Friday, April 9, 2010

PIL MOTIVASI KITA

بسم الله الرحمن الرحيم 
Assalammualaikum w.b.t
Salam bulan peperiksaan,

Tatkala mampir ke garisan tamat penggal ini, pelbagai kontroversi melanda dan saya yakin perkara itu sedikit sebanyak men'distract' dan merencatkan kemaraan serta titik fokus kita dalam menghadapi peperangan pena di dewan peperiksaan.

Pena saya kali ini dengan tujuan ingin mengalih "QIBLAT" kita kepada perkara yang lebih utama. Utamakan Yang Paling Utama. Apa yang paling utama ketika ini? 
>>>Membontoti pakwe or makwe ke sana ke mari ?  
>>>Stay-up setiap hari tonton movie/series ? 
>>>Bergosip-gosipan 24/7 ? 
>>>Berchatting-chattingan ? 
>>>Berblog-blogan?. 

Jujur, saya boleh tentukan yang paling utama tapi susah sekali hendak laksanakannya. Jadi paksalah diri anda untuk melakukan sesuatu yang lebih baik dan terbaik untuk masa depan anda!

''QIBLAT'' kita sekarang adalah peperiksaan. Inilah musuh yang perlu kita perangi. Tidak dapat tidak itulah ''QIBLAT" kita buat masa ini dan sepanjang penghidupan kita sebagai mahasiswa/wi. Sudah menjadi lumrah kita, susah hendak kekalkan arah ke ''QIBLAT'' itu. Pelbagai faktor yang memesongkan kita. Antaranya seperti perkara yang saya maktubkan awal tadi. Realitinya kita diserang pelbagai simptom yang merencatkan fungsi deria penglihatan, pendengaran, sentuhan yang secara langsung menganggu pemprosesan data untuk disimpan dan dimumtahkan semasa peperangan akhir.





Berikut merupakan simptom yang menular dalam kalangan mahasiswa/wi dikala peperiksaan kian mampir :
  • Tiada semangat dan motivasi belajar
  • Tidak fokus semasa di dalam kelas
  • Tidak dapat memberikan tumpuan semasa ulangkaji
  • Malas untuk belajar
  • Lambat memahami apa yang diulangkaji
  • Tidak dapat menghafal dengan berkesan
  • Lupa apa yang sudah dipelajari
  • Tidak dapat menjawab ujian dengan berkesan
  • Lemah dalam matapelajaran yang tertentu
  • Tekanan dan Stres menghadapi peperiksaan
  • Tiada disiplin belajar 

Anda miliki salah satu simptom di atas? Jangan kaget jika kamu dijangkiti oleh simptom itu. Dunia belum berakhir. Masa masih ada. Setiap penyakit pasti punya ubatnya. Ubat ini tidak perlukan anda berjumpa Doktor Pakar dan pil-pil dari farmasi.Penyakit ini hanya perlukan pil yang anda boleh dapatkan dalam diri anda yang diberi nama MOTIVASI.

PIL MOTIVASI KITA
DAPATKAN SEGERA SEMENTARA STOK MASIH ADA! 
  

STIMULUS MOTIVASI BELAJAR

2 FAKTOR MERANGSANG MOTIVASI KITA
  • Pertama, motivasi belajar melalui faktor internal. Motivasi ini terbentuk kerana kesedaran diri atas pemahaman betapa pentingnya belajar untuk mengembangkan diri dan bekal untuk peperiksaan.
  • Kedua, motivasi belajar melalui faktor eksternal, iaitu berupa rangsangan daripada orang lain, atau lingkungan sekitarnya yang dapat mempengaruhi psikologi orang yang berada disekeliling.  

 

TIPS-TIPS MENINGKATKAN MOTIVASI BELAJAR

Kita maklum motivasi untuk belajar tidak akan terbentuk jika tiada kemahuan. Keinginan, cita-cita, dan menyedari manfaat perlu digarap dalam diri kita. 

 

Imagination is STRONGER than a WILL 

 Albert Einstein


Imaginasikan apa yang kita hendak lakukan. InsyaAllah perkara itu akan berlaku. Perkara ini disokong oleh kajian ahli Psikiatri British. Keberangkalian sebanyak 80 peratus perkara yang kita imaginasikan akan menjadi kenyataan.Mari sama-sama kita berimaginasi kita akan belajar dan lulus cemerlang dalam peperiksaan. Kelihatan seperti remeh dan mustahil kan? Tiada perkara yang mustahil!

  • Bergaul dengan mereka yang senang belajar

    Bergaul dengan orang-orang yang senang belajar dan berprestasi, akan membuat kita pun gemar belajar. Selain itu, cuba cari orang,atau komuniti yang mempunyai kondisi kebiasaan baik dalam belajar.

    Kebiasaan dan semangat mereka akan menular kepada kita. Seperti halnya analogi orang yang berteman dengan tukang pandai besi atau penjual minyak wangi. Jika kita bergaul dengan tukang besi, maka kita pun turut terpalit dengan bau bakaran besi, dan jika bergaul dengan penjual minyak wangi, kita pun akan berbau harum minyak wangi.
       
  • Bergaulah dengan mereka yang optimis dan selalu berpikiran positif
    Di dunia ini, ada insan yang sering berfikiran optimistik meskipun dia dirundung masalah. Nescaya kita akan lebih semangat, ghairah, dan rasa optimis jika sering bersosial dengan orang-orang atau berada dalam komuniti seperti itu, dan sebaliknya.
     
  • Cari motivator
    Kadangkala, kita memerlukan orang lain sebagai pemacu atau mentor dalam menjalani penghidupan kita sebagai mahsiswa/wi. Misalnya: teman, ataupun pasangan hidup. Insan-insan ini dapat membantu dan memotivasi kita dalam pelajaran dan meraih prestasi.

Belajar ketika orang lain tidur, bekerja ketika orang lain bermalasan, dan bermimpi ketika orang lain berharap."

William A. Ward


>>>>

Saya doakan semoga tips dan maklumat yang saya kumpul dan garapkan ini dapat memberi manfaat kepada semua. Meskipun dengan cadangan dan lontaran buah fikiran ini, saya yakin hanya anda dapat mengubah diri anda. Kita semua BERHAK UNTUK BERJAYA.

Mulakan Langkah Anda Sekarang Sebelum Anda Ditinggal Jauh!!

Selamat Menempuh Peperiksaan.
Selamat Maju Jaya.

Sekian.
Wassalam.


No comments: