Sunday, January 11, 2009

Kenyataan 40 Ulamak Al-Azhar & Mesir Tentang Gaza

Amanat Penting Demi Gaza




copy-of-sy-al-birri-us-halim1



Asy-Syeikh Muhammad Abdul Mun’im Al-Birri (kiri) di depan Universiti Al-Azhar, Kaherah pada bulan Jun 2008 lalu. Beliau memegang jawatan Ra’is Jabhah Ulamak Al-Azhar (Ketua Barisan Ulamak Al-Azhar) yang mengetuai seluruh Ulamak Al-Azhar di Mesir. Mesir banyak mengajar saya erti perjuangan, cinta ilmu, ikhlas dan tawadhuk




.

Kerakusan Yahudi yang dilaknat Allah swt membunuh umat Islam Palestin yang dikepung ketat oleh Israel dan Mesir, serta tiada tindakan ketenteraan yang diambil oleh Kuasa-kuasa Besar Dunia dan Kerajaan-kerajaan umat Islam telah disaksikan sendiri oleh Umat Islam dan masyarakat antarabangsa. Sudah terang lagi bersuluh. Penyembelihan sudah masuk minggu ke 3. Kini rakyat jelata dan masyarakat boleh menilai sendiri sejauh mana kefahaman dan perangai pemimpin masing-masing terhadap Islam dan umatnya. “Medan kata-kata tidak sama dengan medan amal. Medan amal tidak sama dengan medan Jihad. Medan Jihad yang salah tidak sama dengan medan Jihad yang Sahih yang berhasil lebat dari pengorbanan yang minimal dan optimal” (Hasan Al-Banna). Gerakan Ikhwan Muslimin Mesir dan Universiti Al-Azhar walau berdepan dengan berbagai halangan, namun ikatan dan sumbangan moral dan material umat Islam Mesir tetap sampai ke Gaza sejak bertahun-tahun lalu. Mesir tetap abang kepada adiknya Gaza walaupun cuba dihalangi oleh mereka yang korup dan tembok di Laluan Rafah di sempadan antara mereka. Berikut adalah kenyataan umum yang ditandatangani oleh 40 orang ulamak besar Al-Azhar dan Mesir mengenai perang yang sedang dilakukan oleh tentera Yahudi ke atas umat Islam di Gaza, Palestin. Semoga ianya menjadi iktibar, kayu ukur, sikap, asas tindakan kita bersama. Kepada Allah jua kita memohon keampunanNya di atas kealpaan kerajaan dan umat Islam di zaman kita ini serta kelemahan diri kita sendiri dalam menunaikan hak saudara seIslam di Gaza. Ameen





.

ibu-4-anak-dibom






Dengan nama Allah, Maha Pemurah, Maha Penyayang



KENYATAAN UMUM :

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Tiada Tuhan selain Dia, Maha Kuat, Maha Penentu, Maha Perkasa, Maha Menguasai, Maha Esa, Maha Menentukan. Di dunia dan di langit ini tiada satu pun yang boleh melemahkanNya. Selawat dan salam ke atas penghulu kita Muhammad, hamba Allah dan RasulNya, imam para Mujahideen dan pemimpin pembukaan wilayah-wilayah Islam.



120px-man_see_school_nakba




Sesungguhnya kejadian-kejadian yang berlaku sekarang ini di bumi Islam dan umat Islam, di bumi Gaza, Palestin yang bangkit teguh berdepan dengan pencerobohan dan penyembelihan yang diinkari oleh apa sahaja nilai, akhlak dan kemanusiaan semuanya, mewajibkan kami, sekumpulan para ulamak dan pendakwah di Mesir, menandatangani Kenyataan Umum ini sebagai mengemukakan pandangan kami, tanggungjawab kami di depan Allah swt dan menjelaskannya kepada orang ramai.




PERTAMA : Sesungguhnya Palestin yang diberkati Allah swt seperti yang disebut di dalam Al-Quran adalah bumi Islam dalam erti kata yang sebenarnya, Kiblat Pertama, di dalamnya terdapat masjid yang kedua di bina di atas muka bumi, masjid ketiga suci bagi umat Islam dan tempat israk Rasul kita saw. Oleh kerana itu, sesiapa pun tidak boleh mengalah dan menyerahkan walau seinci dari buminya kepada orang-orang bukan Islam. Firman Allah swt bermaksud, “Maha suci Tuhan yang mengisrakkan (menggerakkan) hambaNya di waktu malam dari Masjidil haram ke Masjidil Aqsa yang Kami berkati sekelilingnya, agar Kami memperlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda (kekuasaan) Kami” (Al-Israk:1).




