بسم الله الرحمن الرحيم
Assalammualaikum w.b.t
Ummat Bersatu Bertambah Mutu,
Tiada Pepecahan Tiada Perbalahan
Tempoh masa pengundian semakin dekat, semua orang hangat mengatakan tentang pilihanraya yang tahun ini boleh dikatakan agak panas kerana calon kedua-duanya yang saya rasakan agak mantap. Seorang calon dengan motonya 3K(Kualiti,Kebajikan dan Kebebasan), manakala saudara Ashraf dengan gelombang perubahannya 3R (Revoke,Reform,Rebrand).
Azizi dengan berlatarbelakangkan pengetahuan yang mendalam dalam agama. Manakala saudara Ashraf walaupun tidak berlatarbelakangkan sekolah agama, tetapi tidak kurang hebatnya.
Jika dilihat kepada Azizi,beliau boleh dikatakan seorang calon yang lengkap, bak kata seorang calon EXCO yang akan bertanding “apabila ditiup buih,nampaklah kejernihannya, dah cukup lengkap 10 in 1,sokonglah Azizi “.Dari apa yang dikatakan, Azizi merupakan seorang calon yang sempurna dengan pengalaman dan ilmu untuk memegang tampuk pemerintahan PCM. Saya menyokong dan tidaklah saya nafikan.
Mari pula kita mengenali saudara Mohd Ashraf bin Shabadin, saya mengenali Mohd Ashraf bin Shabadin adalah semasa saya mengikuti kursus bahasa Arab di UKM yang dianjurkan oleh GMN. Ketika itu saya melihatnya seakan orang biasa sahaja, tidaklah hebat mana, dengan baju yang dipakainya biasa, kasutnya biasa, boleh dikatakan semuanya biasa. Siapalah dia jika nak dibandingkan dengan orang lain. Masa berlalu,kami terbang ke Mesir,di sinilah saya melihat ciri-ciri kepimpinan beliau, masalah yang dihadapi kami apabila tiba disini adalah yuran kami mahal dari sepatutnya iaitu 4000 pound sterling berbanding 3300 pound sterling yang sepatutnya dibayar. Oleh sebab rasa kebertanggungjawaban, dia dan beberapa rakan lain seperti Nasarudeen, Hanif Mahmud, mereka lantang bersuara menginginkan hak kami dikembalikan dan Alhamdulillah,Ashraf dan rakan-rakan berjaya.Dari situlah saya percaya Ashraf boleh menjadi seorang pemimpin seperti Hanif Mahmud dan lain-lain.
Semakin hari,semakin lama di Mesir, semakin lama dari bumi Malaysia, saya lihat saya dan rakan-rakan mula dibuai dengan keseronokkan masa yang berlebihan. Ini tidak berlaku kepada Ashraf, mungkin kerana prinsipnya yang teguh untuk menjadi seorang student yang berjaya. Ashraf saya kenali beliau sebagai orang yang memegang prinsip hidup dan tidak mudah hanyut dengan tarikan-tarikan yang tidak sepatutnya. dia juga cenderong untuk mendalami ilmu agama dengan banyak menghadiri kelas-kelas agama,menghafal hadis-hadis, dari itu saya dapat menilai beliau, beliau bukan seperti orang-orang biasa,dia mempunyai prinsip dan boleh berubah dan mahu berubah.Dia sering menasihati rakan-rakan supaya terus belajar. Hasil kesungguhan beliau, Ashraf merupakan salah seorang pelajar cemerlang batch kami.
Empat tahun di mesir,
TIba saat pilihanraya, saya buntu memikirkan calon yang akan saya pilih untuk memegang tampuk PCM, sama ada memilih Azizi atau Ashraf yang sama-sama hebat.
