بسم الله الرحمن الرحيم
Assalammualaikum w.b.t
Salam Pemilihan.
Bahang kempen calon-calon AJKT panas hingga menimbulkan bibit-bibit yang negatif.Harap kita semua dapat bertenang.
Saya senang untuk membicarakan pemimpin untuk semua yakni PENGERUSI untuk Semua. Apa maksudnya? Pengerusi yang diterima oleh semua pihak - kuliah Perubatan Konvensional, Manchester , Pergigian dan Farmasi.
Ada pihak mengatakan faktor ini tidak berapa penting. Pendapat saya, faktor X ini sangat penting bagi menjamin sistem penyampaian dan penerimaan warga Mansoura terhadap Pengerusi serta barisan EXCO berjalan dengan berkesan.
Selain menjalan tugas-tugas sampingan seperti merasmikan majlis, mempengerusikan mesyuarat dan lain-lain, Pengerusi juga menjadi agen penyatuan atau ICON OF UNITY.
Dengan peningkatan pelajar mencecah 1000 orang , perkara ini harus diutamakan. Realitinya kondisi kita bukan seperti dahulu. Pelajar-pelajar Manchester, Pergigian dan Farmasi sudah melebihi pelajar Konvensional. Adalah perkara mendesak melantik Pengerusi yang boleh duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan pelajar kuliah lain. Saban tahun mereka makin menjauhi daripada PCM. Kemasukan pelajar ke Kuliah Konvensional sudah teramat kurang dan menghampiri ZERO (terbaru hanya 2 pelajar saja di tahun 1). Cuba anda bayang dan fikirkan, jika penerimaan mereka terhadap PCM kekal begitu dan statik, 3 4 tahun akan datang wujudkah lagi persatuan yang kita cintai ini jika perkara ini tidak dititikberatkan?
Pengerusi haruslah dilantik daripada kalangan mereka yang boleh berinteraksi dan 'masuk' dengan semua pihak dan tidak statik. Dengan kebolehan ini, kita akan dapat meningkatkan sistem penyampaian kita.
Sekiranya pemimpin itu diterima ramai, keyakinan ahli dan warga Mansoura akan bertambah ini secara langsung akan menarik minat mereka lain yang selama ini tidak menghiraukan persatuan ini.
Merencana - Implementasi - Penyampaian - Penerimaan
4Elemen yang penting dalam menjamin PCM diterima. Sudah tentu perkara ini bermula dengan Pengerusi.
Berbalik kepada ICON OF UNITY. Sebagaimana yang dinyatakan oleh Calon Timbalan Pengerusi, Saudari Qatrunada, Pengerusi haruslah diterima oleh semua pihak demi menjana kesatuan yang kukuh antara warga Mansoura yang terdiri daripada pelbagai latar belakang, fikrah, dan fahaman.
Untuk menjamin kesatuan, kita perlu ingat, PERUBATAN Cawangan Mansoura adalah Persatuan dan bersifat neutral. Jadi kita juga memerlukan seorang pemimpin khususnya PENGERUSI yang memiliki sifat yang neutral dan adil dalam memberi pandangan serta bertindak dengan rasional dan relevan tanpa mengira fahaman atau jemaah. Saya pasti perkara ini akan dikecam hebat oleh sesetengah pihak.
Konklusi, kita warga Mansoura haruslah berfikir 'beyond expectation and tommorow'. Mengundi Pengerusi yang diterima oleh segenap lapisan warga Mansoura amat mendesak demi menjamin fungsi dan kemandirian persatuan ini untuk beberapa tempoh yang diizinkan Allah SWT. Persoalannya adakah anda sebagai pengundi memerlukan Pengerusi yang diterima oleh semua warga Mansoura ? Atau anda masih anda yang telah selesa dengan amal dan kepentingan terus syok sendiri ? Renung dan fikir-fikirkanlah.
Maaf jika menyentuh sensetiviti mana-mana pihak. Niat hanya untuk melontarkan idea dan pendapat.
