucian Islam.. Masjid Al-Aqsa.. saya tidak berkesempatan untuk menceritakan berkenaan masjid Al-Aqsa untuk ketika ini memandangkan masa yg suntuk..









Masjid AL-Aqsa yang DIPERJUANGKAN






Di sini .. saya memandang tinggi amanah yg besar ini..amanah yg perlu saya sampaikan kepada semua.. saya percaya.. jika diminta kalian untuk pergi berperang di tanah Palestin.. jangan haraplah ada seorg pun Insan yg akan menampilkan diri.. kita harus malu dengan sahabat2 kita yg sedang menderita di Palestin..sesungguhnya kebaranian kita tidak setanding mereka..dan dalam masa yg sama masih lagi 'menginfa'kan duit' kepada kroni-kroni ,penjahanam-penjahanam,jebon-jebon,mangkuk-mangkuk, ahli2 neraka jahanam,keparat2, laknatullah yg mendokong perjuangan ISrael yg jahanam dengan membeli barangan keluaran mereka.. Kita harus malu !!!!!!! Sudahlah takut untuk berperang TETAPI sanggup dengan keji hina bangang bengong bahalulnya membeli barang2 keluaran mereka yg secara langsung 'infak'kan duit untuk membunuh sahabat2 Islam kita ini.. Taubat lah wahai rakan !!!!!!!!!!!!









Kepada Negara2 Arab yg sudah lama menjadi api dalam sekam..insaflah kamu...!!!!! Taubat lah.!!! Bangkitlah..!!!! Arab SAudi , Mesir , Jordan , Kuwait, Libya, Lubnan serta negara-negara Islam OPEC yang lain.. Juga MALAYSIA ...bangun la kamu!!!! sesungguh nya tiada GUna kewujudan kamu didunia ini sekiranya kamu tidak menentang serta membantu Palestin...ketepikan la kepentingan kamu...ketepikan lahhhhh!!!!!!.. persetankan hubungan kamu dengan laknatullah yang bersekongkol !!!..Jika kamu tidak berubah..aku doakan kamu mendapat balasan yg setimpalnya di akhirat kelak!!! Pengecut !!! Bacul !!!






Ringan2kan Diri Lakukan Perkara Berikut Sekiranya Anda Seorg Islam YG Prihatin Dan SAyangkan SAhabat Se ISlam



1 - Marila kita menunaikan Solat hajat (Qunut Nazilah)...






2- Boikot lah Semua Barang Keluaran Laknatullah selagi Terdaya





Berikut adalah beberapa produk yang dikeluarkan oleh Amerika syarikat yang memberikan pulangan besar kepada Yahudi Israel Untuk meneruskan usaha membelasah dan membunuh ummat islam palestin Antaranya


Restoran:


KFC
Arbys
McDonalds
McBurger
Pizza Hut
Chilies
Hardees
Paridies
Pizza Little Sitzer
Jack in the Box
A&W
Kantez
Baskin Robbins
Wimpy
Dominos Pizza
Texas
Slizer




Produk Makanan & Minuman AS:



Minuman:



- Pepsi dan anak perusahaannya: Mirinda dan 7up
- Coca-Cola dan anak perusahannya (Anda kalau membaca tulisan Cola-cola dari belakang botol, akan tertulis: no Muhammad, no Mecca): Sprite dan Fanta




Produk Hanes and Crystal: Mayonnaise, Kecap
California Garden and Warner & Lambert
T-Shirt, Sepatu: Semua baju dan sepatu merk Nike (pernah tertulis kata "Allah" dalam sebuah produknya), Adidas, Kate dan Calvin Klein



Peralatan Listrik : Power, Union Air, Clifinitour , Admiral, Harmony, Alaska, Duncan, Motorola, Alcatel.



Baterei: Everydy, Energizer dan Doorsill



Mobil: Ford, Chrysler, Hammer, Chevrolet, Puck



Dan Semua produk General Electric



Perusahaan-Perusahaan AS yang mendanai Zionisme Internasional:




A & M FOODS
A & W BRANDS
A. CAMACHO, INC .
A. ZEREGA'S SONS
A. PANZA & SONS
A.E. STALEY MANUFACTURING COMPANY
A.J. ALTMAN
A.L. BAZZINI CO
A ARHUS, INC
ABBA AB BEIJER COMPANY
ABCO LABORATORIES
ABEL & SCHAFER
ABELES & HEYMANN
ABRAHAM'S NATURAL FOOD
ACCRU PAC GROUP
ACE BAKING CO .
ACIME SMOKED FISH CORP
ADAMS VEG. OILS
ADAM MILLING
ADRIENNE'S GOURMET FOODS
ADVANCED SPICE & TRADING
AG PROCESSING
AGRO FOODS
AIR PRODUCTS & CHEMICALS,INC
AJINOMOTO, U.S.A
AK PHARMA, INC
AKZO & PACIFIC OLEOCHEMICALS
ALBERTO-CULVER COMPANY
ALBRIGHT & WILSON CO .
ALCAN FOIL PRODUCTS
ALEX FRIES & BROS .
ALGOOD FOOD COMPANY
ALL STAR FOODS
ALLE PROCESSING
LLEN FOOD PRODUCTS
ALLFRESH FOOD PRODUCTS
ALLIED CUSTOM GYPSUM COMPANY
ALLIED FOOD DISTRIBUTORS
ALLTECH
ALEO FARMS
ALTA DENA
� ALUMAX FOILS



Bahan-bahan Kimia dan pembersih:



1. PT. Procter and Gamble (memproduksi: Oloiez, Pampers, Ferry, Downy, Ariel, Tide, Head and Shoulder, Pantene, Camay, Zeset, Mack Factor, Carmen)


2. PT. Johnson & Johnson (memproduksi: Shower to Shower, Cream Johnson�)


3. Nectar


4. Avon


5. Revlon


6. Gardenia


7. Ubat gigi Corset



Alat Tulis: Shiver, Parker dan Hear



Bank Amerika: Bank America International, American Express, Bank of America, Bank of New York
Lain-lain: Rokok AS seperti: Marlboro, Kant, Janstown, Lark, Merit, Gold Cost, Carlton, LM, More.



Para ulama' tersebut adalah:


1. Prof. DR. Yusuf Qardhawi, Ulama dan Cendekiawan Muslim kondang di seluruh dunia. Kini tinggal di Doha, Qatar.

2. Syeikh Salman bin Fahd Al Audah, ulama' kharismatik dari Arab Saudi

3. Syeikh Muhammad Saed Ramadhan al Buthi, ulama' kharismatik tinggal di Suriah

4. Syeikh Abdullah al Jibrin, ulama' Arab Saudi dan anggota Persatuan Ulama Besar Arab Saudi

5. DR. Hammam Saed dan DR. Muhammad Abu Faris, Intelektual Muslim tinggal Amman, Yordania.

6. DR. Naser Farid Wasil, Mufti Mesir

7. Fatwa Majelis Ulama Sudan

8. Fatwa Majelis Ulama Palestina

3 - Marila kita mendoakan kesejahteraan. keselamatan, kekuatan rakyat Palestin setiap kali menunaikan solat..aminn..