Saya melihat situasi di Mansoura sekarang, kebanjiran student yang ramai menyebabkan Mansoura menjadi tumpuan bukan sahaja setakat di mesir, hatta di serata dunia sekalipun, sebutlah di mana sahaja, kedai kopi hinggalah ke Mesyuarat Agung UMNO menyebut tentang Mansoura.Apa yang menyebabkan Mansoura begitu gah namanya?kerana isu sosialnya,isu perbalahannya?. Dek kerana nama Mansoura begitu hebat. Pemimpinnya hendaklah hebat.
Mansoura adalah muhafazah yang unik kerana rata-rata pelajarnya datangnya dari pelbagai latar belakang. (Medic Mesir , Global Medic Network , Kelantan Medical Service , KPT , YT ,YIK ,JPA,MARA). Uniknya Mansoura juga kerana mempunyai dua sistem pembelajaran yang berbeza, Conventional dan Mansoura Manchester Program, Ini tidak ditambah lagi dengan jemaah-jemaah yang telah sedia ada di Mesir samada ISMA, JIM,PMRAM,UMNO dan sebagainya. Keunikan inilah menyebabkan pemimpin Mansoura perlu bertungkus lumus untuk menyatukan semua pelajar Mansurah di dalam satu persatuan yang boleh menjaga kebajikan semua pelajar di samping masalah-masalah social yang harus ditangani.
Mansoura memerlukan ketua bagi menyatupadukan kesemua ahlinya,saya tertarik dengan artikel berbahasa Indonesia ini untuk mengatasi masalah2 sosial yang digeruni ....
MUSLIM BERSATU TAK BISA DIKALAHKAN
Mendamba Persatuan
Ini buka hitung-hitungan besar kecil suatu golongan, tapi ini tentang persatuan yang mengundang berkah. Kita masih mengingat, ketika dalam sejarah Nahdlatul Ulama (NU) tercatat meninggalkan Masyumi. Muktamar Palembang, 5 April 1952 menyetujui putusan PBNU untuk keluar dari Masyumi. Selanjutnya kita mengetahui, Nahdlatul Ulama mengibarkan bendera politiknya sendiri. Sejak saat itu kekuatan Politik Islam di Indonesia tidak pernah lagi menjadi signifikan.
Politik pernah mampu menyatukan kekuatan Islam. Tapi politik juga lebih sering menjadi pasal utama terpecah-pecahnya kekuatan Islam.
Sudah waktunya ummat ini menentukan alasan yang lebih besar untuk menyatukan diri. Sudah saatnya kita membangun agenda bersama yang tidak saja menyatukan ummat pada tahapan cita-cita, tapi juga mampu mengukuhkan ummat pada proses aksi dan rencana.
Ukhuwah Islamiyah menjadi kata yang sering kita dengar. Diteriakkan di atas mimbar-mimbar, ditulis berlembar-lembar, ditelaah di dalam konferensi dan seminar. Tapi hanya berhenti sampai disana, tak pernah lebih jauh lagi perjalanannya.
Usaha mempersatukan ummat ini, telah dirintis jauh-jauh hari, oleh banyak orang, dan telah meninggalkan banyak warisan. Dalam sejarah Islam kontemporer kita mencatat banyak nama. Muhammad Abduh dan Jamaluddin Al Afghani, seumur hidupnya dibaktikan untuk membangkitkan ruh persatuan ummat Islam.
Jamaluddin Al Afghani begitu Concern pada Pan Islamisme, demi membebaskan kaum muslimin dari cengkeraman kolonial. Sedangkan Muhammad Abduh menitikberatkan menyelesaikan masalah di bidang pendidikan dan pemurnian akidah, sebagai landasan utama persatuan ummat Islam. Diseluruh tempat yang disinggahi, dan disemua golongan disentuh, kedua tokoh ini menyeru-nyeru untuk bersatu. Penyatuan negara-negara Islam dan kaum Muslimin di seluruh dunia.
Tongkat estafet lalu diteruskan oleh Rasyid Ridha, yang juga tak kalah gigih berusaha untuk mengeratkan ummat Islam dalam satu ikatan. Rasyid Ridha menyeru kepada Ummat Islam agar kembali kepada Al-Qur’an dan As-Sunnah untuk mewujudkan persatuan. Ia mendukung ide khilafah, pemerintahan berbasis ulama dan menentang pengaruh Barat yang melemahkan ummat.
