Tuhan Tengah Bercakap Dengan Kome Tu!
“Isyy, tak sangka teman, boleh menang Pakatan Rakyat di Peghak ni!” kata Kulop Samad di kedai kopi.
“Itu lee, idok le teman boleh nak ngambokan yang UMNO BN ni boleh kalah di sini. Tak sangka ye!” balas Jakpo.
“Hai ya Allah, tu namanya keghoje Tuhan, tak sangka wakil rakyat PAS boleh jadi Menteri Besor. Tuah kita le nak nengok Haji Nizar jadi MB,” sampuk si Megat dalam diam-diamnya memasang telinga.
“Oi ya Allah, apa ke heenye si Nasarudin tu masuk PKR.? Bota, kome jangan buat main dengan Bota. Pening kepala mikiokannya. Tak sangka keme!” si Lijah pun nak sembang sama.
“Ya Rabbi… baghu je teman ceramah di Kampar hari tu. Tak sangka hari ni DUN dah bubar pulak wei,” Ostad Rizal pun berkerut dahi tenggelam punca.
TAK SANGKA MEMANJANG
Ate, apa ke heenya negeghi teman ni kengkawan wei. Dari dulu sampe sekaghang, tak habih-habih dengan TAK SANGKA nya. Tak sangka BN kalah, tak sangka pembangkang menang, tak sangka PAS jadi MB, tak sangka memanjang sampe le ke haghi ni…
Satu benda yang teman nak habo, kita yang nak Islam ni, Allah Taala dah suruh kita ni menerima perdamaian, bekerjasama dengan sesapa je yang nak kerjasama dengan kita. Kalau oghang nak berkawan, jangan cari pase ajak berlawan. Terima kawan, ajak duduk berbincang.
Tapi walaupun rame yang nak berkawan, sudohnya, yang bawak Islam tu selalu jadi pak tungge. Tingge soghang-soghang je. Sebab itu kalau kawan ngajak sembang nak lompat sana lompat sini, bergegeh nak ke Putra Jaya ke nak ke Parlimen ke, jangan ceghite kengkawan tu sampe kita lupa ceghite kita. Ceghite kita, ceghite nak muliakan Islam. Nak tolong agama Tuhan. Tukor-tukor kape ni ceghite orang pikio tak tentu hala. Tak tahu apa rujukan akhlaqnya.
Ini le ghopenye
TAK SIYO
Itu pasenye, masa oghang sibuk-sibuk nak melayan agenda 16 September dulu, teman tak siyo. Menolak tu idak le sebab sape teman nak menolaknye. Tapi tak siyo..
Tak siyo tu ialah, kalau jadi, tu ujian Tuhan nak nengok kita ni benor ke dah sampe masa nak ngambik alih yang di Pusat tu. Ghase teman, Peghok dengan negeghi-negeghi lain tu pun nyarih nak tumpo kita menjaganya. Oghang gasak sana sini siang malam. Depe sabor melayan BN berpuluh tahun, PR yang baghu 100 hari memerintah dah ditanye deme macam-macam. Gelojoh ngalahkan ape!
Tapi kalau 16 September tu tak jadi, teman takde ghase ape pun. Kita yang nak Islam ni ada keghoje kita. Keghoje mengelokkan oghang, membetuikan kepala hotak deme, bior paham Islam.
Itu pasenya, lepeh abih ceramah di Kampar hari tu, teman tak siyo nak ke Paghit melayan Abang Anwar ceramah menyambut si Datuk Nasarudin Bote tu… Kamu nak ikut PKR sile… teman ada keghoje teman. Kamu nak berkawan, keme kawan. Kamu nak meghepek, teman ada keghoje teman.
Masa oghang nak melompat parti masuk kape kite, semua rasa indah belaka. Tak sabor nak nengok buah masak sebelum musim. Ate sudohnya, oghang belah kite yang melompat ke sana. Yang baghu ‘berhijrah’ di Bote tu pun dah balik ke ‘Mekah’ dia balik weh. Ni Allah Taala nak ngajor kite. Politik tanpa akhlak ni kotor. Tukor-tukor parti ni keghoje oghang tak jelas matlamat. Namanye Kemuncup Dalam Perjuangan!
Teman idok le tahu apa hikmahnye bende semue ni jadi. Teman pun tengoh baca-baca, teman bukannya pande bebenor bab politik ni. Pesan oghang atas, jangan mudah percaya berita di TV, deme mutor belit tak tentu pase. Ate, keme memang tak pernah percaye pun cakap oghang TV, tapi cakap oghang internet, oghang kite, kena le cepat. Yang terhidang disuruh jangan percaya, tapi yang bebenornya idok pula senang nak mencarinye. Zaman ni sapa cepat dia dapat. Maklumat di hujung jari, teman yang balik ceramah pukui 1 pagi ni pun, tak maunya tidor sebelum menulih sesuatu.
Nak suruh percaya beghite sebenor, beghite sebenornya kene le cepat sampe wei.
KERAJAAN TAK STABIL KEPADA PEMBANGKANG TERKUAT?
Tapi supaya jangan ghase terkilan bebenor kalau Peghok ni balik ke belah sana, elok le kita ni banyakkan muhasabah. Tengok balik ape-ape yang tak kene. Depe yang peghange macam katak tu, mana nak membuatnya doh depe jenih itu. Tapi kita yang paham Islam ni, ace moh duduk elok-elok. Duduk atas bangku, bincang, duduk ateh sejadah bawak-bawak doa dan sembahyang.
Semua yang jadi ni ada hikmahnya.
Nak bagi Islam menang, bukan mughah ghegenye!!!
ABU SAIF @ www.saifulislam.com
68000 AMPANG
No comments:
Post a Comment