Semoga seluruh umat ISlam Bangun, bangkit, menentang para laknatullah ini...




Sahabat2 ku Di Bumi Mesir , Kitalah Pemula, Ayuh Lakukan Anjakan Menentang Musuh2 Kita ini !!


Palestin & Islam Amanah Kita





Wassalam...

edited by

-Luo-



Sunday, December 28, 2008

Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Mangkat


Tuanku Ja’afar mangkat


YANG Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Ja’afar ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman mangkat di Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ), Seremban pada pukul 11.45 pagi semalam. Baginda berusia 86 tahun.


YANG Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Ja’afar ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman mangkat di Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ), Seremban pada pukul 11.45 pagi semalam. Baginda berusia 86 tahun.

Jenazah Almarhum baginda ditempatkan di Dewan Balairong Seri, Istana Besar Seri Menanti, Kuala Pilah untuk penghormatan terakhir daripada kerabat diraja, pemimpin dan orang ramai. Istiadat pengebumian jenazah Almarhum baginda akan diadakan esok selepas solat Asar. Pelantikan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan yang baru akan diumumkan esok sebelum jenazah Almarhum Tuanku Ja’afar disemadikan di makam diraja Seri Menanti.

Friday, December 26, 2008

Kahwin VS Glamor

Kahwin bukan untuk bermegah

Oleh MOHAMMAD ISMAIL


Matlamat suci perkahwinan tidak boleh dirosakkan dengan penganjuran majlis secara besar-besaran untuk menunjuk-nunjuk kepada orang ramai.
- Gambar hiasan


PERKAHWINAN merupakan satu ikatan suci penyatuan jiwa lelaki dan perempuan. Dalam Islam perkahwinan itu bermaksud akad yang menghalalkan di antara lelaki dengan perempuan hidup bersama dan menetapkan tiap-tiap pihak hak-hak dan tanggungjawab. Perkahwinan itu sendiri merupakan saluran untuk meneruskan keturunan manusia di muka bumi. Sudah menjadi fitrah manusia yang dijadikan berpasang-pasangan.


Allah SWT berfirman dalam Surah An-Nisa'ayat 1 yang bermaksud: Wahai manusia bertakwalah kepada Tuhan kamu yang menjadikan kamu semua dari jiwa yang satu dan dijadikan daripadanya pasangannya dan berkembang daripada keduanya banyak lelaki dan perempuan. (An-Nisa':1)


Manakala majlis kenduri sesebuah perkahwinan itu bertujuan memberitahu dan membuat pengumuman kepada masyarakat tentang hubungan sebuah perkahwinan yang sah lagi suci serta bagi mengelakkan fitnah dalam masyarakat. Namun begitu sejak akhir-akhir ini 'trend' majlis perkahwinan dan kenduri kahwin telah bertukar menjadi nilai komersial yang boleh mengaut 'keuntungan'.


Walaupun 'trend' sebegini hanya berlaku di kalangan golongan tertentu namun falsafah dan maksud sebenar sebuah perkahwinan perlu dihayati dan diterjemahkan sebelum ia menjadi budaya dan sebati dalam hidup masyarakat. Apa yang lebih membimbangkan sekiranya budaya itu menjadi ikutan mereka yang tidak mampu demi menjaga imej.


Adalah dikhuatiri mereka akan bergolok bergadai dan yang lebih merisaukan sekiranya ada yang sanggup bersahabat dengan 'ah long' untuk memenuhi keinginan naluri yang bukannya dituntut syarak.


Bagi mereka yang berkemampuan, angka-angka yang tinggi dan unik menjadi sandaran sebagai sesuatu yang boleh dibanggakan. Semakin tinggi 'angka-angka' hantaran maka semakin 'glamor' dan semakin menjadi tumpuan pasangan tersebut.


Begitu juga semakin 'unik' angka-angka tersebut maka semakin dikenali pasangan dan semakin komersial perkahwinan tersebut.


Bagi yang kurang berkemampuan pula, keunikan itu dicipta dalam bentuk yang tidak melibatkan nilai kewangan, misalnya bersanding beramai-ramai, berarak dengan kereta kuda, anak dan bapa bersanding bersama dan sebagainya. Walaupun kita percaya jauh di sudut hati mereka tidak ada niat untuk menunjuk-nunjuk tetapi apabila berita tersebut digembar-gemburkan maka ia akan menjadi tumpuan.


Sekiranya maksud sebenar tidak terpesong, kenduri secara besar-besaran dibolehkan sekiranya mampu dan tidak berniat untuk bermegah-megah seperti yang ditegaskan oleh Penasihat Majlis Agama Islam Johor, Datuk Nooh Gadot baru-baru ini.


Suatu ketika dulu di kampung-kampung apabila adanya majlis perkahwinan, maka seluruh warga akan bergotong royong, kaum wanita akan sibuk di dapur memotong bawang, menyediakan ramuan untuk memasak, memotong ayam dan daging, menyiapkan tempat persandingan manakala kaum lelaki pula sibuk menyediakan khemah yang diperbuat daripada buluh dan batang pinang.



Menghulurkan



Tetamu yang hadir pula tidak memberi wang ringgit sebaliknya mereka akan membawa, gula, susu, beras , biskut 'marie', kuih baulu mengikut kemampuan masing-masing. Bagi mereka yang tidak berkemampuan tuan rumah akan menghulurkan juadah untuk dibawa pulang sebagai hidangan mereka sekeluarga.


Begitu juga untuk penduduk kampung yang bertungkus lumus membantu, hidangan dan juadah tetap tidak dilupakan dengan diiringi sehelai kain pelikat bagi kaum lelaki dan kain sarung bagi wanita sebagai tanda terima kasih.


Namun nilai dan tradisi itu semakin berkurangan walaupun ada di sesetengah kawasan masih mengekalkan semangat bergotong royong tetapi kebanyakannya diserahkan kepada pihak 'catering' untuk menguruskannya.


Apabila itu berlaku maka pihak tuan rumah akan berkira-kira kos per kepala maka natijahnya bertukarlah majlis kesyukuran menjadi 'undangan' majlis perkahwinan.


Ada sesetengah penduduk atau orang ramai yang tidak sanggup untuk hadir ke sesebuah majlis kenduri perkahwinan dek kerana tradisi sudah bertukar, salam bersalam itu tidak sah kalau tidak dilapik dengan wang ringgit sekurang-kurangnya sepuluh ringgit.