Setelah itu kita mengenal nama yang lainnya. Ada Imam Syahid Hasan Al Banna dengan Ikhwanul Muslimin. Ada pula Abu A’la Al-Maududi dengan Jamaat Islami. Di Indonesia sendiri ada tokoh- tokoh seperti H.O.S Tjokroaminoto, A. Hassan, Muhamad Natsir dan banyak lagi. Mereka begitu mendamba persatuan ummat Islam. Persatuan yang akan membuat ummat dan agama ini menjadi lebih tinggi dalam peradaban manusia.
Kebangkitan Dakwah
Dalam 10 tahun terakhir, di negeri ini semarak dakwah begitu gegap gempita. Seluruh jenis harakah menemukan momentum untuk lebih maju, berkembang dan memperkuat jama’ah. Jika pada tahun 1970-an kita begitu sulit menemukan Muslimah - muslimah berjilbab dijalan-jalan, suasana mulai berganti pada tahun 1980-an. Pada tahun ini mulai ada perlawanan atas pengekangan. Jilbab mulai merambah kampus dan sekolah, meskipun pemakainya harus berhadapan dengan pengadilan.
Dengan berselangnya waktu, dengan begitu banyak lahirnya harakah bernafas dakwah, kita bisa lihat. Jama’ah Tarbiyah yang dengan Jama’ahnya mampu melahirkan PKS, yang hari ini seluruh kadernya nyaris merata dari Sabang hingga Papua. Ada pula Hizbut Tahrir Indonesia (HTI) yang berhasil menggelar Konferensi Khilafah Internasional yang konon dihadiri lebih dari 100.000 kaum muslimin dari seluruh Nusantara. Ada Jama’ah Salafy yang halaqah pengajiannya selalu dibanjiri dan memikat orang-orang yang ingin mengimplementasikan As-Sunnah dalam kehidupannya. Begitu juga Jama’ah Tabligh yang hampir setiap tahun menggelar pertemuan akbar di Jakarta Utara dan dihadiri oleh ribuan Manusia. Majelis Mujahidin Indonesia dan Front Pembela Islam juga menarik perhatian bagi kaum Muslimin yang ingin mengabdi pada penegakan Amar ma’ruf nahy munkar.
Fenomena diatas belum lagi ditambah dengan Ustadz dan dakwah perorangan. Abdullah Gymnastiar ( I Love you A’ :d ) masih menjadi magnet setiap kali pengajian. Arifin Ilham dengan gerakan dzikirnya menjadi warna tersendiri untuk Indonesia. Yusuf Mansyur. Motivasi sedekah yang diusungnya menjadi motor tersendiri. Bahkan Habib Mundzir Al Musawa dengan Majelis Rasulullah yang dipimpinnya menjadi kekuatan tersendiri yang menyebarkan kecintaan pada sang Nabi.
Hari ini jumlah populasi dunia kurang lebih diperkirakan oleh PBB sebanyak hampir 6 milyar manusia. Jumlah kaum Muslimin kurang lebih 1,6 milyar atau hampir seperempat penduduk dunia. Dari angka diatas, jumlah Muslim terbesar di Asia Tenggara nyaris 400 juta jiwa, meliputi negara-negara seperti , Malaysia, Indonesia, Thailand, Brunei, Philipines, bahkah Singapura.
Di antara negara-negara diatas, Indonesialah negara yang jumlah Muslim paling dahsyat, hampir 200 juta manusia yang bernaung di berbagai jamaah dan harakah. Bagi kaum muslimin jumlah, angka hampir 200 juta jiwa adalah kekuatan yang luar biasa. Tapi bagi musuh-musuh Islam, angka 200 juta jiwa adalah ancaman yang ada di depan mata. Kita ingin bersatu, tapi mereka mati-matian memecah belah. Kita ingin menjadi kuat, tapi mereka begitu gigih membuat kita lemah.