3 comments:
myb calon pengerusi ashraf perasan sendiri kot.. bkn ashraf shj yg dterima oleh smua org.. azizi pn diterima oleh smua org..
skrg bru sy fhm knp ashraf beriya-iya nak jd pengerusi..untuk mnyatupadukn rakyat.. tp jgn lupa , tnggungjwb seorg pengerusi meliputi smua aspek.. pengorbanan Masa dan wang, kesediaan dlm bhdpn dgn pihak2 luar(ni mksud sy bkn pihak gmn @ isma@ apa2 pertubuhan) tp lbih kpd pihak keselamatan mesir dan jg ancaman thdp wrga malaysia...
sikap dlm mnghadapi sbrg isu panas, perlu sikap yg tenang dn tidak gopoh..
asam grm dlm kepimpinan pcm, hrp dpt fikir elok2 sblum mngeluarkan ucapan berbaur perubhn.. usah kerana smangat smata-mata.. tp fikirkn kata2 yg anda ucapkan
smalam masa pngenalan calon, sy dpt tgk , cara anda seolah ambil mudah ttg pcm..anda merancang pembaharuan, tp tidak fkir scr mndalam..
saya setuju klu anda naik, tp sbg AJKT terlbih dahulu.. bkn direct kpd Pengerusi..
cuma saya hrpkn, biarlah pemimpin PCM btul2 mnjaga hubungan dgn Allah, kerana apabila hubungn dgn Allah dijaga, Allah akn jaga semuanya..
bismillahirrahmanirrahim..
saya sbg ahli PCM berdaftar juga pemerhati, nampak selama demam pilihanraya ini,dari mula pencalonan lagi para penyokong aZizi seperti 'cacing kepanasan'..kalau tak suka ada pesaing kepada calon pilihan, kenapa bersetuju untuk menjual borang pencalonan..lebih baik kekalkan saja sistem seperti tahun2 lepas..masing2 berpuashati dengan calon pengerusi yang telah diTETAPkan.
apa yang berlaku masing2 mengeluarkan hujah masing2 sebagai MEMBIDAS manifesto ashraf sehingga menampakkan keTIDAKMATANGAN tersendiri..sedangkan umum mengetahui ini adalah pilihanraya..dan persaingan ini sepatutnya berjalan secara sihat..tidak patut atau lebih tepat lagi, tidak perlu pun wujud bidasan negatif from a party towards another party..if u dont like it that way,keep it to urself and just focus on promoting ur brand without BLAMING ppl..dan,Allah Maha Mengetahui apa yg berlaku bilamana para penyokong Azizi rata-rata mencanangkan dalil/nas Quran mahupun Hadis secara bertulis di blog masing2 mahupun status facebook masing2 untuk 'menggambarkan' ketidaklayakan Ashraf dari sisi pandang masing2..
sebaliknya, terbukti sikap PROFESSIONAL dipihak Ashraf apabila tiada siapa yg 'melayan' setiap ulasan negatif2 tersebut sebaliknya tetap fokus kepada kempen mereka shj..membuktikan bahawa mereka ini JELAS dan IKHLAS terhadap apa yang ingin dibawa tanpa perlu mempedulikan hentaman2 remeh dari pihak lawan..
tentang hubungan dengan Allah,ingatlah SIAPA KITA ini untuk mempersoalkan bagaimana TAQARRUB seseorang dengan Tuhannya..soal diri masing2 LAYAKKAH KITA untuk melabelkan seseorang hamba Allah itu bagaimana dan bagaimana kerana HANYA ALLAH SAHAJA yg Maha Mengerti hati hamba2Nya..
jangan sampai pilihanraya yang sepatutnya TELUS ini dicemari oleh hawa nafsu dan dorongan syaitan sehingga mengenepikan apa yang lebih penting- HUSN ZHON sesama muslim..
buat para penyokong tak kira Azizi/Ashraf, banyakkan Taubat,Hajat dan Istikharah..semoga kita semua sentiasa dalam Taufiq dan HidayahNya..jangan kerana 'ketaksuban' kita, ukhuwwah diantara mereka berdua yang mungkin selama ini baik bakal bermasalah! dan ketika itulah kita yang akan menjawab di akhirat nanti, bukan tentang undi sahaja yang bakal ditanya seperti yg dinyatakan di blog seorang saudari ini.
p/s: kalau rasa 'panas' juga, boleh selak Tafsir Surah Hujuraat :10.
“Sebenarnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu; dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat..”
Salam..
Bertenang..
InsyaAllah Allah SWT akan mendorong kita semua ke arah yang lebih baik. bagi pihak Ashraf, sy menerima kritikan dengan hati yang terbuka.Kami faham akan kelemahan kami.InsyaAllah akan diperbaiki.
Terima kasih sekali lagi.Kepada para penyokong, harap hindari provokasi tingkatkan kendiri.
Jika tidak suka akan calon,sokong idea perubahan..
Selamat berkempen dan mengundi..
Wassalam
Post a Comment