Terdapat juga yang mengeluh terutamanya pada musim cuti sekolah kerana menerima undangan sekurang-kurangnya lima hingga lapan kenduri. Cuba bayangkan kalau satu kenduri RM10 kalau lima kenduri sudah menjadi RM50, bagi mereka yang tidak mampu ia akan memberi sedikit bebanan dan tekanan.


Walaupun terdapat juga di kalangan masyarakat yang mengadakan majlis kesyukuran, namun mereka yang menerima undangan tidak akan bertandang dengan tangan kosong sebaliknya tangan-tangan diiringi dengan cenderahati sebagai hadiah perkahwinan kerana ia sudah menjadi budaya masa kini.


Itulah hakikat yang patut kita terima yang mana generasi muda hanya boleh menghayatinya dalam lipatan sejarah budaya masyarakat Melayu dahulu kala dalam mengadakan majlis perkahwinan.


Nilai-nilai tradisi sudah agak tersasar dalam sesetengah masyarakat. Majlis perkahwinan yang sepatutnya sebagai makluman untuk masyarakat bagi mengelakkan fitnah dan sebagai alat penghubung silaturrahim antara penduduk kampung sudah terhakis nilainya dan menjadi agak komersial.


Namun begitu kita tidak boleh menyalahkan tuan rumah semata-mata kerana kos untuk mengadakan sesebuah perkahwinan dan majlis kenduri sudah meningkat.


Walaupun mereka tidak 'meminta' dan 'memaksa' tetapi sumbangan daripada mereka yang datang sekurang-kurangnya dapat mengurangkan kos mengadakan majlis tersebut. Meskipun ada segelintir masyarakat yang berkira-kira tentang 'keuntungan' tatkala ingin mengadakan majlis perkahwinan sebaliknya jika majlis kenduri perkahwinan itu diadakan majlis kesyukuran adalah lebih baik.


Ini kerana matlamat asal majlis kenduri itu adalah untuk menyatakan kesyukuran kepada Allah SWT dan juga untuk menzahirkan rasa terima kasih kepada saudara mara, penduduk kampung yang membantu dan tetamu yang hadir yang mendoakan kebahagiaan dan kesejahteraan pasangan yang melangsungkan perkahwinan.


Kepada mereka yang berkemampuan, dalam kemeriahan meraikan perkahwinan janganlah terlalu mengkomersialkan majlis perkahwinan dan jangan lupa untuk berkongsi kemeriahan dengan mereka yang tidak pernah menjamah 'nasi minyak'.


Bagi mereka yang kurang berkemampuan pula berpada-pada dengan kemampuan yang ada agar tidak menanggung bebanan hutang selepas perkahwinan, jangan sampai pahala yang dicari bertukar menjadi bala yang menanti.


Dalam memilih pasangan Rasulullah SAW dengan jelas melarang kecantikan dan kekayaan menjadi ukuran utama di dalam memilih isteri, tetapi hendaklah memilih seseorang yang berpegang teguh kepada agamanya. Sabda baginda yang bermaksud: Janganlah mengahwini wanita-wanita kerana kecantikan. Mungkin kecantikan itu memburukkan hidup. Jangan mengahwini mereka kerana harta, mungkin harta itu menyebabkan kezaliman mereka. Tetapi kahwinilah perempuan kerana agamanya. (Diriwayatkan oleh Ibn Majah).


Semua pihak perlu memainkan peranan masing-masing, saling mengingatkan antara satu sama lain agar ikatan perkahwinan yang suci tidak bertukar menjadi satu pertelagahan dan terlalu komersial. Perkahwinan itu tidak boleh menjadi terlalu sensasi sehingga terlupa nilai-nilai dan falsafah sebenar sebuah perkahwinan.


Namun begitu jika kita berkemampuan tidak ada salahnya jika mengadakan kenduri secara besar-besaran asalkan tidak bermegah-megah dan penuh sensasi. Sebaliknya bersederhana itu adalah lebih baik dan dalam menghadapi krisis ekonomi dunia kita digalakkan untuk berjimat cermat tanpa melakukan pembaziran.


Konsep sederhana tetapi meriah yang sebenar-benarnya perlu dipraktikkan agar kita selalu bersederhana dalam semua perkara.


Sedikit pesanan kepada semua yang mengadakan majlis kenduri kahwin agar mencatat dan menghitung semua tetamu yang hadir kerana mereka datang untuk mendoakan kebahagiaan anda. Anda harus berfikir untuk mengundang mereka semua dan meminta maaf apabila suatu hari nanti anda berfikir untuk bercerai kerana mensia-siakan doa mereka.


Bagaimanapun kepada mereka yang akan, sedang dan telah melangsungkan perkahwinan pada musim cuti sekolah ini, tahniah dan selamat pengantin baru diucapkan. Semoga perkahwinan dirahmati dan berbahagia hingga ke akhir hayat.



Dipetik daripada - Utusan Malaysia

Obama Pemimpin AS Paling Popular

CNN: Obama Presiden AS paling popular

WASHINGTON 25 Dis. - Selepas dinobatkan sebagai tokoh tahun ini serta orang paling berkuasa dan berpengaruh oleh majalah TIME dan Newsweek, Barack Obama diiktiraf pula sebagai bakal Presiden yang paling popular dalam dekad ini oleh CNN, berdasarkan tinjauan pendapat orang ramai.

Kurang sebulan sebelum Obama menduduki White House ketika Amerika Syarikat (AS) berdepan kemelesetan ekonomi paling teruk sejak 1930, tinjauan pendapat mendapati 82 peratus rakyat AS bersetuju dengan cara beliau menguruskan peralihan kuasa.

Jumlah undian kepada Obama pada pilihan raya Presiden AS tahun ini juga adalah lebih tinggi daripada Presiden George W. Bush, yang mendapat undian sebanyak 65 peratus ketika pilihan raya Presiden AS pada 2000 dan Bill Clinton, 67 peratus ketika pilihan raya Presiden AS pada 1992.

Obama turut mempunyai tempoh 'berbulan madu' yang lebih baik daripada Presiden AS yang lain sejak tiga dekad lalu, kata pengarah tinjauan pendapat CNN, Keating Holland dalam laman web stesen penyiaran berita itu.

Tinjauan itu juga mendapati 56 peratus pengundi menyokong supaya Obama melaksanakan pakej rangsangan bagi menangani kegawatan ekonomi, berbanding 42 peratus yang menentang.



Dipetik dari - Utusan Meloya

Wednesday, December 17, 2008

PuiSi Dr MAZA Kene Gam??

RTM gam lagu puisi Dr Asri

‘Aku Bukan Musuh Harta’ ?




Tiada angin, tiada ribut, tiba-tiba saja ‘Aku Bukan Musuh Harta’, lagu dari nukilan puisi Dr Asri Zainul Abidin yang juga bekas Mufti Perlis tidak mendapat kelulusan dari pihak RTM untuk siaran.



