Showing posts with label Daily. Show all posts
Showing posts with label Daily. Show all posts

Tuesday, December 16, 2008

10 Terkorban Tragedi di Mansoura


Lagi Kes Korban
Di Mansoura ???




Sumber Vide0 - www.pcmansurah.blogspot.com




Assalamualaikum..


Haa..meskipun da agak lewat (lewat giler sebenarnyea) untuk mengucapkan salam Aidil Adha..saya akan ucapkan juga..salam Aidil Adha untuk semua umat Islam di dunia..


Saksikanlah paparan di atas..begitulah suasana perayaan di perantauan. saya percaya mungkin lebih meriah daripada kebanyakkan negeri di Malaysia..Walaupun datang daripada pelbagai latar belakang serta negeri kelahiran..namun kami semua bersatu pada hari ini untuk 'mengerjakan' lembu2. kerbau serta kambing2 yang telah menunggu.. Mangsa korban untuk hari tersebut adalah 5 ekor lembu, 2 ekor kerbau dan 3 ekot kambing.


Tahniah kepada ajk-ajk pelaksana atas komitment 300 persen yang ditunjukkan..bukan mudah nk uruskan sesebuah majlis atau aktiviti di perantauan ini khususnya negara Mesir ini. Banyak syarat dan undang2 yang perlu diikut..bagi insan2 yang ditugaskan untuk membeli peralatan..punyalah susah untuk dapatkan peralatan2 tersebut sebb tak tahu okasi untuk membeli dan ade sesetengah nyea xde di Mansoura.


Bravo kepada saudara Wahid @ Syazwan Zaini kerana berjaya menyediakan hampir semua peralatan yang diperlukan..kerja die memg penat la.. kejap ke sikkah kejap lagi ke suq pastu ke supermarket plak..daripada pagi ke pagi keje..huiyoo... patot la da kurus sikit badan tu..hehe




Tahniah la kepada semua atas kejayaan majlis ini..





Sesungguhnya Di Sebalik Kesusahan ada Kesenangan




Wassalam...


Posted by



-Luo-



Thursday, December 11, 2008

Al-Fatihah

Belasungkawa ~ Al-Fatihah









Assalamualaikum..


Pena kali ini menggamit kesedihan diriku..dikala rakanku sedang diduga dengan dugaan yg amat hebat daripada Ilahi..Aku doakan semoga sahabatku Nik Fareez serta isterinya Husna berada dalam keadaan menerima ketentuan Ilahi..

Setiap yang hidup pasti akan mati, setiap yg dimiliki hanya pinjaman sementara daripada Nya..setiap perancangan sudah tentu didahului perancangan Ilahi..

Huraiyah Raudhoh ..bermaksud bidadari taman syurga..begitu indah nama bayi perempuan pasangan Nik Fareez dan Husna yg dilahirkan pada hari Jumaat, 5 Disember 2008, jam 1 pagi..Kegembiraan pasangan bahagia ini kami kongsi bersama hanya buat seketika cuma.. Bayi yg dilahirkan tidak cukup bulan ini (premature) dipanggil menghadap Penciptanya selepas Solat Jumaat pada hari yg sama..Keadaan bayi yg kesejukan dan warna kulit kebiruan-biruan (bluish coloration) merisaukan pasangan tersebut lalu dikejarkan ke hospital..Arwah dipercayai meninggal dunia dalam perjalanan ke hospital...dan doktor mengesahkan bayi tersebut meninggal dunia disebabkan kesejukan..


Sahabatku Nik Muhammad Fareez dan Husna..

Setiap yg berlaku sudah pasti ada hikmahnya..Perancangan Allah SWT adalah sebaik-baik perancangan..sudah pasti Allah SWT punya perancangan yg lebih baik untuk kamu berdua..InsyaAllah.. kami sahabat2mu sentiasa mendoakan kamu berdua..InsyaAllah..doakan kamu berdua mendapat zuriat yg lebih soleh dan solehah..Amin..

Jika ada sebarang masalah, inginkan bantuan InsyaAllah, kami akan tolong sedaya yg mungkin..

Mari kita doakan agar roh bayi perempuan pertama pasangan tersebut Huraiyah Raudhoh aman dan bahagia di taman2 syurga Allah SWT..Amin..

Al-Fatihah..

Sila kunjungi ke blog Saudari Husna - www.raudhoh-mujahid.blogspot.com -

Link Di SINI

wassalam..


edited by

-luo-








Thursday, November 27, 2008

Pn. Shaariah Bt. Dahaman

Bertukar lagi???

KUALA NERANG: Bonda pengarah yang disayangi pelajar Kolej MARA Kuala Nerang, Pn Hajah Shaariah binti Dahaman, akan "ditukarkan" ke Maktab Rendah Sains MARA Tun Ghafar Baba atau dahulunya dikenali sebagai MRSM Jasin.

Pn Shaariah tidak menyangka perkara ini akan terjadi kepada beliau kerana beliau baru sahaja bertukar ke Kolej MARA Kuala Nerang pada tahun lepas, tahun 2007. Pelajar- pelajar juga turut merasakan kesedihan dan kerugian kerana belum habis satu semester pembelajaran, pengarah akan ditukarkan ke tempat lain.

Perkataan "ditukarkan" digunakan menggantikan perkataan bertukar atau berpindah kerana bukan kehendak puan pengarah untuk berpindah ke tempat lain sebaliknya arahannya yang ditandatangani oleh Ketua Pengarah MARA sendiri.

