بسم الله الرحمن الرحيم
Assalammualaikum w.b.t
Salam Hari Abah.
Sudah terlewat sehari. Kenapa Hari Bapa hanya hadir satu hari dalam 365 hari? Sangat tidak adil. Abah kita berkorban setiap hari untuk kita. Everyday is Father's Day.
Abah Penyokong Kuat Pasukan Bola Sepak Kedah.
Sudah tentu abah kecil hati, terasa, sebab post untuk Hari Bapa lewat sehari. Kenapa kita tidak sebut Selamat Hari Abah ? ataupun Hari Abi, Hari Abuya (khas untuk Ubai sekeluarga) - Bukankah bunyinya lebih sweet. Seakan kalau boleh dibayangkan hubungan dengan abah kita lebih rapat dan manja. Jika disebut bapa, bapa bunyinya keras, seakan bapa tu garang dan bossy. Ermm..terfikir tak? Mungkin sahabat lain ada pandangan lain, mungkin saya terlebih prejudis terhadap kata panggilan 'bapa'.
Selamat Hari Bapa diucapkan kepada abah saya, En. Pauzin B. Kadir.
Umur abah saya bukanlah muda. Lahir tahun 1962. Beza umur dengan mak saya 7 tahun. Lazimnya bagi keluarga lain, mak muda daripada abah, tapi keluarga saya berbeza abah saya muda 7 tahun daripada mak saya. erm.. SWEET kan?? Siapa yang ada pasangan pilihan yang lebih tua daripada diri sendiri tu bolehlah cepat-cepat masuk meminang.
Apa istimewa abah saya ni? Abah saya seorang yang happy go lucky, penyabar. Susah benar nak dengar abah saya marah. Tapi bila gunung berapi dah meletus semua senyap. haha..takut!! Yalah sebab tak pernah kena marah bila abah naik angin 4 5 bulan sekali terkaget kaku kami 3 beradik.
Yang paling menarik, abah saya dikurniakan darjah kebesaran daripada Yang Berbahagia Puan Rubiah (mak saya) - Pingat PJK. PJK - singkatan bagi PERUT JAUH KEDEPAN. Fahamkan?? haha.. :D Abah saya baru dapat pingat PJK tahun lepas. Mak saya pernah sebut '' Dulu masa mula kahwin pinggang abah 29 cm je , sekarang ni dah 44 cm, senang hati selalu kot '' so sweet of you mak.
Abah dan Mak bersama Y.B Nasir Zakaria, Adun Kubang Rotan.
(Y.B Nasir hadir untuk sembelih lembu semasa walimatulurus adik perempuan saya )
Istimewanya abah saya, abah sangat berminat dan berbakat dalam seni. Melukis, fotografi, videografi dan ada beberapa seni pelik. Tidak dapat saya sebut. Masa sekolah rendah dan menengah, kalau ada kerja sekolah berkaitan seni, abah sayalah insan yang akan bagi idea nak lukis apa, nak cat warna apa, perspektifnya bagaimana, tona warna perlu harmoni ke tidak, sampai kadang-kadang kerja seni saya memang sepenuhnya hasil kerja tangan abah saya. Saya bukan tidak ada bakat, haha, ada, tapi saya selalunya berkehendakkan suatu hasil yang sempurna.
Kalaulah ada Anugerah Penglipur Lara Terbaik, saya akan anugerahkan kepada abah saya. Abah saya memang suka bercerita. Kisah-kisah yang disampaikan semuanya berkaitan kami sekeluarga dan sejarah. Abah seorang yang sentimental, suka mengimbau kenangan lalu. Lazimnya abah akan bercerita di dalam kereta sepanjang perjalanan dari rumah kami ke kampung (Gopeng, Perak atau Kuala Nerang, Kedah). Abah sukakan suasana yang nyaman, ada pepohon, tidak sukakan kesesakan. Jadi selalunya perjalanan pulang ke Gopeng Perak kami akan gunakan jalan lama. Melalui batang jalan yang berpohon, melihat rumah-rumah kampung ditebing jalan kami sambil mulut abah bercerita tentang sejarah-sejarah lama tentang hidup kami ataupun hidup abah sendiri. Jadi saya akan duduk dibahagian depan dan mak duduk di tempat duduk belakang sebab mak saya sudah jelak mendengar cerita-cerita abah. hahahaha. Abah, abang balik nanti kita balik kampung ya? Sudah lama tak dengar cerita abah.