Hal ini telah dimaklumkan oleh pihak pegawai perhubungan RTM kepada penerbit album Xifu Nasir semalam.



Lagu ‘Aku Bukan Musuh Harta’ yang dinyanyikan oleh kumpulan Kopratasa difahamkan tidak mendapat kelulusan kerana liriknya.



Xifu berkata, beliau sendiri tidak diberitahu secara khusus dan terperinci kenapa lagu itu tidak lulus.



“Mereka cuma memberitahu kerana masalah lirik sahaja,”jelas Xifu Nasir.



Menurut beliau, hanya stesen RTM saja yang tidak meluluskan lagu ini sedangkan di stesen lain sudahpun mendapat kelulusan sepenuhnya.




Lagu ini merupakan salah satu dari 8 buah lagu puisi Dr Asri yang dimuatkan di dalam album ‘Yang Benar Tetap Benar.’










Selain lagu ‘Aku Bukan Musuh Harta’, lagu title track ‘Yang Benar Tetap Benar’ juga masih belum lulus sepenuhnya kerana akan disemak semula disebabkan ahli panel tidak berapa arif tentang perkataan ‘makar’ yang digunakan dalam puisi tersebut.(’Makar’ adalah kalimah Arab dari Al Quran).



Ketika dihubungi hari ini, Dr Asri melahirkan rasa kemusykilannya kenapa liriknya digam.



“Saya hairan mengapa lirik saya ‘Aku Bukan Musuh Harta’ digam oleh pihak berkenaan, sedangkan nilai moral dalamnya tinggi, ia tidak ditujukan kepada pihak tertentu, tetapi untuk sesiapa sahaja yang menyalahgunakan harta rakyat dan awam,” jelas beliau dari kediamannya di Lampeter, United Kingdom.



“Dalam negara kita hari ini berbagai parti memiliki kerajaan, lagu tersebut mempunyai pengajaran untuk semua.



“Jangan anda menghalang sesuatu ungkapan umum atau pengajaran am yang akhirnya orang lain akan menuduh bahawa andalah orang khusus dari yang umum atau am itu,” kata Dr Asri yang kini berada di UK untuk tempoh setahun bagi cuti sabatikalnya.









Katanya lagi,”Saya menulis lirik itu untuk mengingatkan sesiapa sahaja yang berurusan dengan harta awam dan rakyat. Apa ertinya perjuangan kerajaan menghapuskan rasuah jika lirik seperti itu pun diharamkan.”



Dr Asri, bagaimanapun enggan mengulas lebih lanjut tentang kesukaran pihak panel RTM memahami perkataan ‘makar’ di dalam puisi beliau yang bertajuk ‘Yang Benar Tetap Benar’ itu.



“Semua pihak tahu bahawa saya bukan orang politik, maka ketika saya menulis lirik saya bebas dari kepentingan kerusi atau kepartian. Mereka silap jika bertindak demikian,” kata tokoh agama yang terkenal kerana kelantangannya melontarkan idea tentang apa saja berhubung isu agama, politik, sosial mahupun hiburan.



Lagu-lagu puisi lain yang dimuatkan dalam album yang sudahpun berada di pasaran sejak bulan lepas itu ialah Aku Rela, Biarlah Aku Di Daerah Ini, Derita Hati Seorang Bonda, Islam Di Cina dan Dunia Yang Beredar.



Kesemua lagu telah disampaikan oleh penyanyi Aishah, Kopratasa, Dakmie dan band nasyid pertama di Malaysia iaitu Algebra.



Selain 8 buah lagu ini, album ini juga turut memuatkan puisi yang disampaikan oleh Dr Asri bertajuk, ‘Itulah Politik Namanya’ dan ‘Salah Menduga.’



Gabungan nama-nama besar dalam industri muzik antaranya Dakmie selaku Penerbit, Xifu Nasir, Eddie Marzuki, Adnan Abu Hasan, Zairi Ariffin, Ujang dan lain-lain menjadikan album ini cukup istimewa dan unik.



Album ini juga adalah terbitan dan edaran Nasyeed.Com.





Sumber asal di SINI





Posted by




-Luo-




Tuesday, December 16, 2008

10 Terkorban Tragedi di Mansoura


Lagi Kes Korban
Di Mansoura ???



video
Sumber Vide0 - www.pcmansurah.blogspot.com




Assalamualaikum..


Haa..meskipun da agak lewat (lewat giler sebenarnyea) untuk mengucapkan salam Aidil Adha..saya akan ucapkan juga..salam Aidil Adha untuk semua umat Islam di dunia..


Saksikanlah paparan di atas..begitulah suasana perayaan di perantauan. saya percaya mungkin lebih meriah daripada kebanyakkan negeri di Malaysia..Walaupun datang daripada pelbagai latar belakang serta negeri kelahiran..namun kami semua bersatu pada hari ini untuk 'mengerjakan' lembu2. kerbau serta kambing2 yang telah menunggu.. Mangsa korban untuk hari tersebut adalah 5 ekor lembu, 2 ekor kerbau dan 3 ekot kambing.


Tahniah kepada ajk-ajk pelaksana atas komitment 300 persen yang ditunjukkan..bukan mudah nk uruskan sesebuah majlis atau aktiviti di perantauan ini khususnya negara Mesir ini. Banyak syarat dan undang2 yang perlu diikut..bagi insan2 yang ditugaskan untuk membeli peralatan..punyalah susah untuk dapatkan peralatan2 tersebut sebb tak tahu okasi untuk membeli dan ade sesetengah nyea xde di Mansoura.


Bravo kepada saudara Wahid @ Syazwan Zaini kerana berjaya menyediakan hampir semua peralatan yang diperlukan..kerja die memg penat la.. kejap ke sikkah kejap lagi ke suq pastu ke supermarket plak..daripada pagi ke pagi keje..huiyoo... patot la da kurus sikit badan tu..hehe




Tahniah la kepada semua atas kejayaan majlis ini..





Sesungguhnya Di Sebalik Kesusahan ada Kesenangan




Wassalam...


Posted by



-Luo-



Sunday, December 14, 2008

Intake 2009 - Medic Mesir

Medic Mesir




Untuk keterangan lanjut sila hubungi ~

MedicMesir

17-1, Jalan Equine 9A,
Taman Equine
Bandar Putra Permai
43300 Seri Kembangan
Selangor Darul Ehsan

Tel: 038948 9030
Fax: 03 89423827
HOTLINE 24hrs: 019 3106167

atau

layari blog Medic Mesir di sini - Medic Mesir


posted by

-Luo-

Thursday, December 11, 2008

Tahun 2009 Tahun Pengangguran

Kian ramai menganggur tahun depan


Kadar pengangguran tahun depan mungkin meningkat kepada 4.5 peratus berbanding kira-kira 3.5 peratus tahun ini akibat kelembapan ekonomi dunia sekarang, demikian analisis Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER).

