Thursday, December 11, 2008

Al-Fatihah

Belasungkawa ~ Al-Fatihah









Assalamualaikum..


Pena kali ini menggamit kesedihan diriku..dikala rakanku sedang diduga dengan dugaan yg amat hebat daripada Ilahi..Aku doakan semoga sahabatku Nik Fareez serta isterinya Husna berada dalam keadaan menerima ketentuan Ilahi..

Setiap yang hidup pasti akan mati, setiap yg dimiliki hanya pinjaman sementara daripada Nya..setiap perancangan sudah tentu didahului perancangan Ilahi..

Huraiyah Raudhoh ..bermaksud bidadari taman syurga..begitu indah nama bayi perempuan pasangan Nik Fareez dan Husna yg dilahirkan pada hari Jumaat, 5 Disember 2008, jam 1 pagi..Kegembiraan pasangan bahagia ini kami kongsi bersama hanya buat seketika cuma.. Bayi yg dilahirkan tidak cukup bulan ini (premature) dipanggil menghadap Penciptanya selepas Solat Jumaat pada hari yg sama..Keadaan bayi yg kesejukan dan warna kulit kebiruan-biruan (bluish coloration) merisaukan pasangan tersebut lalu dikejarkan ke hospital..Arwah dipercayai meninggal dunia dalam perjalanan ke hospital...dan doktor mengesahkan bayi tersebut meninggal dunia disebabkan kesejukan..


Sahabatku Nik Muhammad Fareez dan Husna..

Setiap yg berlaku sudah pasti ada hikmahnya..Perancangan Allah SWT adalah sebaik-baik perancangan..sudah pasti Allah SWT punya perancangan yg lebih baik untuk kamu berdua..InsyaAllah.. kami sahabat2mu sentiasa mendoakan kamu berdua..InsyaAllah..doakan kamu berdua mendapat zuriat yg lebih soleh dan solehah..Amin..

Jika ada sebarang masalah, inginkan bantuan InsyaAllah, kami akan tolong sedaya yg mungkin..

Mari kita doakan agar roh bayi perempuan pertama pasangan tersebut Huraiyah Raudhoh aman dan bahagia di taman2 syurga Allah SWT..Amin..

Al-Fatihah..

Sila kunjungi ke blog Saudari Husna - www.raudhoh-mujahid.blogspot.com -

Link Di SINI

wassalam..


edited by

-luo-








2 comments:

arrabe' said...

semoga Allah menguatkan mereka.
subhanallah, sungguh besar dugaan mereka.
thanks 4 info luo

IZZATI HALIM said...

smoga nik n husna tabah menghadapi ujian Allah..