Showing posts with label Politics. Show all posts
Showing posts with label Politics. Show all posts

Sunday, January 10, 2010

Tun Fatimah Hashim Meninggal Dunia




KUALA LUMPUR, 10 Jan (Bernama) -- Wanita pertama yang dilantik menganggotai jemaah menteri Malaysia, Tun Dr Fatimah Hashim, 85, meninggal dunia di rumahnya pada 11.35 malam hari Sabtu kerana sakit tua.

Anak beliau, Abdul Karim Abdul Kadir berkata jenazah Allahyarham akan dikebumikan selepas solat Zuhur pada Ahad di Masjid Negara iaitu bersebelahan pusara suaminya, Tan Sri Abdul Kadir Yusoff iaitu bekas Peguam Negara dan Menteri Undang-Undang.

"Jenazah Allahyarham akan dikebumikan di Masjid Negara selepas menerima kebenaran daripada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak," katanya kepada Bernama.

Allahyarham meninggalkan 6 anak.

Allahyarham dilahirkan di Kampung Parit Kurma, Muar, Johor pada 25 Dis 1924 dan mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Perempuan Mersing, Johor sebelum memulakan kerjaya sebagai guru.

Allahyarham Fatimah yang dilantik sebagai Menteri Kebajikan pada 20 Mei 1969 hingga 1 Mac 1973, memasuki arena politik pada 1947 dan pernah memegang jawatan Ketua Pergerakan Kaum Ibu Umno yang kini dikenali sebagai Wanita Umno pada 11 Sept 1956 hingga Jun 1972.

Allahyarham juga pernah menyandang jawatan naib presiden Umno sebanyak tiga penggal mulai 1963 hingga 1967.

Pada 19 Ogos tahun lepas, Allahyarham dipilih sebagai seorang daripada empat rakyat Malaysia yang terkemuka dan cemerlang untuk menerima Anugerah Merdeka bagi kategori Pendidikan dan Komuniti.

BERNAMA

Sunday, March 1, 2009

Raja & Melayu

ARTIKEL PILIHAN : Untuk Mereka Yang "Mungkin" Faham Relevannya Melayu & Rajanya





Ulul Albab: Yahudi Gerun Keturunan Rasulullah




Oleh Abdurrahman Haqqi, Akhbar Berita Minggu 1 April 2007, ms 15



“SESUNGGUHNYA hak Rasulullah SAW tidak dapat ditunaikan oleh seseorang. Dan sesungguhnya Rasulullah SAW tidak meminta darimu lebih daripada mencintai kerabatnya! Dengan wajah apa engkau menghadap Nabi SAW ketika Baginda memberi syafaat bagimu di sisi Allah, walaupun balasan salah seorang cucunya, padahal Baginda tidak minta apa pun darimu kecuali hanya mencintainya.” (Dr Muhammad Abduh Yamani, Pandangan Ahlussunah Terhadap Ahlul-bait, Terj., 35)




Ketika penulis berjalan di pusat beli-belah Alamanda di Putrajaya tidak lama dulu, penulis terserempak buku bertajuk Ahlul-bait (Keluarga Rasulullah SAW dan Kesultanan Melayu, susunan Tun Suzana Tun Othman dan Muzaffar Mohammad. Demi kecintaan kepada ahlul-bait, penulis membeli buku berkenaan.



Sememangnya ia sangat informatif dan bermanfaat. Semalam, sebagai tanda terima kasih dan kesyukuran atas jasa yang tidak ternilai harganya, kita menyambut dengan meriah dan penuh khidmat Hari Keputeraan Rasulullah SAW di seluruh dunia.



Umat Islam merayakannya dengan pelbagai cara, ada dengan perarakan, zikir maulud, bacaan selawat, malah sebagai bukti negara kita adalah negara Islam, hari berkenaan dijadikan cuti umum setiap tahun.



Satu aspek yang jarang disentuh dalam kita memperingati Hari Keputeraan Rasulullah adalah tuntutan agama Islam dalam mencintai keluarga Rasulullah SAW. Dalam hadis disebutkan maksudnya: “Belum sempurna iman seorang hamba Allah sebelum cintanya kepadaku melebihi cinta kepada dirinya sendiri; sebelum cintanya kepada keturunanku melebihi cinta kepada keturunannya sendiri; sebelum cintanya kepada ahli-baitku melebihi cinta kepada keluarganya sendiri; dan sebelum cinta nya kepada zatku melebihi cinta kepada zatnya sendiri.” (Riwayat at-Tabrani).



Hadis ini sebagai perluasan terhadap pemahaman ayat al-Quran yang bermaksud: “Nabi itu hendaknya lebih utama bagi orang Mukmin daripada diri mereka sendiri dan isterinya adalah menjadi ibu mereka.” (Surah al-Ahzab: 6)



Dalam sistem khilafah atau kenegaraan Islam sepanjang sejarah, hal ehwal ahlul-bait dimasukkan dalam satu daripada jabatan sistem perkhidmatan awamnya. Ia membuktikan pentingnya mereka dalam Islam kerana mereka adalah titipan dan pusaka Baginda kepada umatnya. Nabi bersabda maksudnya: “Kutinggalkan di tengah kalian dua pusaka (peninggalan): Kitabullah sebagai tali terentang antara langit dan bumi, dan keturunanku. Kedua-duanya itu tidak akan terpisah hingga kembali kepadaku di Haud (Telaga Nabi di syurga).” (Hadis riwayat Ahmad)



Dalam sistem itu, seperti ditulis al-Mawardi (w.450H) dalam kitabnya al-Ahkam al-Sultaniyyah, hal ehwal ahlul-bait di bawah jabatan yang dipimpin seorang Naqib yang bertanggungjawab melindungi keturunan mulia supaya ‘tidak termasuk ke dalamnya orang yang tidak sepatutnya dan tidak terkeluar daripadanya orang yang daripada keturunannya’.



Antara tugas Naqib yang terpenting ialah membezakan rumpun ahlul-bait serta memastikan keturunan mereka dilindungi dan tidak bercampur aduk antara satu keturunan dengan keturunan lain.



Seseorang Naqib juga perlu memastikan ahlul-bait Rasulullah SAW di bawah sayapnya mempunyai budi pekerti tinggi selaras kemuliaan keturunan mereka supaya pandangan hormat masyarakat terhadap nama baik zuriat Rasulullah SAW tetap terpelihara.



Ahlul-bait mempunyai kedudukan mulia yang ditetapkan al-Quran seperti dalam ayat bermaksud: “Sesungguhnya Allah bermaksud hendak menghilangkan dosa daripada kamu ahlul-bait dan mensucikan kamu sesucinya.” (Surah al-Ahzab: 33)



Dalam hadis ada disebutkan maksudnya: “Bintang adalah keselamatan bagi penghuni langit, sedang ahlul-baitku keselamatan bagi penghuni bumi. (Hadis riwayat at-Tabrani)



Kecintaan junjungan kepada ahlul-bait tidak perlu dipertikai. Dalam hal ini Ibnu Taimiyyah ada menyebut hadis yang bermaksud: “Janganlah kalian berselawat untukku dengan ‘Selawat Batra’. Sahabat bertanya: ‘Wahai Rasulullah apakah yang dimaksudkan dengan ‘Selawat Batra?’. Baginda menjawab: “Kalian mengucapkan: Ya Allah, limpahkan selawat kepada Muhammad, lalu kalian berhenti di situ. Ucapkanlah: Ya Allah, limpahkan selawat kepada Muhammad dan kepada keluarga (ahlul-bait) Muhamad.



Bagaimanapun, ada juga di kalangan umat Islam yang tidak memahami kedudukan sebenar ahlul-bait sehingga mereka memperkecil bahkan menghina mereka.



Aisyah RA meriwayatkan hadis yang bermaksud: “Enam macam orang yang aku mengutuk kepada mereka dan Allah mengutuk juga padahal setiap Nabi itu diperkenankan permohonannya, iaitu orang yang menambah kitab Allah; orang yang mendustakan ketentuan Allah; orang yang mengalah kepada pemerintah sombong dan kejam lalu dengan itu dia memuliakan orang yang direndahkan Allah dan merendahkan orang yang dimuliakan Allah; orang yang menghalalkan larangan Allah; orang yang menghalalkan daripada keturunanku yang Allah haramkan; dan orang yang meninggalkan sunnahku.” (Hadis riwayat Tirmizi dan al-Hakim).



Dalam hadis ini disebutkan bahawa antara orang yang mendapat kutukan Baginda adalah orang yang menghalalkan daripada keturunanku yang Allah haramkan atau dengan perkataan lain tidak memberikan hak sepatutnya kepada ahlul-bait, bahkan mengambil hak mereka.



Dalam konteks kegerunan orang Yahudi terhadap ahlul-bait kerana mereka gentar pada potensi ahlul-bait yang bakal menjadi lawan setara, bak ‘buku bertemu ruas’ protokol cendekiawan Zionisme nombor satu ada menyatakan: “... anda akan dapat melihat kemudian bahawa ini akan membantu kemenangan kita; ia akan memberikan kita kemungkinan untuk mendapat ‘kad induk’ (iaitu) pembinasaan golongan bangsawan warisan (genealogical aristrocracy) yang juga satu-satunya golongan menjadi pertahanan semula jadi bangsa dan negara daripada serangan kita.



Daripada pembinasaan kelas bangsawan warisan (institusi raja) yang bersifat fitrah itu kita membina golongan ‘bangsawan meritrokasi’ yang diketuai golongan bangsawan berduit (kapitalis). Begitu pula dalam protokol nombor tiga: “Orang yang kita bimbing berjaya membinasakan golongan (bangsawan warisan) yang (sebenarnya) adalah satu-satunya pertahanan rakyat serta ‘ibu angkat’ yang memanfaatkan mereka, atas keterikatan dengan kesejahteraan rakyat di bawah golongan bangsawan (warisan) ini.



Pada hari ini dengan pembinasaan golongan bangsawan (warisan) ini, rakyat jelata jatuh kepada cengkaman kapitalis dengan kezaliman mereka meletakkan rantai yang menjerut leher pekerja.” Kedua-dua protokol ini diterjemahkan dalam buku yang penulis beli.



Sebagai tanda cinta dan kasih sayang Baginda terhadap umatnya yang datang kemudian, maka dijadikan ahlul-bait Baginda penyelamat di bumi seperti dalam hadis di atas.



Bahkan pada akhir zaman, ahlul-bait yang memimpin dunia ini seperti dikatakan Rasulullah bahawa pada zaman al-Mahdi nanti kambing dan serigala digembala menjadi budak bermain ular dan kala jengking. Ular dan kala jengking tidak membahayakan sama sekali. Umat manusia akan menanam satu mud benih dan akan memetik hasil 700 mud. Riba, perzinaan dan minuman keras menjadi lenyap. Umat manusia berumur panjang, amanah ditunaikan hal yang keji lenyap dan orang yang benci ahlul-bait Rasulullah binasa.