Pengarah eksekutifnya Dr Mohamed Ariff Abdul Kareem berkata, dalam suku ketiga tahun ini, rakyat Malaysia yang menganggur berjumlah 12,000 orang.

"Bilangan penganggur semakin meningkat. Kita perlu mengawasinya dengan teliti," katanya dalam ucaptamanya pada majlis dialog dengan Profesor Robert Engle, yang memenangi Hadiah Nobel bagi ekonomi pada 2003.








Menurut Bernama, Mohamed Ariff berkata kadar 4.5 peratus dianggap tinggi bagi Malaysia.

"Tinggi sebab kita biasa dengan kadar 2.2 dan 2.5 peratus tetapi jika
dibandingkan dengan Eropah, Jepun dan Amerika Utara, 4.5 peratus amat rendah," katanya.

Mohamed Ariff berkata industri pembuatan dijangka paling teruk terjejas oleh kelembapan ekonomi ini.

"Kita rasa sektor elektrik dan elektronik khususnya, amat mudah
terjejas.

"Barangkali sokongan utama bagi ekonomi adalah daripada sektor
perkhidmatan. Ia bakal menjadi jentera pertumbuhan, dan membantu kita mengelakkan kemelesetan sebenar tahun depan," beliau dipetik berkata.

Menurut Mohamed Ariff lagi, Malaysia berdepan kemungkinan 40 peratus terjerumus dalam kancah kemelesetan teknikal tahun depan dan 30 peratus kemungkinan dilanda kemelesetan sebenar.

"Tetapi ini di bawah 50 peratus. Ia sekarang bergantung kepada apa yang dilakukan oleh kerajaan," katanya, sambil menambah bahawa lebih banyak langkah harus diambil untuk mengharungi krisis kewangan sekarang.

Pada majlis dialog itu, Engle berkata Malaysia mungkin menghadapi tempoh yang sukar seperti juga ekonomi-ekonomi lain di Asia, lapor agensi berita itu lagi.

"Kita harap China akan dapat bertahan. Jika China juga bergelut (dengan krisis ekonomi semasa), ekonomi-ekonomi lain di Asia turut akan berdepan dengan tempoh yang sukar," tegasnya.


Dipetik dari - Malaysiakini

Posted by

-Luo-


Al-Fatihah

Belasungkawa ~ Al-Fatihah









Assalamualaikum..


Pena kali ini menggamit kesedihan diriku..dikala rakanku sedang diduga dengan dugaan yg amat hebat daripada Ilahi..Aku doakan semoga sahabatku Nik Fareez serta isterinya Husna berada dalam keadaan menerima ketentuan Ilahi..

Setiap yang hidup pasti akan mati, setiap yg dimiliki hanya pinjaman sementara daripada Nya..setiap perancangan sudah tentu didahului perancangan Ilahi..

Huraiyah Raudhoh ..bermaksud bidadari taman syurga..begitu indah nama bayi perempuan pasangan Nik Fareez dan Husna yg dilahirkan pada hari Jumaat, 5 Disember 2008, jam 1 pagi..Kegembiraan pasangan bahagia ini kami kongsi bersama hanya buat seketika cuma.. Bayi yg dilahirkan tidak cukup bulan ini (premature) dipanggil menghadap Penciptanya selepas Solat Jumaat pada hari yg sama..Keadaan bayi yg kesejukan dan warna kulit kebiruan-biruan (bluish coloration) merisaukan pasangan tersebut lalu dikejarkan ke hospital..Arwah dipercayai meninggal dunia dalam perjalanan ke hospital...dan doktor mengesahkan bayi tersebut meninggal dunia disebabkan kesejukan..


Sahabatku Nik Muhammad Fareez dan Husna..

Setiap yg berlaku sudah pasti ada hikmahnya..Perancangan Allah SWT adalah sebaik-baik perancangan..sudah pasti Allah SWT punya perancangan yg lebih baik untuk kamu berdua..InsyaAllah.. kami sahabat2mu sentiasa mendoakan kamu berdua..InsyaAllah..doakan kamu berdua mendapat zuriat yg lebih soleh dan solehah..Amin..

Jika ada sebarang masalah, inginkan bantuan InsyaAllah, kami akan tolong sedaya yg mungkin..

Mari kita doakan agar roh bayi perempuan pertama pasangan tersebut Huraiyah Raudhoh aman dan bahagia di taman2 syurga Allah SWT..Amin..

Al-Fatihah..

Sila kunjungi ke blog Saudari Husna - www.raudhoh-mujahid.blogspot.com -

Link Di SINI

wassalam..


edited by

-luo-








Thursday, December 4, 2008


Tanda Hati Keras Membatu



HATI adalah sumber ilham dan pertimbangan, tempat lahirnya cinta dan benci, keimanan dan kekufuran, taubat dan sikap degil, ketenangan dan kebimbangan. Hati juga sumber kebahagiaan jika kita mampu membersihkannya namun sebaliknya ia merupakan sumber bencana jika kita gemar menodainya. Aktiviti yang dilakukan sering berpunca daripada lurus atau bengkoknya hati. Abu Hurairah r.a. berkata, “Hati adalah raja, sedangkan anggota badan adalah tentera. Jika raja itu baik, maka akan baik pula lah tenteranya.. Jika raja itu buruk, maka akan buruk pula tenteranya”.



Hati yang keras mempunyai tanda-tanda yang boleh dikenali, di antara yang terpenting adalah seperti berikut:



1. Malas melakukan ketaatan dan amal kebajikan



Terutama malas untuk melaksanakan ibadah, malah mungkin memandang ringan. Misalnya tidak serius dalam menunaikan solat, atau berasa berat dan enggan melaksanakan ibadah-ibadah sunnah. Allah telah menyifatkan kaum munafikin dalam firman-Nya yang bermaksud, “Dan mereka tidak mengerjakan sembahyang, melainkan dengan malas dan tidak (pula) menafkahkan (harta) mereka, melainkan dengan rasa enggan.” (Surah At-Taubah, ayat 54)



2. Tidak berasa gerun dengan ayat al-Quran



Ketika disampaikan ayat-ayat yang berkenaan dengan janji dan ancaman Allah , hatinya tidak terpengaruh sama sekali, tidak mahu khusyuk atau tunduk, dan juga lalai daripada membaca al-Quran serta mendengarkannya. Bahkan enggan dan berpaling daripadanya. Sedangkan Allah S.W.T memberi ingatan yang ertinya, “Maka beri peringatanlah dengan al-Quran orang yang takut dengan ancaman Ku.” (Surah Al-Qaf, ayat 45)



3. Berlebihan mencintai dunia dan melupakan akhirat



Himmah dan segala keinginannya tertumpu untuk urusan dunia semata-mata. Segala sesuatu ditimbang dari segi keperluan dunia. Cinta, benci dan hubungan sesama manusia hanya untuk urusan dunia sahaja. Penghujungnya jadilah dia seorang yang dengki, ego dan individulistik, bakhil serta tamak terhadap dunia.



