Fakta 1: Virus H1N1 tersebar melalui titisan cecair (liquid droplets) daripada bersin atau batuk penghidap virus. Oleh itu, sepatutnya, yang memakai topeng muka hanyalah mereka yang menghidapi virus tersebut, ataupun mereka yang mempunyai ILI (influenza like illness) bagi mengelakkan cairan dari batuk atau bersin mereka terkena pada orang lain.
Fakta 2: Topeng muka yang mempunyai 3 lapisan (seperti dalam rajah) hanya memberi perlindungan yang sangat terhad daripada seseorang itu dijangkiti H1N1. Orang yang sakit sahaja yang perlu memakai topeng muka ini. Jangkitan H1N1 tidak berlaku melalui udara.
Fakta 3: Jika berada berdekatan dengan mereka yang terkena jangkitan, pada masa ini, penggunaan topeng muka biasa (seperti gambar diatas) sahaja tidak mencukupi. Anda perlu memakai topeng muka N95(respirator) (gambar dibawah) seperti yang disarankan CDC.
Apa yang kita dengan melalui media kerajaan amatlah mengelirukan sekali. Perkara yang seharusnya ditekankan adalah:
1. Menjarakkan diri daripada mereka yang sakit terutamanya yang mempunyai simptom flu, ILI. Jarak terbaik adalah 1 meter lebih.
2. Batuk dan bersin menggunakan tisu, jika tidak ada tisu, batuk ke atas lengan baju anda. Jangan sesekali batuk atau bersin menggunakan tangan.
3. Mengutamakan kebersihan tangan kerana bersentuhan dengan mereka yang bersin atau batuk ketangan (mempunyai virus) akan menyebabkan jangkitan. Juga untuk membersihkan tangan daripada terkena jangkitan virus melalui sentuhan dengan permukaan objek seperti meja, sinki yang tercemar virus H1N1.
4. Membawa sebotol kecil pencuci tangan alkohol ataupun sabun pembasmi kuman (seperti Dettol, Antabax) didalam beg setiap masa terutamanya jika anda keluar membeli belah dimana anda terpaksa menggunakan tandas awam.
p/s: jika semua mereka yang sakit mengamalkan peraturan menggunakan topen muka 3 lapis, maka mereka yang sihat walafiat sebenarnya tidak perlu memakai topeng. namun begitu, oleh kerana terdapat juga antara mereka yang sakit enggan memakai topeng, maka yang terbaik sebenarnya adalah kita menggunakan topeng N95.
Sumber : http://info-h1n1.blogspot.com & http://medicine.com.my
Sumber : http://info-h1n1.blogspot.com & http://medicine.com.my
No comments:
Post a Comment