CNN: Obama Presiden AS paling popular
WASHINGTON 25 Dis. - Selepas dinobatkan sebagai tokoh tahun ini serta orang paling berkuasa dan berpengaruh oleh majalah TIME dan Newsweek, Barack Obama diiktiraf pula sebagai bakal Presiden yang paling popular dalam dekad ini oleh CNN, berdasarkan tinjauan pendapat orang ramai.
Kurang sebulan sebelum Obama menduduki White House ketika Amerika Syarikat (AS) berdepan kemelesetan ekonomi paling teruk sejak 1930, tinjauan pendapat mendapati 82 peratus rakyat AS bersetuju dengan cara beliau menguruskan peralihan kuasa.
Jumlah undian kepada Obama pada pilihan raya Presiden AS tahun ini juga adalah lebih tinggi daripada Presiden George W. Bush, yang mendapat undian sebanyak 65 peratus ketika pilihan raya Presiden AS pada 2000 dan Bill Clinton, 67 peratus ketika pilihan raya Presiden AS pada 1992.
Obama turut mempunyai tempoh 'berbulan madu' yang lebih baik daripada Presiden AS yang lain sejak tiga dekad lalu, kata pengarah tinjauan pendapat CNN, Keating Holland dalam laman web stesen penyiaran berita itu.
Tinjauan itu juga mendapati 56 peratus pengundi menyokong supaya Obama melaksanakan pakej rangsangan bagi menangani kegawatan ekonomi, berbanding 42 peratus yang menentang.
Dipetik dari - Utusan Meloya
No comments:
Post a Comment