بسم الله الرحمن الرحيم
Assalammualaikum w.b.t
Salam Dunia.
Dunia bersedih. Pilu. Hujan bagaikan menyimbah hati setiap insan dengan berita peristiwa tidak bertamadun rampasan kapal GAZA AID FLOTILLA yang menyebabkan 9 korban jiwa oleh komando regim yahudi laknatullah. Regim laknatullah menodai undang-undang antarabangsa dengan menceroboh perairan antarabangsa bersama perlakuan hina sebagaimana hina bangsa mereka.
PENJENAYAH DUNIA !!
Berita terkini berkenaan kapal Rachel Corrie, kapal kargo tersebut telah dipintas dan dipaksa berlabuh di Pelabuhan Ashdod, Israel. Nama kapal tersebut diambil sempena nama seorang aktivis kemanusiaan ke Palestin yang maut disodok jentolak Israel dalam usaha menghalang jentolak tersebut daripada merobohkan pertempatan rakyat Palestin. Wanita bernama Rachel Aliene Corrie dan beragama kristian. Beliau sanggup korbankan nyawa beliau untuk umat Islam Palestin. Malulah kita! Tersangatlah kecil jika hendak dibandingkan pengorbanan beliau dengan kita. Kapal Rachel Corrie dibiayai oleh Perdana Global Peace Organisation (PGPO) sebuah pertubuhan amal Malaysia yang dipengerusikan oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad.
Siapa yang berani bersuara? Umat Islam kini memcecah 1.6 billion. Siapa yang bersuara?? Kita tidak bersatu. Kita berpecah berjuta !! Sebahagian besar duduk empuk di atas kerusi lembik, enak menjamah hidangan, menikmati roti bersama susu segar dan yang paling malang bagi umat Islam, ada segelintir umat durjana tidak pernah mahu ambil tahu dan peduli perkembangan rakyat Islam di Gaza, Palestin. Inikah kita ?
RECCEP TAYYIP ERDOGAN ISMAIL HANIYEH
Recep Tayyip Erdogan dan Ismael Haniyeh - Siapakah beliau berdua? Berani anda tidak kenal !! Yang mulia En. Recep, daku junjung dan sokong kepimpinanmu. Terus peperangan psikologi menentang Israel. Beliau merupakan Perdana Menteri Turki, insan yang paling lantang menentang dan mengecam perbuatan regim lakatullah. Begitu juga kepimpinan Hamas melalui Perdana Menteri Ismael Haniyeh yang mengisytiharkan Intifada . Syabas !!
OIC - LOGO HERO ACTION ZERO
Malaysia, Indonesia, Brunei dan negara-negara Arab - Mata anda buta ? Mulut anda bisu ? Tangan anda terpasung ? 53 negara OIC - Anda masih tidur lagi ? Dunia sudah terang !! Terang dek percikan peluru Israel !! Tiada Mesyuarat Tergempar OIC , anda memang durjana , pengecut !!
Terima kasih kepada regim laknatullah kerna perlakuan anda merupakan WAKE UP CALL kepada dunia. Kekejaman ini bukanlah sentimen agama tetapi melangkaui batas kemanusiaan. Mata dunia terbelalak menyaksikan kekejaman anda dan hati-hati kecil insan perihatin tanpa kira batas agama dan bangsa terbakar bangun menentang anda diseluruh dunia. Anda sentiasa tersalah langkah. Hakikatnya anda takut apabila hati-hati kecil ini bersatu. Bersatu membawa harapan yang besar membebaskan Palestin.
Di mana kuasa dunia U.S, ketika Islam memerlukan anda. Persetankan deklarasi Cairo 2009 !! U.S kau takkan bisa menjalinkan hubungi baik dengan Islam jika kau dilembukan oleh regim yahudi laknatullah. Dasar luar U.S jelas menyebelahi Israel. Kekejaman ini tidak engkau endahkan dengan dasar luar yang lebih keras dan tegas. Kuasa Dunia jenis apa kau ini. Kuasa Keparat !! Engkau biarkan hati-hati yang memiliki jiwa dan cita besar di bumi anbia ditindas, diyatim piatukan, dinyah, dirobek dek peluru dibumi mereka sendiri. Persetankan keperimanusiaanmu yang tidak berbelas !! Barrack Obama tunjukkan kuasamu ! Jangan jadi lembu Israel !
Wahai sahabat,
Apa yang dapat kita lakukan ? Sekecil-kecil jihad kita adalah doa , infa' dan boikot produk keluaran U.S dan Israel. Bagi mereka yang telah memboikot teruskan jihad anda dan bagi mereka yang belum mulakan langkah pertama anda. Sesungguhnya anda masih belum terlambat. Boikotlah. Anda tidak akan mati, rosak kulit, botak rambut , kebuluran tanpa produk-produk mereka. Boikotlah semampu yang boleh. Doa dan infa' sentiasa.
ODA BUMI ANBIA
Dr. Jamnul Azhar Bicara Tentang Anak Palestin
MESTI TONTON VIDEO !!!!
FLASHMOB BOYCOTT ISRAEL
Sekian.
Wassalam
No comments:
Post a Comment