4. Kurang mengagungkan Allah



Sehingga hilang rasa cemburu dalam hati, kekuatan iman menjadi lemah, tidak marah ketika larangan Allah dilecehkan orang. Tidak mengamal yang makruf serta tidak peduli terhadap segala kemaksiatan dan dosa.



5. Tidak belajar dengan Ayat Kauniah



Tidak terpengaruh dengan peristiwa-peristiwa yang dapat memberi pengajaran, seperti kematian, sakit, bencana dan seumpamanya. Dia memandang kematian atau orang yang sedang diusung ke kubur sebagai perkara biasa, padahal cukuplah kematian itu sebagai nasihat. “Dan tidaklah mereka (orang-orang munafik) memperhatikan bahawa mereka diuji sekali atau dua kali setiap tahun, kemudian mereka tidak (juga) bertaubat dan tidak (pula) mengambil pel ajaran?” (Surah At-Taubah, ayat 126)


Sahabat yang baik adalah lebih mahal dari segunung emas permata.







Posted by


-Luo-

5 PerKara Yg Mesti Disegerakan

LIMA PERKARA YANG MESTI DISEGERAKAN




Dari Hatim Al-Asom :


“Terburu-buru itu termasuk sifat syaitan, kecuali pada lima tempat , maka ia termasuk sunnah Rasulullah saw.”


1) Memberi makan tetamu, bila ia datang berkunjung.
2) Menyiapkan perkuburan mayat bila telah mati.
3) Mengahwinkan anak perempuan, bila cukup umur.
4) Membayar hutang, bila telah sampai masanya.
5) Bertaubat dari dosa, bila ia telah melakukannyaa.



LIMA PESANAN DARI SYAIKH AL -BALKHI



“Ambil olehmu lima perkara kemudian amalkan :



1) Sembahlah Allah sebanyak keperluanmu kepadaNya.
2) Ambil apa-apa dari dunia menurut keperluan selama umurmu didalamnya.
3) Lakukan maksiat kepada Allah , menurut kemampuanmu memikul azabNya.
4) Persiapkan bekal didunia untuk selama kamu tinggal didalam kubur.
5) Beramallah untuk syurga, menurut lamanya masa yang kamu inginkan untuk tinggal didalamnya.”



HARTA BERTIMBUN BOLEH MENYEBABKAN LIMA PERKARA




Dari Sufyan Sauri : Tiada berkumpul harta disisi seseorang pada zaman ini, melainkan timbul didalam dirinya lima perkara :



1) Panjang angan-angan.
2) Sentiasa tamak.
3) Sangat kedekut.
4) Berkurang waraknya.
5) Lupa kepada akhirat.




Posted by

-Luo-

Wednesday, December 3, 2008

5 Syarat Untuk Bermaksiat

SyaraT- SYarat Hendak BErMaksiat!!!










Suatu hari ada seorang lelaki yang menemui Ibrahim bin Adham. Dia berkata, “Wahai Aba Ishak! Selama ini aku gemar bermaksiat. Tolong berikan aku nasihat.” Setelah mendengar perkataan tersebut Ibrahim berkata, “Jika kamu mahu menerima lima syarat dan mampu melaksanakannya, maka boleh kamu melakukan maksiat.” Lelaki itu dengan tidak sabar-sabar bertanya. “Apakah syarat-syarat itu, wahai Aba Ishak?”

  • Ibrahim bin Adham berkata, “Syarat pertama, jika kamu bermaksiat kepada Allah (SWT), jangan memakan rezekinya.” Mendengar itu dia mengerutkan kening seraya berkata, “Dari mana aku mahu makan? Bukankah semua yang ada di bumi ini rezeki Allah (SWT)?”. “Ya!” tegas Ibrahim bin Adham. “Kalau kamu sudah memahaminya, masih mampukah memakan rezekinya, sedangkan kamu selalu berkeinginan melanggar larangan-Nya?”
  • “Yang kedua,” kata Ibrahim, “kalau mahu bermaksiat, jangan tinggal di bumi-Nya!”. Syarat ini membuat lelaki itu terkejut setengah mati. Ibrahim kembali berkata kepadanya, “Wahai Abdullah, fikirkanlah, apakah kamu layak memakan rezeki-Nya dan tinggal di bumi-Nya, sedangkan kamu melanggar segala larangan-Nya?” “Ya! Anda benar.” kata lelaki itu.
  • Dia kemudian menanyakan syarat yang ketiga. Ibrahim menjawab, “Kalau kamu masih mahu bermaksiat, carilah tempat tersembunyi yang tidak dapat terlihat oleh-Nya!” Lelaki itu kembali terperanjat dan berkata, “Wahai Ibrahim, ini nasihat macam mana? Mana mungkin Allah (SWT) tidak melihat kita?”. “Ya, kalau memang yakin demikian, apakah kamu masih berkeinginan melakukan maksiat?” kata Ibrahim.
  • Lelaki itu mengangguk dan meminta syarat yang keempat. Ibrahim melanjutkan, “Kalau malaikat maut datang hendak mencabut rohmu, katakanlah kepadanya, ‘Ketepikan kematianku dulu. Aku masih mahu bertaubat dan melakukan amal soleh’.” Kemudian lelaki itu menggelengkan kepala dan segera tersedar, “Wahai Ibrahim, mana mungkin malaikat maut akan memenuhi permintaanku?” “Wahai Abdullah, kalau kamu sudah meyakini bahawa kamu tidak boleh menunda dan mengundurkan datangnya kematianmu, lalu bagaimana engkau boleh lari dari kemurkaan Allah (SWT)?”
  • “Baiklah, apa syarat yang kelima?”. Ibrahim pun menjawab, “Wahai Abdullah kalau malaikat Zabaniyah datang hendak mengiringmu ke api neraka di hari kiamat nanti, jangan engkau ikut bersamanya.”

Perkataan tersebut membuat lelaki itu insaf. Dia berkata, “Wahai Aba Ishak, sudah pasti malaikat itu tidak membiarkan aku menolak kehendaknya.” Dia tidak tahan lagi mendengar perkataan Ibrahim. Air matanya bercucuran. “Mulai saat ini aku bertaubat kepada Allah (SWT).” katanya sambil menangis teresak-esak.


Posted by

-Luo-

Thursday, November 27, 2008

Tazkirah Kemenangan Obama

Obama Mendokong Islam ??