“Dalam pada umat Islam diperdaya untuk menolak signifikan kepentingan peranan dan relevannya golongan ahlul-bait, Yahudi Zionis khususnya amat percaya sepenuhnya dan berasa takut dan tergugat pada potensi mereka. Keyakinan Yahudi Zionis pada potensi ahlul-bait Rasulullah SAW inilah yang menyebabkan mereka mengatur pelbagai perencanaan seperti terkandung dalam Protokol Cendekiawan Zionis untuk menghapuskan potensi ahlul-bait, contohnya mencemarkan nasab mereka, terutama ahlul-bait daripada baka warisan raja umat Islam yang dipanggil sebagai geneological aristrocracy atau ‘bangsawan warisan’ itu. (Ahlul-Bait.. 442)



Rasulullah sebagai utusan Ilahi yang membawa rahmat menyelamatkan umat manusia dengan mengeluarkan mereka daripada kegelapan kepada terang benderang, daripada kehancuran kepada keselamatan. Dalam tugasnya itu Baginda tidak mengharapkan apa-apa upah daripada manusia kerana diserahkan kepada Allah SWT.



“Katakanlah (wahai Muhammad): Aku tidak meminta kepada kamu sebarang upah (imbalan) mengenai ajaran Islam yang aku sampaikan itu, (yang aku minta) hanyalah kasih mesra dalam kekeluargaan.” (Surah Asy-Syura: 23).



Satu daripada tafsiran ayat ini adalah seperti dikatakan al-Maqrizi: “Aku tidak minta imbalan apa pun jua atas kalian atas agama yang aku bawakan kepada kalian itu, kecuali agar kalian berkasih sayang kepada keluargaku.”



Itulah satu kewajipan yang terabaikan dan ia menambah lagi senarai pengabaian kita ke atas kewajipan agama Islam suci lainnya.




Muhasabah diri anda serta renung2kanlah..



Wassalam..



posted by

-luo-

Saturday, February 7, 2009

Lompat-Lompat ; Kalah-Menang ; MB 1-MB2 ; PR-BN

Tuhan Tengah Bercakap Dengan Kome Tu!



“Isyy, tak sangka teman, boleh menang Pakatan Rakyat di Peghak ni!” kata Kulop Samad di kedai kopi.

“Itu lee, idok le teman boleh nak ngambokan yang UMNO BN ni boleh kalah di sini. Tak sangka ye!” balas Jakpo.

“Hai ya Allah, tu namanya keghoje Tuhan, tak sangka wakil rakyat PAS boleh jadi Menteri Besor. Tuah kita le nak nengok Haji Nizar jadi MB,” sampuk si Megat dalam diam-diamnya memasang telinga.

“Oi ya Allah, apa ke heenye si Nasarudin tu masuk PKR.? Bota, kome jangan buat main dengan Bota. Pening kepala mikiokannya. Tak sangka keme!” si Lijah pun nak sembang sama.

“Ya Rabbi… baghu je teman ceramah di Kampar hari tu. Tak sangka hari ni DUN dah bubar pulak wei,” Ostad Rizal pun berkerut dahi tenggelam punca.





TAK SANGKA MEMANJANG




Ate, apa ke heenya negeghi teman ni kengkawan wei. Dari dulu sampe sekaghang, tak habih-habih dengan TAK SANGKA nya. Tak sangka BN kalah, tak sangka pembangkang menang, tak sangka PAS jadi MB, tak sangka memanjang sampe le ke haghi ni…

Satu benda yang teman nak habo, kita yang nak Islam ni, Allah Taala dah suruh kita ni menerima perdamaian, bekerjasama dengan sesapa je yang nak kerjasama dengan kita. Kalau oghang nak berkawan, jangan cari pase ajak berlawan. Terima kawan, ajak duduk berbincang.

Tapi walaupun rame yang nak berkawan, sudohnya, yang bawak Islam tu selalu jadi pak tungge. Tingge soghang-soghang je. Sebab itu kalau kawan ngajak sembang nak lompat sana lompat sini, bergegeh nak ke Putra Jaya ke nak ke Parlimen ke, jangan ceghite kengkawan tu sampe kita lupa ceghite kita. Ceghite kita, ceghite nak muliakan Islam. Nak tolong agama Tuhan. Tukor-tukor kape ni ceghite orang pikio tak tentu hala. Tak tahu apa rujukan akhlaqnya.






katak

Ini le ghopenye





TAK SIYO





Itu pasenye, masa oghang sibuk-sibuk nak melayan agenda 16 September dulu, teman tak siyo. Menolak tu idak le sebab sape teman nak menolaknye. Tapi tak siyo..

Tak siyo tu ialah, kalau jadi, tu ujian Tuhan nak nengok kita ni benor ke dah sampe masa nak ngambik alih yang di Pusat tu. Ghase teman, Peghok dengan negeghi-negeghi lain tu pun nyarih nak tumpo kita menjaganya. Oghang gasak sana sini siang malam. Depe sabor melayan BN berpuluh tahun, PR yang baghu 100 hari memerintah dah ditanye deme macam-macam. Gelojoh ngalahkan ape!

Tapi kalau 16 September tu tak jadi, teman takde ghase ape pun. Kita yang nak Islam ni ada keghoje kita. Keghoje mengelokkan oghang, membetuikan kepala hotak deme, bior paham Islam.

Itu pasenya, lepeh abih ceramah di Kampar hari tu, teman tak siyo nak ke Paghit melayan Abang Anwar ceramah menyambut si Datuk Nasarudin Bote tu… Kamu nak ikut PKR sile… teman ada keghoje teman. Kamu nak berkawan, keme kawan. Kamu nak meghepek, teman ada keghoje teman.

Masa oghang nak melompat parti masuk kape kite, semua rasa indah belaka. Tak sabor nak nengok buah masak sebelum musim. Ate sudohnya, oghang belah kite yang melompat ke sana. Yang baghu ‘berhijrah’ di Bote tu pun dah balik ke ‘Mekah’ dia balik weh. Ni Allah Taala nak ngajor kite. Politik tanpa akhlak ni kotor. Tukor-tukor parti ni keghoje oghang tak jelas matlamat. Namanye Kemuncup Dalam Perjuangan!

Teman idok le tahu apa hikmahnye bende semue ni jadi. Teman pun tengoh baca-baca, teman bukannya pande bebenor bab politik ni. Pesan oghang atas, jangan mudah percaya berita di TV, deme mutor belit tak tentu pase. Ate, keme memang tak pernah percaye pun cakap oghang TV, tapi cakap oghang internet, oghang kite, kena le cepat. Yang terhidang disuruh jangan percaya, tapi yang bebenornya idok pula senang nak mencarinye. Zaman ni sapa cepat dia dapat. Maklumat di hujung jari, teman yang balik ceramah pukui 1 pagi ni pun, tak maunya tidor sebelum menulih sesuatu.

Nak suruh percaya beghite sebenor, beghite sebenornya kene le cepat sampe wei.





KERAJAAN TAK STABIL KEPADA PEMBANGKANG TERKUAT?




Tapi supaya jangan ghase terkilan bebenor kalau Peghok ni balik ke belah sana, elok le kita ni banyakkan muhasabah. Tengok balik ape-ape yang tak kene. Depe yang peghange macam katak tu, mana nak membuatnya doh depe jenih itu. Tapi kita yang paham Islam ni, ace moh duduk elok-elok. Duduk atas bangku, bincang, duduk ateh sejadah bawak-bawak doa dan sembahyang.



Mintak petunjuk dari Die.





Semua yang jadi ni ada hikmahnya.



Nak bagi Islam menang, bukan mughah ghegenye!!!



ABU SAIF @ www.saifulislam.com
68000 AMPANG

Friday, December 26, 2008

Obama Pemimpin AS Paling Popular

CNN: Obama Presiden AS paling popular

WASHINGTON 25 Dis. - Selepas dinobatkan sebagai tokoh tahun ini serta orang paling berkuasa dan berpengaruh oleh majalah TIME dan Newsweek, Barack Obama diiktiraf pula sebagai bakal Presiden yang paling popular dalam dekad ini oleh CNN, berdasarkan tinjauan pendapat orang ramai.

Kurang sebulan sebelum Obama menduduki White House ketika Amerika Syarikat (AS) berdepan kemelesetan ekonomi paling teruk sejak 1930, tinjauan pendapat mendapati 82 peratus rakyat AS bersetuju dengan cara beliau menguruskan peralihan kuasa.

Jumlah undian kepada Obama pada pilihan raya Presiden AS tahun ini juga adalah lebih tinggi daripada Presiden George W. Bush, yang mendapat undian sebanyak 65 peratus ketika pilihan raya Presiden AS pada 2000 dan Bill Clinton, 67 peratus ketika pilihan raya Presiden AS pada 1992.

Obama turut mempunyai tempoh 'berbulan madu' yang lebih baik daripada Presiden AS yang lain sejak tiga dekad lalu, kata pengarah tinjauan pendapat CNN, Keating Holland dalam laman web stesen penyiaran berita itu.

Tinjauan itu juga mendapati 56 peratus pengundi menyokong supaya Obama melaksanakan pakej rangsangan bagi menangani kegawatan ekonomi, berbanding 42 peratus yang menentang.



Dipetik dari - Utusan Meloya

Thursday, November 27, 2008

Tazkirah Kemenangan Obama

Obama Mendokong Islam ??



Presiden Barack Hussein Obama II



Barack Obama, seorang berkulit hitam, menang dalam Pilihanraya Amerika 4/11/2008 lalu, mengalahkan McCain, berkulit putih dan bakal menjadi Presiden Amerika 2 bulan lagi, negara orang kulit putih. Pendirian-pendirian Parti Demokrat (parti Obama) dan Parti Republikan (parti McCain dan Bush) banyak berbeza dalam isu dalaman Amerika, tetapi tidak jauh berbeza dalam menekan dan menundukkan negara-negara dan umat Islam. Bill Clinton dari Parti Demokrat (parti Obama) semasa menjadi Presiden Amerika di tahun-tahun 1990an adalah diantara orang yang menghentikan Jihad Islam di Bosnia ketika Jihad tersebut mekar dan mengalahkan Serbia yang telah membunuh 250,000 umat Islam sepanjang 1992-95. Tentang isu Palestin, saya melihat sendiri kempen Obama yang menyokong Israel dengan berpendirian Israel adalah sekutu Amerika yang terkuat, Jerusalem yang bersatu adalah ibu negara Israel (ketika ini Jerusalem Barat milik Israel dan Jerusalem Timur milik umat Palestin). Semalam Obama melantik Rahm Emanuel, anak nasionalis Yahudi sebagai Ketua Staff Rumah Putih, satu jawatan paling berpengaruh, walaupun mendapat kritikan berbagai pihak. Sememangnya individu-individu dan lobi Yahudi telah membarah lama di jasad pelbagai institusi di Amerika termasuk kedua-dua parti Demokrat dan Republikan sendiri. Saya percaya kebanyakan pejuang Islam yang jelas fikrahnya akan menilai kemenanagan Obama dengan kacamata di atas.

Dalam posting kali ini saya ingin sampaikan apa yang menarik disebalik kemenangan Obama dinegara yang memimpin dan terkuat di dunia, yang perlu diambil pengajaran oleh umat lain yang ketinggalan dalam memegang kepimpinan dunia.

