Bertukar lagi???
KUALA NERANG: Bonda pengarah yang disayangi pelajar Kolej MARA Kuala Nerang, Pn Hajah Shaariah binti Dahaman, akan "ditukarkan" ke Maktab Rendah Sains MARA Tun Ghafar Baba atau dahulunya dikenali sebagai MRSM Jasin.
Pn Shaariah tidak menyangka perkara ini akan terjadi kepada beliau kerana beliau baru sahaja bertukar ke Kolej MARA Kuala Nerang pada tahun lepas, tahun 2007. Pelajar- pelajar juga turut merasakan kesedihan dan kerugian kerana belum habis satu semester pembelajaran, pengarah akan ditukarkan ke tempat lain.
Perkataan "ditukarkan" digunakan menggantikan perkataan bertukar atau berpindah kerana bukan kehendak puan pengarah untuk berpindah ke tempat lain sebaliknya arahannya yang ditandatangani oleh Ketua Pengarah MARA sendiri.
Pelajar- pelajar Kolej MARA Kuala Nerang turut merasa kesal dan terkesima atas arahan yang dikeluarkan oleh pihak atasan kerana sedikit sebanyak tidak memikirkan keadaan para pelajar dan guru- guru sekiranya Puan Hjh Shaariah ditukarkan ke tempat lain. Pengarah baru membawa maksud pentadbiran baru dan cara yang baru.
Dalam erti kata lain, pelajar dan guru- guru perlukan masa untuk menyesuaikan diri dengan pembaharuan yang dilakukan. Bukankah masa yang ada perlu dihabiskan dan digunakan dengan sebaik- baiknya untuk fokus dalam kecemerlangan akademik, sahsiah dan kokurikulum sesuai dengan slogan Kolej MARA Kuala Nerang, "Keunggulan Budaya Kita".
Walaubagaimanapun, para pelajar dan guru perlu terus berjuang untuk memperkuatkan kecemerlangan bersama. Halangan kecil seperti ini semestinya tidak akan melemahkan semangat warga kolej untuk terus menempah kejayaan.
Note ~~
Puan Shaariah Bt. Dahaman merupakan bekas Pengetua MRSM Taiping ( 2003-2006)..
Bonda saya yg disayangi..Moga makluman ini dapat disebarkan kepada semua bekas anak murid beliau..SAya doakan Bonda sihat sejahtera untuk mencurahkan segala bakti kepada anak2 didik yg baru..amin..
No comments:
Post a Comment