بسم الله الرحمن الرحيم
Assalammualaikum w.b.t
Salam Pemilihan.
Bahang kempen calon-calon AJKT panas hingga menimbulkan bibit-bibit yang negatif.Harap kita semua dapat bertenang.
Saya senang untuk membicarakan pemimpin untuk semua yakni PENGERUSI untuk Semua. Apa maksudnya? Pengerusi yang diterima oleh semua pihak - kuliah Perubatan Konvensional, Manchester , Pergigian dan Farmasi.
Ada pihak mengatakan faktor ini tidak berapa penting. Pendapat saya, faktor X ini sangat penting bagi menjamin sistem penyampaian dan penerimaan warga Mansoura terhadap Pengerusi serta barisan EXCO berjalan dengan berkesan.
Selain menjalan tugas-tugas sampingan seperti merasmikan majlis, mempengerusikan mesyuarat dan lain-lain, Pengerusi juga menjadi agen penyatuan atau ICON OF UNITY.
Dengan peningkatan pelajar mencecah 1000 orang , perkara ini harus diutamakan. Realitinya kondisi kita bukan seperti dahulu. Pelajar-pelajar Manchester, Pergigian dan Farmasi sudah melebihi pelajar Konvensional. Adalah perkara mendesak melantik Pengerusi yang boleh duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan pelajar kuliah lain. Saban tahun mereka makin menjauhi daripada PCM. Kemasukan pelajar ke Kuliah Konvensional sudah teramat kurang dan menghampiri ZERO (terbaru hanya 2 pelajar saja di tahun 1). Cuba anda bayang dan fikirkan, jika penerimaan mereka terhadap PCM kekal begitu dan statik, 3 4 tahun akan datang wujudkah lagi persatuan yang kita cintai ini jika perkara ini tidak dititikberatkan?
Pengerusi haruslah dilantik daripada kalangan mereka yang boleh berinteraksi dan 'masuk' dengan semua pihak dan tidak statik. Dengan kebolehan ini, kita akan dapat meningkatkan sistem penyampaian kita.
Sekiranya pemimpin itu diterima ramai, keyakinan ahli dan warga Mansoura akan bertambah ini secara langsung akan menarik minat mereka lain yang selama ini tidak menghiraukan persatuan ini.
Merencana - Implementasi - Penyampaian - Penerimaan
4Elemen yang penting dalam menjamin PCM diterima. Sudah tentu perkara ini bermula dengan Pengerusi.
Berbalik kepada ICON OF UNITY. Sebagaimana yang dinyatakan oleh Calon Timbalan Pengerusi, Saudari Qatrunada, Pengerusi haruslah diterima oleh semua pihak demi menjana kesatuan yang kukuh antara warga Mansoura yang terdiri daripada pelbagai latar belakang, fikrah, dan fahaman.
Untuk menjamin kesatuan, kita perlu ingat, PERUBATAN Cawangan Mansoura adalah Persatuan dan bersifat neutral. Jadi kita juga memerlukan seorang pemimpin khususnya PENGERUSI yang memiliki sifat yang neutral dan adil dalam memberi pandangan serta bertindak dengan rasional dan relevan tanpa mengira fahaman atau jemaah. Saya pasti perkara ini akan dikecam hebat oleh sesetengah pihak.
Konklusi, kita warga Mansoura haruslah berfikir 'beyond expectation and tommorow'. Mengundi Pengerusi yang diterima oleh segenap lapisan warga Mansoura amat mendesak demi menjamin fungsi dan kemandirian persatuan ini untuk beberapa tempoh yang diizinkan Allah SWT. Persoalannya adakah anda sebagai pengundi memerlukan Pengerusi yang diterima oleh semua warga Mansoura ? Atau anda masih anda yang telah selesa dengan amal dan kepentingan terus syok sendiri ? Renung dan fikir-fikirkanlah.
Maaf jika menyentuh sensetiviti mana-mana pihak. Niat hanya untuk melontarkan idea dan pendapat.




