Kepimpinan dunia, seperti yang dinikmati Amerika zaman ini, adalah anugerah Allah kepada sesiapa yang dikehendakkiNya. “Qulillahummama likal Mulk, tuktil Mulka man tasyak …” (Katakanlah kerajaan itu adalah milik Allah. Engkau memberi kerajaan/kepimpinan kepada siapa yang Engkau kehendakki. Engkau rentap kepimpinan dari siapa yang Engkau kehendakki. Engkau memuliakan siapa yang Engkau kehendakki. Engkau hina sesiapa yang Engkau kehendakki. DitanganNya kebaikan. Sesungguhnya Engkau berkuasa atas tiap sesuatu”. Setelah umat Islam dijajah dan lalai, kepimpinan dicabut dari mereka dengan berakhirnya Khilafah Islam pada tahun 1924, diambilalih oleh British, Amerika dan Barat sehingga ke hari ini. Walaupun kafir, mereka memiliki sekurang-kurangnya kelebihan tertentu hingga melayakkan mereka mengambilalih kepimpinan dunia dari umat Islam. Walaupun beriman, umat Islam umumnya telah kehilangan banyak syarat dan kekuatan asasi yang dikehendakki Allah agar melayakkan mereka memimpin dan membimbing dunia. Ini rahsianya dan tidak difahami ramai umat Islam. Anehnya saya dapati Obama (dan ramai pimpinan Barat) menyelami beerapa hakikat, dari ucapan kemenangan beliau kelmarin di Chicago. http://news.aol.com/elections/article/obamas-victory-speech-in-chicago/238195?icid=200100397×1212337596x1200821344

Rasulullah saw juga telah mendidik para Sahabat ra hakikat-hakikat ini iaitu :

  1. Ideologi atau Fikrah mengatasi bangsa dan warna kulit dalam perjuangan mana-mana umat. Dalam ucapan di Chicago semalam Obama menyebut diantara pengundi Amerika ialah seorang wanita kulit hitam berumur 107 tahun. Dizaman wanita itu dilahirkan, seorang sepertinya tidak boleh mengundi kerana jantina dan bangsanya. Hari ini Amerika berbeza, semua rakyat membentuk negara Amerika yang satu dan bersatu. Ucapan ini dikala ramai pemimpin orang Islam yang memainkan isu perkauman untuk mencapai misi peribadi demi mendapat kuasa.
  2. Landasan kekuatan dan perjuangan ialah ideologi dan fikrah. Obama menyatakan bahawa Amerika kuat bukan kerana kekayaan dan senjata semata-mata yang memang sedang dinikmatinya, akan tetapi kerana demokrasi, kebebasan dll yang menjadi ideologinya. Pegangan ini dikala ramai pemimpin umat Islam berjuang kerana periuk nasi dan meratah kontrek projek sana dan sini.
  3. Rakyat Amerika sendiri telah menunjukkan kepada dunia terutama umat Islam bahawa warna kulit dan bangsa tidak menjadi masalah kepada mereka dikala ramai umat Islam dididik dan diomokkan isu perkauman sempit hingga menjadi darah daging mereka dan lupa kepada anjuran-anjuran Rasulullah saw. “Dengar dan taatilah, walaupun yang memimpin kamu seorang hamba dari Habsyi (Afrika) …”.
  4. Amerika menunjukkan contoh ulung kepada dunia dan umat Islam satu bentuk kebebasan dan syura yang wujud di negara mereka iaitu “Kerajaan Rakyat, Dari Rakyat dan Untuk Rakyat”, dikala banyak negara umat Islam dibarahi kediktatoran, ketidakadilan dan ketakutan dikalangan warganegaranya melata, disamping televisyen dan akhbar hanya dimonopoli oleh satu pihak sahaja.

Kita berdoa dan berharap agar Amerika samada berubah menjadi lebih baik aqidah, akhlak dan peranannya di dunia sehingga Islam mendominasi kehidupan masyarakatnya, atau Amerika terus dibarahi Yahudi dan Syirik, runtuh ketamadunan dan kepimpinannya, lalu dikalahkan oleh umat Islam yang berkualiti dan hakiki dimasa terhampir.

Kita juga berdoa agar umat Islam kembali kepada ajaran dan penghayatan islam yang hakiki yang dibawa oleh Rasulullah saw. Hanya dengan membaiki dan meningkatkan kualiti Islam mereka, Allah akan mengembalikan kepimpinan dunia ini kepada mereka sekali lagi seperti yang pernah dikecapi oleh generasi-generasiislam yang terdahulu. Ameen.





Barack Obama, bersama ayahnya, Barack Hussein Obama Senior tahun 1971. Emak saudaranya yang disiar Parti Republikan semasa kempen sebagai tinggal di Amerika tanpa visa bernama Zaituni. Datuknya bernama Hussein Obama dan neneknya bernama Akumu Habiba.



Early years

Obama Sr. was born on the shores of Lake Victoria just outside Kendu Bay, Kenya and raised in Alego.[7] He was the son of Hussein Onyango Obama (c. 1895-1979, buried at Alego)[2] by his second wife, Akumu Habiba.[2] His family are members of the Luo ethnic group. Obama Sr. was raised as a Muslim, but later became an atheist.[8] Obama Sr. was born to Onyango (buried at Kendu Bay, Kenya) and his wife Nyaoke in one of their Luo villages. Before working as a cook for missionaries in Nairobi, Onyango had travelled widely, enlisting with the name Onyango Obama in the British colonial forces during World War I and visiting Europe, India, and Zanzibar, where he converted from Christianity to Islam. Onyango had at least three wives; Barack Obama Sr. was the son of Akuma/Akumu, the second wife. However, he was raised by Onyango’s third wife, Sarah, after Akuma/Akumu left her family and separated from her husband in 1945.[2][9] Obama Sr. grew up in Nyang’oma Kogelo, and was married at the age of eighteen in a tribal ceremony to Kezia, with whom he had four children.