bush_israel_thumbnail



KEDUA : Zionis Antarabangsa yang berwajahkan Israel adalah manusia yang paling sengit permusuhannya terhadap orang-orang beriman disepanjang sejarah mereka. Telah jelas dan terbukti permusuhan mereka terhadap Allah dan rasul-rasulNya. Merekalah dalang setiap kejahatan, kerosakan, memunkiri perjanjian, menghalalkan perkara-perkara yang diharamkan Allah, khianat dan berdendam terhadap sesiapa sahaja yang berinteraksi dan mendekati mereka. Sesungguhnya mereka telah menceroboh bumi Palestin dengan mengusir dan membunuh penduduknya yang beragama Islam melalui dokongan berterusan dari Negara-negara Barat yang zalim dan bermusuhan. Firman Allah swt bermaksud, “Sungguh kamu akan dapati manusia yang paling sengit permusuhannya terhadap orang-orang beriman ialah orang Yahudi dan orang-orang musyrik” (Al-Ma’idah:82). Zionis Israel ini adalah kumpulan yang menceroboh dan menjajah bumi Palestin. Oleh itu Kebenaran mestilah dikembalikan semula kepada tuannya walau panjang mana berlalunya zaman. Kita tidak redha dan tidak menerima Penjajahan zalim dari puak Zionis ini terhadap Bumi Suci kita.




82px-oldwoman_cry_baby_nakba




KETIGA : Jihad dijalan Allah dan Penentangan Bersenjata adalah pilihan yang strategik ke arah mengembalikan bumi yang diceroboh dan hak yang dicuri. Zionis sebenarnya tidak mengetahuii bahasa dalam bentuk perbincangan dan tidak memahami makna Perdamaian. Cara mereka ialah pembunuhan dan melakukan kerosakan di bumi. Oleh itu kami yakin bahawa satu-satunya bahasa yang difahami oleh mereka iala bahasa Jihad dengan segala cara dan jenis. Jangan dihentikan Jihad melainkan setelah orang Zionis yang terakhir keluar dari bumi Palestin. Firman Allah swt bermaksud, “Dan persiapkan (diri kamu dalam) menghadapi mereka (dengan) apa (sahaja) yang kamu mampu dari (bentuk-bentuk) kekuatan, dan dari kuda-kuda yang disiap siaga. Dengan (kekuatan) itu kamu menakutkan musuh Allah dan musuh kamu” (Al-Anfaal:60).






ismail-haneah-01


Ismail Haniyeh dari Gerakan HAMAS, Perdana Menteri Palestin yang memenangi Pilihanraya Umum II pada 25/1/2006. Amerika dan Israel telah melakukan sekatan ketas 1.5 juta penduduk dan membunuh hingga kini 800 orang untuk cuba merubah Kerajaan HAMAS secara paksa untuk digantikan dengan sebuah kerajaan yang tunduk kepada Penjajahan Barat dan Yahudi.





93px-mother_baby_nakba




KEEMPAT : Mereka yang mengambil jalan Jihad dan Penentangan sebagai jalan mereka, memikul ruh-ruh mereka di atas bahu, menyumbangkan para Syuhadak, harta, mengorbankan apa yang mahal dan bernilai sebagai harga untuk membebaskan bumi ini, sekalipun musuh memiliki kelengkapan ketenteraan canggih dan kekuatan menyerang penuh kejam yang menyerlahkan kebencian membabi buta mereka terhadap setiap orang Islam, mereka itulah dari golongan yang dimenangkan dengan izin Allah. Mereka layak didokong, dibantu dan ditolong. Sabda Rasulullah saw bermaksud, “Akan terus ada satu golongan dari umatku yang terus terang di atas kebenaran, menentang musuh-musuh mereka sehingga datang ketentuan Allah sedang mereka masih dalam keadaan demikian. Seseorang Sahabat bertanya, “Dimanakah mereka ya Rasulullah ?”. Baginda saw menjawab, “Di Baitul Maqdis dan di sekeliling Baitul Maqdia”. (Hadis riwayat Ahmad).