Pelajar- pelajar Kolej MARA Kuala Nerang turut merasa kesal dan terkesima atas arahan yang dikeluarkan oleh pihak atasan kerana sedikit sebanyak tidak memikirkan keadaan para pelajar dan guru- guru sekiranya Puan Hjh Shaariah ditukarkan ke tempat lain. Pengarah baru membawa maksud pentadbiran baru dan cara yang baru.

Dalam erti kata lain, pelajar dan guru- guru perlukan masa untuk menyesuaikan diri dengan pembaharuan yang dilakukan. Bukankah masa yang ada perlu dihabiskan dan digunakan dengan sebaik- baiknya untuk fokus dalam kecemerlangan akademik, sahsiah dan kokurikulum sesuai dengan slogan Kolej MARA Kuala Nerang, "Keunggulan Budaya Kita".

Walaubagaimanapun, para pelajar dan guru perlu terus berjuang untuk memperkuatkan kecemerlangan bersama. Halangan kecil seperti ini semestinya tidak akan melemahkan semangat warga kolej untuk terus menempah kejayaan.



Note ~~

Puan Shaariah Bt. Dahaman merupakan bekas Pengetua MRSM Taiping ( 2003-2006)..
Bonda saya yg disayangi..Moga makluman ini dapat disebarkan kepada semua bekas anak murid beliau..SAya doakan Bonda sihat sejahtera untuk mencurahkan segala bakti kepada anak2 didik yg baru..amin..

Friday, October 31, 2008

Da Nak Balik Ke???

Udah Nak Balik Ke Yob ??

Salam..

Hermm.. tuh la..masa sentiasa mendahului kite.. Kebetulan..mase on the way balik kampung td mak sy ade sebut.. " Bg sesetengah org mase memg xpnah cukup, xde kelapangan langsung ; mase memg pantas berlalu so u have to grab all the valued times s possible s u can.." Gitu la pesan mak saye kepada abah nyea..macm motivator saye dengar..hehe..

Diam xdiam.. cuti saye di Malaysia da nak abes..da nak abes ke??? memg da abes pun..kelas da start 10 Oktober lepas...cume balik lambat.. haha..ponteng kelas sebulan jugak laa.. saye pulang ke Malaysia 10 Sept..Flight saye ke Egypt akan berlepas pd 8 Nov jam 1040 pg dari KLIA ke Cairo Egypt..Pulang nye ke Egypt disertai 'artis-artis terbuang Egypt' - Syamel Bern & Aniq yg ditaja oleh sugar daddy diorg Papa Suhaimi..Ngee..jgn mare yeaa.. nanti kene jual..



Papa Suhaimi & Anak2 Ikannyea

Papa Suhaimi
Seorang Tauke Kek Terkenal Di Bandar Mansoura, Egypt.



Bern
Dulunyea terkenal sebagai backup singer Ziana Zain..haha..Sekarang nie sedang berjinak dalam bisnes menjual kacang..Name Glamor Bern Kacang..


Aniq
Haa..yg ni dulunyea penari & model baju kanak2 hahahaha..tapi sekarang ikut jejak Bern jgak berjinak dalam bisnes jual sayur KOBES..



Luo & Syamel..
Yg Luo ni bukan la anak2 ikan Papa Suhaimi.saje je tumpang glamor Mr. Syamel. The Manager..Haa..Syamel ni dulu nyea Manager Leona Lewis..sebelum Leona terkenal laa..bile Leona da terkenal Syamel kene FIREDD!!! Kesian la. mkn hati Syamel haha.. Tp skrang die lagi Glamor..da jadi Tokey Tiket kapal terbang..Tu yng bole posing dalam flight nie..haha.


>>> Haa tula kesahnyea anak2 ikan papa suhaimi..adooii...xsabar nk balik nie hehe.. da buhsan duk umah..lagi 7 hari je..nape la xsebut seminggu je..ish3..

Bile ckp pasl pulang ni, tingat plak kat 1 lagu tu..hee.. alaa..lagu Gelang2 tu..jap2 nk cari kat Google.. hehe..(beberapa saat kemudian).. Haa.. da jumpe dah..ni die~~~



Geylang Sipaku Gelang

Geylang sipaku gelang
Geylang si rama rama
Pulang marilah pulang
Marilah pulang bersama-sama

Geylang sipaku gelang
Geylang si teman lama
Buang buanglah walang
Marilah kita bekerjasama

Geylang sipaku gelang
Geylang si kumbang jati
Pulang marilah pulang
Ibu di rumah ternanti nanti

Kalau ada sumur di ladang
Boleh kita menumpang mandi
Kalau ada umur yang panjang
Bolehlah kita berjumpa lagi.



>>> Ade kesah Disebalik lagu ni taw.. haa.. Fyi, Geylang tu refer to sebuah tempat kat Sgpore..haa..mungkin refer to Geylang Serai.. tpt mostly malays shopping2 stall gitu, .. bazaar raya ada .. dengar kate lagu tu utk dinyanyikan oleh bapak2 yg nak ajak bini2 mereka balik la after abis shopping perabih duit diorg haha.. haha...Tu dolu2 la..haha..tapi budak2 skang duk nyanyi lagu nie time2 balik dari skolah haaahhaha..Suke diorg...

*Fyi = for ur information..

hehe..
k.laa..
mampus la kalo budak2 atas nie bace haha..

wassalam
-Luo-