Education

From 1950 to 1953, Obama Sr. studied at Maseno National School, an exclusive Christian boarding school that is run by the Anglican Church of Kenya. The head teacher, B.L. Bowers, described Obama Sr. in his records as “very keen, steady, trustworthy and friendly. Concentrates, reliable and out-going.”[10]

Obama Sr. received a scholarship in economics through a program organized by nationalist leader Tom Mboya. The program offered Western educational opportunities to outstanding Kenyan students. [11] President-elect Obama said of his father’s scholarship, “The Kennedys decided: ‘We’re going to do an airlift. We’re going to go to Africa and start bringing young Africans over to this country and give them scholarships to study so they can learn what a wonderful country America is. This young man named Barack Obama [Sr.] got one of those tickets and came over to this country.[12] An article by Michael Dobbs in The Washington Post, however, states that the Kennedy family did not become associated with the educational airlift until 1960, a year after Obama Sr. was studying in the United States. Initial financial supporters of the program included Harry Belafonte, Sidney Poitier, Jackie Robinson, and Elizabeth Mooney Kirk, a literacy advocate who provided most of the financial support for Obama Sr.’s early years in the United States, according to the Tom Mboya archives at Stanford University.[11]

At the age of 23, Obama Sr. enrolled at the University of Hawaii at Manoa, leaving behind a pregnant Kezia and their infant son. He had already turned away from Islam and become an atheist by the time he moved to the United States.[8] Barack Obama Sr.’s daughter Auma has commented that her father “was never a Muslim although he was born into a Muslim family with a Muslim name.”[12]

On 21 February 1961, Obama Sr. married fellow student Ann Dunham in Maui, Hawaii.[13] Obama Sr.’s and Dunham’s son, Barack Obama II, was born on August 4, 1961. Dunham left school to care for the baby, while Obama Sr. completed his degree. He graduated from the University of Hawaii in June 1962, leaving shortly thereafter to travel to Cambridge, Massachusetts, where he would begin graduate study at Harvard University in the fall.[14] Later that summer, Dunham and the year-old baby Barack stopped to visit her friends in Mercer Island, Washington, the Seattle suburb where she had grown up,[14][15][16] before joining Obama Sr. in Cambridge. However, mother and son soon returned to Seattle, where she enrolled at the University of Washington.[15][14] Dunham, missing her family, then moved back to Hawaii[15] and filed for divorce in Honolulu in January 1964. Obama Sr. did not contest, and the divorce was granted.[13] He visited his son only once, in 1971, when Barack was 10 years old.[citation needed]

While at Harvard, Obama Sr. met an American-born teacher named Ruth Nidesand. She followed him to Kenya when he returned there after he received a master’s degree (AM) in economics from Harvard in 1965.[17] Nidesand eventually became his third wife and had two children with him before they divorced.[18]



Return to Kenya

On his return to Kenya, Obama Sr. was hired by an oil company and then served as an economist in the Ministry of Transport, and later became senior economist in the Kenyan Ministry of Finance.[19] In 1965 Obama Sr. wrote a paper titled “Problems Facing Our Socialism,” published in the East Africa Journal, harshly criticizing the blueprint for national planning, “African Socialism and Its Applicability to Planning in Kenya”, which had been produced by Tom Mboya’s Ministry of Economic Planning and Development.[20] As President-elect Barack Obama describes in his memoir, his father’s conflict with President Kenyatta destroyed his career.

Obama Sr.’s life then took a tailspin into drinking and poverty, from which he never recovered. His friend, Kenyan journalist Philip Ochieng, has described Obama Sr.’s difficult personality and drinking problems in the Kenya newspaper The Nation.[11] Obama Sr. lost both legs in an automobile collision, and subsequently lost his job. He died in 1982, at the age of 46, in a car crash in Nairobi.[11]

Obama Sr. is buried in Alego, at the village of Nyang’oma Kogelo, Siaya District, Kenya.


ULASAN RINGKAS:

Sedikit ulasan terhadap kenyataan Presiden MCA semalam yang memuji kemenangan Obama, berkulit hitam berbanding di Malaysia yang umatnya masih dibelenggu isu perkauman, contohnya isu perlantikan wanita Cina menjadi YDP PKNS Selangor.

Jawapan saya : Apa yang berlaku di Amerika dan Malaysia ada persamaan dan ada pula perbezaannya termasuk :

  1. Obama beragama Kristian. Bangsa tidak menunjukkan ideologi, akan tetapi Aqidah jelas menunjukkan ideologi seseorang yang mempengaruhi perjuangannya. Umat Melayu di Malaysia jelas boleh menerima warga Islam keturunan India menyandang jawatan penting dalam negara sejak beberapa dekad yang lalu. Warga Cina Islam di Malaysia agak kurang penglibatan dalam politik berbanding warga India Islam.
  2. Walaupun datuk nenek moyangnya berketurunan Kenya, Afrika, Obama seperti juga ramai warganegara Amerika yang berkulit hitam atau kulit berwarna (coloured people) telah menunjukkan asimilasi (pencairan) mereka menjadi rakyat Amerika terutama mereka kini bertutur dalam bahasa Amerika dan mengamalkan budaya Amerika. Berbeza dengan di Malaysia dimana orang Cina tidak asimilasi ke dalam budaya Melayu dan masih bersungguh-sungguh mempertahankan bahasa dan budaya yang diwarisi dari tanah Cina Besar.

Tiba perkara asas ini iaitu agama, bahasa dan budaya menyebabkan masih dan akan wujud perkiraan perkauman di negara Malaysia. Kita membuka pintu seluas-luasnya untuk mereka memeluk Islam dengan sebenar-benarnya, memimpin dan membimbing orang lain ke arah yang diredhai Allah di dunia dan Akhirat.

Sekian.



Edited by


-Luo-


Sumber artikel di SINI

Wednesday, November 5, 2008

Barack Obama WOn POpular Vote







Barack Obama to be America's first black President


Historic victory for African-American senator as networks call election after record turnout at the polls

Americans tonight entrusted their fate for at least the next four years to Barack Obama, who made history

by becoming the first African-American to win the US presidency.