Presiden Barack Hussein Obama II



Barack Obama, seorang berkulit hitam, menang dalam Pilihanraya Amerika 4/11/2008 lalu, mengalahkan McCain, berkulit putih dan bakal menjadi Presiden Amerika 2 bulan lagi, negara orang kulit putih. Pendirian-pendirian Parti Demokrat (parti Obama) dan Parti Republikan (parti McCain dan Bush) banyak berbeza dalam isu dalaman Amerika, tetapi tidak jauh berbeza dalam menekan dan menundukkan negara-negara dan umat Islam. Bill Clinton dari Parti Demokrat (parti Obama) semasa menjadi Presiden Amerika di tahun-tahun 1990an adalah diantara orang yang menghentikan Jihad Islam di Bosnia ketika Jihad tersebut mekar dan mengalahkan Serbia yang telah membunuh 250,000 umat Islam sepanjang 1992-95. Tentang isu Palestin, saya melihat sendiri kempen Obama yang menyokong Israel dengan berpendirian Israel adalah sekutu Amerika yang terkuat, Jerusalem yang bersatu adalah ibu negara Israel (ketika ini Jerusalem Barat milik Israel dan Jerusalem Timur milik umat Palestin). Semalam Obama melantik Rahm Emanuel, anak nasionalis Yahudi sebagai Ketua Staff Rumah Putih, satu jawatan paling berpengaruh, walaupun mendapat kritikan berbagai pihak. Sememangnya individu-individu dan lobi Yahudi telah membarah lama di jasad pelbagai institusi di Amerika termasuk kedua-dua parti Demokrat dan Republikan sendiri. Saya percaya kebanyakan pejuang Islam yang jelas fikrahnya akan menilai kemenanagan Obama dengan kacamata di atas.

Dalam posting kali ini saya ingin sampaikan apa yang menarik disebalik kemenangan Obama dinegara yang memimpin dan terkuat di dunia, yang perlu diambil pengajaran oleh umat lain yang ketinggalan dalam memegang kepimpinan dunia.

Kepimpinan dunia, seperti yang dinikmati Amerika zaman ini, adalah anugerah Allah kepada sesiapa yang dikehendakkiNya. “Qulillahummama likal Mulk, tuktil Mulka man tasyak …” (Katakanlah kerajaan itu adalah milik Allah. Engkau memberi kerajaan/kepimpinan kepada siapa yang Engkau kehendakki. Engkau rentap kepimpinan dari siapa yang Engkau kehendakki. Engkau memuliakan siapa yang Engkau kehendakki. Engkau hina sesiapa yang Engkau kehendakki. DitanganNya kebaikan. Sesungguhnya Engkau berkuasa atas tiap sesuatu”. Setelah umat Islam dijajah dan lalai, kepimpinan dicabut dari mereka dengan berakhirnya Khilafah Islam pada tahun 1924, diambilalih oleh British, Amerika dan Barat sehingga ke hari ini. Walaupun kafir, mereka memiliki sekurang-kurangnya kelebihan tertentu hingga melayakkan mereka mengambilalih kepimpinan dunia dari umat Islam. Walaupun beriman, umat Islam umumnya telah kehilangan banyak syarat dan kekuatan asasi yang dikehendakki Allah agar melayakkan mereka memimpin dan membimbing dunia. Ini rahsianya dan tidak difahami ramai umat Islam. Anehnya saya dapati Obama (dan ramai pimpinan Barat) menyelami beerapa hakikat, dari ucapan kemenangan beliau kelmarin di Chicago. http://news.aol.com/elections/article/obamas-victory-speech-in-chicago/238195?icid=200100397×1212337596x1200821344

Rasulullah saw juga telah mendidik para Sahabat ra hakikat-hakikat ini iaitu :

  1. Ideologi atau Fikrah mengatasi bangsa dan warna kulit dalam perjuangan mana-mana umat. Dalam ucapan di Chicago semalam Obama menyebut diantara pengundi Amerika ialah seorang wanita kulit hitam berumur 107 tahun. Dizaman wanita itu dilahirkan, seorang sepertinya tidak boleh mengundi kerana jantina dan bangsanya. Hari ini Amerika berbeza, semua rakyat membentuk negara Amerika yang satu dan bersatu. Ucapan ini dikala ramai pemimpin orang Islam yang memainkan isu perkauman untuk mencapai misi peribadi demi mendapat kuasa.
  2. Landasan kekuatan dan perjuangan ialah ideologi dan fikrah. Obama menyatakan bahawa Amerika kuat bukan kerana kekayaan dan senjata semata-mata yang memang sedang dinikmatinya, akan tetapi kerana demokrasi, kebebasan dll yang menjadi ideologinya. Pegangan ini dikala ramai pemimpin umat Islam berjuang kerana periuk nasi dan meratah kontrek projek sana dan sini.
  3. Rakyat Amerika sendiri telah menunjukkan kepada dunia terutama umat Islam bahawa warna kulit dan bangsa tidak menjadi masalah kepada mereka dikala ramai umat Islam dididik dan diomokkan isu perkauman sempit hingga menjadi darah daging mereka dan lupa kepada anjuran-anjuran Rasulullah saw. “Dengar dan taatilah, walaupun yang memimpin kamu seorang hamba dari Habsyi (Afrika) …”.
  4. Amerika menunjukkan contoh ulung kepada dunia dan umat Islam satu bentuk kebebasan dan syura yang wujud di negara mereka iaitu “Kerajaan Rakyat, Dari Rakyat dan Untuk Rakyat”, dikala banyak negara umat Islam dibarahi kediktatoran, ketidakadilan dan ketakutan dikalangan warganegaranya melata, disamping televisyen dan akhbar hanya dimonopoli oleh satu pihak sahaja.

Kita berdoa dan berharap agar Amerika samada berubah menjadi lebih baik aqidah, akhlak dan peranannya di dunia sehingga Islam mendominasi kehidupan masyarakatnya, atau Amerika terus dibarahi Yahudi dan Syirik, runtuh ketamadunan dan kepimpinannya, lalu dikalahkan oleh umat Islam yang berkualiti dan hakiki dimasa terhampir.

Kita juga berdoa agar umat Islam kembali kepada ajaran dan penghayatan islam yang hakiki yang dibawa oleh Rasulullah saw. Hanya dengan membaiki dan meningkatkan kualiti Islam mereka, Allah akan mengembalikan kepimpinan dunia ini kepada mereka sekali lagi seperti yang pernah dikecapi oleh generasi-generasiislam yang terdahulu. Ameen.





Barack Obama, bersama ayahnya, Barack Hussein Obama Senior tahun 1971. Emak saudaranya yang disiar Parti Republikan semasa kempen sebagai tinggal di Amerika tanpa visa bernama Zaituni. Datuknya bernama Hussein Obama dan neneknya bernama Akumu Habiba.