Gambar ni abah saya send guna MMS kepada saya di Mesir - Tajuk gambar 3 BOTAK
Abah sebagai kawan saya. Saya suka politik, jadi saya selalu berbual berkenaan politik dengan abah. Man to Man Talk. It's really really great. Rasa macam diri dihargai. sweet of you abah.
Kawan saya kawan abah juga. Haha..Part ni sangat menarik. Abah sangat peramah dengan sahabat-sahabat saya. Abah saya tidak keberatan hendak keluar minum dengan sahabat saya meskipun tanpa saya (saya kat Mesir), berbual di kedai kopi, berlawak dan kongsi hobi videografi bersama sahabat saya.
Sudah tentu kehidupan begitu dapat dilalui kerana abah membesar sebagai anak desa, anak desa yang tidak punya banyak protokol dan etiket sosial dalam hidup.Hidup susah sebelum senang.
Impian abah, bila anak-anak dah bekeluarga, abah nak balik hidup di kampung bersama mak. Sebab tenang.
Abah suka menyanyi. Suara abah memang sedap. Tapi abah suka berkaraoke ketika larut malam. Masa semua orang sudah tidur. Abah suka nyanyi lagu "Krooohhhh, Krooohhhh ~~~'' haha.. Nyanyian dengkur. Bahayalah abah, it is a fact that 20% of world population has possibility to face stroke due to snoring during sleep (sleep apnea). Selalulah jogging ya. Got to lose your weight . Me too!!! Aduyaii..
Sejak tingkatan 4, saya belajar di asrama penuh - MRSM Taiping kemudian KMNS dan kini Universiti Mansoura. Jadi saya jarang berada dirumah kecuali ketika cuti panjang. Abah saya ada satu habit yang melekat sampai sekarang, abah saya suka kacau saya semasa saya sedang tidur. Bila saya sudah tidur nyenyak waktu malam, abah saya yang selalunya baru pulang dari kerja (outstation) akan datang dan tidur sebelah saya dan abah akan kepit kepala saya dibawah ketiak beliau. adoii..mula-mula memang tensi, tapi lama-kelamaan sudah biasa. Abah, abah ~
Kalau hendak cerita pasal abah memang tidak akan habis. Banyak sangat perkara yang boleh dinukilkan tentang abah. Namun ini sahaja dapat saya ceritakan dalam coretan ini. Saya berbangga memiliki abah. Abah, meskipun kita tidak kaya seperti Donald Trump, Syed Mokhtar dan ahli-ahli poltitik di Malaysia, namun kehidupan keluarga kita bahagia. Rezeki daripada gaji abah dan mak sudah cukup untuk mendidik anak-anak abah ini untuk menjalani kehidupan penuh bermakna. Bermakna kerana kami punya asas yang selesa dalam menjalani masa depan.
Kami Sekeluarga - Semasa Majlis Persandingan Adik Perempuan Saya
Abah, abang rasa abang tidak mampu untuk berkorban sebagaimana pengorbanan yang abah lakukan untuk abang. Meskipun abang bukanlah darah daging abah tapi kasihmu abah tidak pernah berbelah bagi. Terima Kasih. Jarang sekali kalimah Terima Kasih abang ungkapkan. Maafkan abang. Abang selalu leka dengan hidup abang hingga kadang-kadang terabai amanah abang terhadap mak dan abah.
Abah, tiada siapa yang sempurna, tapi hadirnya kita 5 sekeluarga menyempurnakan keluarga kita.
Semoga penghidupan kita sentiasa diberkati.
Sekian,
Wassalam
5 comments:
mantap la luwoh... Ayah hang penyokong setia kedah noh...kenari terbang tinggi!!!
haha.
mantap..mantap apa?
ni sapa nie? abg zul ka? atau abg wafi? awat bangun awai abg wafi.jgn imam solat subuh ka? arini tidoq umah mana? haha
wah..sweetnye kamo~
mesti ayah kamu terharu baca :D
eh, bukan pingat PJK tu dia bagi anak beranak ke???
lalala~
tweet la luo. patut gula kat umah slalu abeh...:p
fana ~ kamo lagi sweet..akak yg bertanggungjawab membela nasib adik-adik ketika mereka teraniaya..bole jadi menteri pembangunan wanita dan kebajikan masyarakat yea..
abuHumairah ~ oo pingat kurniaan xsemestinya diwarisi..hanya mereka yg punya gene yg sama akan bangga mewarisi..hehe
Post a Comment