Scenes of jubilation broke out among Democratic supporters as the US TV networks declared that the

inexperienced but inspirational Democratic candidate had been elected president at around 4am GMT, after a momentous day that saw voters turn out in huge numbers.

As one stat

e after another fell into the Democratic column, Obama clinched a transformational election, comparable to Franklin D Roosevelt's in 1932, John F Kennedy's in 1960 and Bill Clinton's in 1992.

In an early blow to John McCain's hopes, US television networks projected that Obama would win Pennsylvania, where the Republican badly needed to win to stand a chance of capturing the White House.






John Mccain - 2008 Presidential Candidate
Maybe He'll Win The Representative Vote in January to Become U.S President..May It Be??




Sarah Palin - Runn
ing Mate of John Mccain





In another big setback for McCain, the Fox News network projected that Obama would win Ohio, the state that ultimately decided the 2004 race between George Bush and John Kerry.




George Bush - Current Worst U.S President..


-Bush The Dictactor-




John Kerry - 2004 Presidential Candidate - Lose to George Bush





No Republican has won the White House without Ohio. With Ohio and Pennsylvania in his pocket, Obama would be well on his way towards an overall majority.

Piling on t

he humiliation for the Republicans, Obama was projected to win Virginia by Fox News, the first time the state has voted for a Democrat in a

presidential race since 1964, when Lyndon Johnson took the state.







President in Waiting..

Barack Obama



Joe Biden - Becoming Vice President of Obama's Cabinet




Obama was projected to hold on to all the states the Democrats took in 2004,

and win half a dozen or more of the battleground states

that had b

een held by the Republicans.

The Democrat was also projected to win New Hampshire, Connecticut, Delaware, Washington DC, Illinois, Maine, Maryland, Massachus

etts and New Jersey.

McCain was projected to win Oklahoma, Tennessee, Kentucky, Georgia and South Carolina.

Despite the encouraging early results, the Obama campaign team urged caution, fearful that a late surge of voters casting their ballots on their way home might yet cause upsets in key states, as happened to the Democratic candidate, John Kerry, in 2004.

Fears that many white voters would fail, in the privacy of the polling booth, to vote for a black candidate appeared to be unfounded, suggesting that race is becoming less of an issue in the US.

Americans voted in record numbers throughout the day as they finally got the chance to turn their backs on eight years of George Bush and choose a new president after America's longest and costliest election campaign.

From the eastern shores of Virginia, across the industrial heartland of Ohio, and on to the Rocky mountain states of Colorado and New Mexico and beyond, poll workers and voters reported long lines and waits of several hours in the most eagerly anticipated US election for half a century.

Turnout was at levels not seen since women were first given the vote in 1920. Election officials predicted turnout would come close to 90% in Virginia and Colorado, and 80% in Ohio and Missouri.

Exit polls gave Obama double-digit leads in states that had been bitterly contested, and on which the outcome depended. The odds had been stacked against McCain from the start, linked, as he was, to President George Bush, with his near-record low popularity ratings, hostility towards the Iraq war and an impending recession.

But McCain managed to hold his own until mid-September, when the Wall Street crash saw Obama open up a commanding lead.

The next president will inherit horrendous economic problems that will limit the scope of his ambitions. Obama, in his final rallies, was already tempering his early promise of change with warnings about how he would have to curb some of his more ambitious plans, trying to lower expectations that he would be able to move quickly on health care and education reform.

The stock market experienced its biggest election day rally in 24 years on expectation of an Obama victory as the Dow Jones industrial averages surged 300 points, or 3%, to close at 9,625.28 points.

Exit polls nationwide provided an early suggestion that it was going to be Obama's night showing that the top concern of 62% of voters was the economy, the issue on which voters said they trusted him more than McCain and blame much of the financial crisis on the Bush administration.

Other early exit poll figures also appeared to be good indicators for Obama, with 57% saying they felt Obama was more in touch with them than the 40% who said the same about McCain.

Reflecting the intensity of the campaign, Obama and McCain put in a final burst of campaigning after casting their own votes. Obama made a final dash from his home in Chicago to neighbouring Indiana, which was Republican in 2004.

Reporters travelling with him reported that the candidate was in a subdued rather than celebratory mood, perhaps reflecting the news of the death of his grandmother on Monday. Obama told them that whatever happened, the campaign, the costliest in US history at over $1bn (£629m) as well as the longest, had been "extraordinary".

Early expectations were of record turnout levels, with the morning bringing long lines at polling stations. However, exit polls later in the day saw voters under 30, the target demographic of the Obama camp, voting at about the same levels as in 2004.

That would be a disappointment for the Obama camp which had been hoping that young voters would buck the tradition of showing enthusiasm for a candidate and then failing to turn out on the day.

Exit polls did chart a rise in African-American turn-out.
CNN, based on the exit polls, projected that Obama would win Vermont, no great surprise as it is traditionally Democrat

Independent election monitors reported sporadic instances of delayed openings of polling stations, broken voting machines, ballot shortages, voter confusion and occasional abuse in a number of battleground states including Florida, Ohio, Colorado, Pennsylvania and Virginia.

The McCain camp raised separate its own charges of irregularities accusing Black Panther activists holding night sticks of standing outside Philadelphia polling stations in an attempt to intimidate white voters.
McCain also accused out-of-state Obama volunteers of casting votes in Florida, and of voters casting multiple ballots in Florida.

In the battle for Congress, the Democrats picked up four seats to increase their majority in the Senate to 55 out of 100 seats. Democrats were hoping to win a Senate majority of 60, the magic number to override blocking tactics by Republicans. In the House, the Democrats were looking to tighten their majority to 261-174, from 235-199.




edited by

-luo-


original article is HERE

Monday, November 3, 2008

SiPolaN to Pak Lah




Surat Untuk Pak Lah






DAripada Seorang Si Polan....


kepado pak lah... PM paling sey sayang...I lap u

namo sey ni KARIM...pengundi bedaftar DUN CHOMBUNG, PARLIMEN ROMBAU...alaaaa tompek si KERY yg abah'eh JAMALUDIN tuuu...tak kona'???? menantu PAK LAH tu laaaaa....suko bona' sey ngan dio tu... ghaso nk buek menantu lak...