Tapi dari segalanya, bukan acaman dari luar yang mengkhawatirkan, tapi kesanggupan untuk bersatulah yang mesti dipertanyakan. Betapapun kuatnya musuh-musuh Islam, ketika kaum muslimin bersatu, Insya Allah tak bisa dikalahkan.
Sesungguhnya ummat ini lebih mudah untuk bersatu dari pada berpecah belah. Sebab kita adalah ummat yang saling mengasihi sesama, dan lebih tegas pada orang Kafir. Seperti yang ada dalam firman-Nya : “ Muhammad itu adalah utusan Allah dan orang-orang yang bersama dengan dia adalah tegas terhadap orang-orang kafir, tetapi berkasih sayang sesama mereka. Kamu melihat mereka ruku’ dan sujud mencari karuni Allah dan keridhaan-Nya, tanda-tanda mereka tampak pada muka dari bekas sujud.” (QS. Al-Fath: 29)
Sudah saatnya kita menentukan agenda besar bersama, lalu bergandeng tangan dalam jama’ah mewujudkan Islam sebagai rahmat alam semesta. BERSATULAH KAUM MUSLIMIN. Hilangkan fanatisme golongan. Wallahu ‘aliimun Hakiim
Artikel ini menyedarkan saya,betapa pentingnya kita bersatu sekarang...pemimpin yang saya lihat sekarang boleh membawa kepada kesatuan semua pelajar Mansoura adalah saudara Mohd Ashraf bin Shabadin kerana mempunyai networking yang baik antara semua pelajar di Mansoura sendiri. Kita mulakan dari Mansoura bersatu,semoga idea kesatuan akan berkembang ke seantero dunia seterusnya terbentuknya semula sistem khalifah. Kebanjiran pelajar Mansoura Manchester menyakinkan saya untuk memilih saudara Ashraf. Ini adalah kerana , PCM sekarang ni boleh dikatakan core Conventional, Manakala MMC dikatakan Core Mansoura Manchester. Saya membayangkan perkara ini setelah 3 atau 4 tahun yang akan datang, jika PCM masih core dengan ahlinya pelajar conventional, bagaimanakah masa depan pcm kelak yang mana ahli conventionalnya makin sedikit saban tahun manakala pelajar mansoura Manchester semakin bertambah.Masihkah qudwah hasanah PCM yang kita sayangi sekarang dapat kita kekalkan.
Melihat jarak yang jauh antara satu persatuan ke satu persatuan yang lain di Mansoura,saya merasakan betapa pentingnya orang yang boleh menyatukan semua kerana dakwah adalah lebih mudah jika dai” lebih mudah mendekati golongan-golongan yang akan didakwah.MAKSUD SAYA DI SINI TIDAK AKAN TERHALANGLAH DAKWAH DENGAN PERBEZAAN PERSATUAN.Harap gelombang perubahan ini dapat menyatukan seluruh pelajar mansurah dan seterusnya ummat sejagat.Anda penentu Undi Anda,fikirlah apa yang terbaik, UMMAT BERSATU BERTAMBAH MUTU, TIADA PEPECAHAN TIADA PERBALAHAN.
Daripada Abu Hurairah r.a, katanya, Rasulullah bersabda, bermaksud: "Ditunjukkan amalan itu kepada Allah oleh kalangan malaikat pada hari Isnin dan Khamis. Lalu Allah memberikan pengampunan kepada setiap orang yang tidak menyengutukan Allah dengan sesuatu, melainkan (Allah tidak mengampunkan) seseorang yang antara dirinya dan saudaranya ada rasa kebencian (dalam hati masing-masing). Lalu Allah berfirman: "Tinggalkanlah kedua-dua orang ini, yakni jangan dihapuskan dosanya sehingga kedua-duanya berdamai semula." - (Riwayat Muslim)
Hasil Nukilan
Seorang Sahabat Seperjuangan
Batch 0708
Wassalam