Early years

Obama Sr. was born on the shores of Lake Victoria just outside Kendu Bay, Kenya and raised in Alego.[7] He was the son of Hussein Onyango Obama (c. 1895-1979, buried at Alego)[2] by his second wife, Akumu Habiba.[2] His family are members of the Luo ethnic group. Obama Sr. was raised as a Muslim, but later became an atheist.[8] Obama Sr. was born to Onyango (buried at Kendu Bay, Kenya) and his wife Nyaoke in one of their Luo villages. Before working as a cook for missionaries in Nairobi, Onyango had travelled widely, enlisting with the name Onyango Obama in the British colonial forces during World War I and visiting Europe, India, and Zanzibar, where he converted from Christianity to Islam. Onyango had at least three wives; Barack Obama Sr. was the son of Akuma/Akumu, the second wife. However, he was raised by Onyango’s third wife, Sarah, after Akuma/Akumu left her family and separated from her husband in 1945.[2][9] Obama Sr. grew up in Nyang’oma Kogelo, and was married at the age of eighteen in a tribal ceremony to Kezia, with whom he had four children.


Education

From 1950 to 1953, Obama Sr. studied at Maseno National School, an exclusive Christian boarding school that is run by the Anglican Church of Kenya. The head teacher, B.L. Bowers, described Obama Sr. in his records as “very keen, steady, trustworthy and friendly. Concentrates, reliable and out-going.”[10]

Obama Sr. received a scholarship in economics through a program organized by nationalist leader Tom Mboya. The program offered Western educational opportunities to outstanding Kenyan students. [11] President-elect Obama said of his father’s scholarship, “The Kennedys decided: ‘We’re going to do an airlift. We’re going to go to Africa and start bringing young Africans over to this country and give them scholarships to study so they can learn what a wonderful country America is. This young man named Barack Obama [Sr.] got one of those tickets and came over to this country.[12] An article by Michael Dobbs in The Washington Post, however, states that the Kennedy family did not become associated with the educational airlift until 1960, a year after Obama Sr. was studying in the United States. Initial financial supporters of the program included Harry Belafonte, Sidney Poitier, Jackie Robinson, and Elizabeth Mooney Kirk, a literacy advocate who provided most of the financial support for Obama Sr.’s early years in the United States, according to the Tom Mboya archives at Stanford University.[11]

At the age of 23, Obama Sr. enrolled at the University of Hawaii at Manoa, leaving behind a pregnant Kezia and their infant son. He had already turned away from Islam and become an atheist by the time he moved to the United States.[8] Barack Obama Sr.’s daughter Auma has commented that her father “was never a Muslim although he was born into a Muslim family with a Muslim name.”[12]

On 21 February 1961, Obama Sr. married fellow student Ann Dunham in Maui, Hawaii.[13] Obama Sr.’s and Dunham’s son, Barack Obama II, was born on August 4, 1961. Dunham left school to care for the baby, while Obama Sr. completed his degree. He graduated from the University of Hawaii in June 1962, leaving shortly thereafter to travel to Cambridge, Massachusetts, where he would begin graduate study at Harvard University in the fall.[14] Later that summer, Dunham and the year-old baby Barack stopped to visit her friends in Mercer Island, Washington, the Seattle suburb where she had grown up,[14][15][16] before joining Obama Sr. in Cambridge. However, mother and son soon returned to Seattle, where she enrolled at the University of Washington.[15][14] Dunham, missing her family, then moved back to Hawaii[15] and filed for divorce in Honolulu in January 1964. Obama Sr. did not contest, and the divorce was granted.[13] He visited his son only once, in 1971, when Barack was 10 years old.[citation needed]

While at Harvard, Obama Sr. met an American-born teacher named Ruth Nidesand. She followed him to Kenya when he returned there after he received a master’s degree (AM) in economics from Harvard in 1965.[17] Nidesand eventually became his third wife and had two children with him before they divorced.[18]



Return to Kenya

On his return to Kenya, Obama Sr. was hired by an oil company and then served as an economist in the Ministry of Transport, and later became senior economist in the Kenyan Ministry of Finance.[19] In 1965 Obama Sr. wrote a paper titled “Problems Facing Our Socialism,” published in the East Africa Journal, harshly criticizing the blueprint for national planning, “African Socialism and Its Applicability to Planning in Kenya”, which had been produced by Tom Mboya’s Ministry of Economic Planning and Development.[20] As President-elect Barack Obama describes in his memoir, his father’s conflict with President Kenyatta destroyed his career.

Obama Sr.’s life then took a tailspin into drinking and poverty, from which he never recovered. His friend, Kenyan journalist Philip Ochieng, has described Obama Sr.’s difficult personality and drinking problems in the Kenya newspaper The Nation.[11] Obama Sr. lost both legs in an automobile collision, and subsequently lost his job. He died in 1982, at the age of 46, in a car crash in Nairobi.[11]

Obama Sr. is buried in Alego, at the village of Nyang’oma Kogelo, Siaya District, Kenya.


ULASAN RINGKAS:

Sedikit ulasan terhadap kenyataan Presiden MCA semalam yang memuji kemenangan Obama, berkulit hitam berbanding di Malaysia yang umatnya masih dibelenggu isu perkauman, contohnya isu perlantikan wanita Cina menjadi YDP PKNS Selangor.

Jawapan saya : Apa yang berlaku di Amerika dan Malaysia ada persamaan dan ada pula perbezaannya termasuk :

  1. Obama beragama Kristian. Bangsa tidak menunjukkan ideologi, akan tetapi Aqidah jelas menunjukkan ideologi seseorang yang mempengaruhi perjuangannya. Umat Melayu di Malaysia jelas boleh menerima warga Islam keturunan India menyandang jawatan penting dalam negara sejak beberapa dekad yang lalu. Warga Cina Islam di Malaysia agak kurang penglibatan dalam politik berbanding warga India Islam.
  2. Walaupun datuk nenek moyangnya berketurunan Kenya, Afrika, Obama seperti juga ramai warganegara Amerika yang berkulit hitam atau kulit berwarna (coloured people) telah menunjukkan asimilasi (pencairan) mereka menjadi rakyat Amerika terutama mereka kini bertutur dalam bahasa Amerika dan mengamalkan budaya Amerika. Berbeza dengan di Malaysia dimana orang Cina tidak asimilasi ke dalam budaya Melayu dan masih bersungguh-sungguh mempertahankan bahasa dan budaya yang diwarisi dari tanah Cina Besar.

Tiba perkara asas ini iaitu agama, bahasa dan budaya menyebabkan masih dan akan wujud perkiraan perkauman di negara Malaysia. Kita membuka pintu seluas-luasnya untuk mereka memeluk Islam dengan sebenar-benarnya, memimpin dan membimbing orang lain ke arah yang diredhai Allah di dunia dan Akhirat.

Sekian.



Edited by


-Luo-


Sumber artikel di SINI