Khairy Jamaluddin


sey nulih surat ni bukan apo...sajo yor nk ucap'an timo kasih kek pak lah sobab naik'an hargo minyak ari tu.. lopeh ini bilo hargo minyak naik..hargo barang lain pun naik gak laaaa...banggo boto' sey ghaso...mcm duduk kek LAS VEGAS lak... HIDUP PAK LAH!!!!!!!






Harga Petrol Turun Ke??




Den Duk Las Vegas


sey janji ngan pak lah yg sey akan ubah tebiat sey dari makan ikan kombung yg dah merah menyalo mato'eh & pocah bedorai porut ikan tu pado ikan koring yor...







Dari Mkn Ikan KOmbung Mkan Ikan Kering..bagus tu..Family Plan ..sesuai untuk family yg anak ramai..




sey sanggup bekoban untuk UMNO dan bn.. anak sey yg 7 org tu yg dh buleh buek team futsal tu boleh la bekojo lopeh sekolah buek bantu mak ayah diorang ni haaa...kok tk bekojo pun buleh la jadi mat rompit kek SENAWANG tu...dapek gak la duit sesikit...buleh gak la menoruskan tradisi keluargo sey ni yg nyokong UMNO dan bn


NI lah Moto Cupcai Den


ghaso2 sey ni nk ubahsuai bilik bilik yg ado kek ghumah sey...nk buek tompek bolo ikan & tanam sayur cagho hidroponik (apo binchek'eh ni???) sey tepakso tanam kek dalam bilik sobab sey tingga' kek umah flat...



Nilah Umah MEwah Den Kek Las vegas yg nk d ubah suai tu..



rebet yg pak lah bagi kek sey memang melampuh2 lobeh'eh dari keperluan sey..

bilo sey congak2.. sey cumo guno 20 sen yor duit minyak moto sehari.. ado la untung 21 sen...bak kato si SAIDA AF6 "ok la tuuuu"

sey tak pakai pon keto... sobab bilo minyak naik hargo.. sey kono jual datsun kotak mancis sey tu.. dapek gak la duit....tokih2 pun ado la hasil'eh..

team futsal sey tu, sey nak suruh eksesais hari2 berjalan kaki tak pun naik beska' poie sekolah...ado la 5 km...dokek yor tuuuuu... walaupon gaji sey ni rm 1000..sbona'eh terlobih cukup untuk keluargo sey...

buek permulaan nk ngubah kehidupan sey.. sey tak akan guno'an gulo bilo buek kopi... tak akan guno'an topung untuk buek kodok

sey nak ganti'an bogheh ngan ubi... tiap hari sey ngan keluargo akan berposo (kecuali pado hari hari yg dilarang beposo) sey akan buek minyak masak sendiri itu antaro caro sey ngubah caro hidup.. ade banyak laie caro



Dari makan boghas..makan ubi je sudey..mcm zaman penjajahan jepun...org miskin kene berjimat ni ley wat mcm org kaye ish3..



semuo kerano UMNO dan bn...


dan sey mintak bona' pak lah naik'an laie hargo minyak yg ado.. bukan tu yorrr.. sey mintak bona' naik'an laie hargo tol sobab org sbolah rumah sey nih org pembangkang...dio slalu guno highway, biar padan muko dio...tu la...suko bona' nyokong pembangkang...PAKATAN RAKYAT konon...palo hayah dio tu...


nnt pak lah buleh la melawat sey dan sedokah pado sey solai kain pelikat bilo dh nak dokek2 pilihanraya nanti... insyaallah kain pelikat tu sey nk bubuh dlm frame dahtu gantung kek rumah... tapi jangan lupo lak.. pak lah sain otogeraf yor kek kain tu....

jgn lupo pak lah.. naik'an laie hargo minyak.. jgn la diturun'an gaji mentori2 tuuu..siannn diorang...kang apo lak anak bini'eh nk mentodarah.... sey totap nyokong pak lah..

akhir kato biar pak lah sonang, janji kami papo kedano.. hidup UMNO, hidup bn..


sekian timo kasih..

ps/ sampai'an salam sey kek si KERY samo PATRICK BADAWI tu yor..tak lupo gak tuan punyo syarikat SCOMI...sapo tah namo'eh...lupo lak...

pocah kaco, pocah golas,

sudah baco, harap baleh.



>>> Fyi...mende ni dapt dari seorg bekas classmate..Umar TOT name nyea...memg lawk nk mampos..haha..tapi jgn la salah paham ek..bese la org buat lawak sambil meluahkan isi hati nyea.. ImO, sume rakyat berhak bersuara tetapi haruslah berlandas batas undang2 dan sesentiviti individu..saye paham..YAB Pak lah sure terase..tapi YAB mesti la amik peka dengan surat ini.. Selain sekadar surat jenaka..Surat ini sebenarnya..secara realiti nya..penulis nya ingin menyampaikan apa yg dirasa dan dilalui oleh rakyat2 marhaen di bawah sana yg mungkin sama sekali kehidupan mereka yg daif,sengsara,penuh dengan hutang piutang xpernah dirasai oleh pemimpian atasan yg enak didodoi dengan bantal empuk di mana majoriti mereka adalah berasal daripada golongan bangsawan.. hermm..


" Se remeh mane pun masalah yg ditimbulkan rakyat pada anggapan pemimpin, sebenarnyea masalah tersebut masalah besar buat mereka "


Renung dan fikir2kan lah..


wassalam..


edited by


-Luo-