KELIMA : Di sini kami ingin mengingat dan menegaskan peranan masyarakat dunia dalam membantu mereka dalam isu ini dan kewajipan di segi Syarak yang agama kita mewajibkan ke atas mereka ialah berjihad di jalan Allah dengan erti kata yang sebenar-benarnya, menyumbang bantuan material, melakukan pemboikotan ekonomi, politik dan kebudayaan terhadap Israel dan terhadap negara-negara yang mendokongnya samada di Barat atau Timur, menolak untuk mengadakan hubungan dengannya dalam apa jua bentuk sekalipun. Kami menegaskan bahawa haram berinteraksi dengan badan Zionis ini dan dengan sesiapa yang mendokongnya dalam apa bentuk sekalipun.







Kita wajib berpendirian seperti firman Allah swt bermaksud, “Dan janganlah kamu merasa hina, dan jangan (pula) merasa sedih sedang kamulah yang paling tinggi sekiranya kamu orang-orang beriman. Jika kamu ditimpa kesakitan, maka (ketahuilah bahawa) mereka juga ditimpa sakit seperti kamu. Demikianlah Kami mempergilirkan hari-hari (turun naik dan suka duka) dikalangan manusia. Dan supaya Allah mengetahui (siapa benar-benar) orang-orang beriman dan supaya Dia mengambil para Syuhadak dari kalangan mereka. Dan Allah tidak suka orang-orang zalim” (Ali Imran : 139-140).







Menjadi kewajipan sekelian umat Islam agar bersatu dan berhimpun di bawah satu kepimpinan. Setiap dari kalangan mereka menjalankan peranan masing-masing dan meninggalkan segala bentuk perselisihan yang dimurkai Allah yang membantutkan Jihad dijalanNya. Firman Allah swt bermaksud, “Dan berpegang tuguhlah kamu dengan tali Allah dan jangan kamu berpecah belah. Dan ingatlah nikmat Allah ke atas kamu ketika kamu dulu bermusuh-musuhan lalu Allah menyatukan hati-hati dan dengan nikmatNya kamu jadi bersaudara”. (Ali Imran : 103).







Ini adalah kenyataan umum kepada orang ramai. Setiap orang menanggung tanggungjawab msing-masing. Kepada para Mujahideen di Gaza, Palestin dan di mana sahaja bumi Islam yang sedang dijajah, kami katakan kepada mereka bahawa sesungguhnya dengan darah, kamu telah membayar harga Iman, keagungan dan kemuliaan. Oleh itu teguhlah kamu, maralah ke hadapan dan bersabarlah. Allah bersama kamu dan Dia sekali-kali tidak akan mensia-siakan amalan-amalan kamu. Firman Allah swt bermaksud, “Orang-orang yang apabila manusia berkata kepada mereka “Sungguh manusia telah menghimpunkan (kekuatan) untuk (memerang) kamu, maka takutkan kamu kepada mereka. (Namun yang jadi sebaliknya) maka bertambah keimanan mereka lalu berkata, ‘Cukuplah kami dengan Allah. Dialah sebaik-baik Pelindung” (Ali Imran : 173).







Ditandatangani oleh :




1. Dr Muhammad Abdul Mun’im Al-Birri - Ketua Barisan Ulamak Al-Azhar

2. Dr. Nasr Farid Wasil

3. Dr Zaghlul An-Najjar

4. Dr Abdul Sattar Fathullah Said

5. Dr Muhammad Ammarah

6. Dr Al-Fattah Asy-Syeikh

7. Dr Safwat Hijazi

8. Ustaz Asy-Syeikh Jamal Qutb

9. Ustaz As-Syeikh Ahmad Al-Mahlawy

10. Dr Abdul Halim Uwais

11. Dr Mohd Rakfat Uthman

12. Dr Abdullah Barakat

13. Dr Abdullah Samak

14. Ustaz Asy-Syeikh Abu Ishak Al-Huwainy

15. Ustaz Asy-Syeikh Hazim Solah Abu Ismail

16. Ustaz Asy-Syeikh Mohd Jibril

17. Dr Solah Sultan

18. Ustaz Asy-Syeikh Ahmad Halil

19. Dr Mohd As-Soghir

20. Ustaz Asy-Syeikh Saleim Abu Al-Futuh

21. Dr Ahmad Al-Assal

22. Dr Hazim As-Sarsawy

23. Dr Abdul Rahman Foudah

24. Ustaz Asy-Syeikh Mohd Mustafa

25. Dr Hussein Syihatah

26. Dr Solah Harun

27. Ustaz Asy-Syeikh Salamah Abdul Qawiyy

28. Dr Jamal Abdul Hadi

29. Dr Hasan Ubaid

30. Ustaz Asy-Syeikh Mohd Abdul Fattah

31. Dr Ahmad Abu Huzaifah

32. Dr Alak As-Sayyid Abdul Rahim

33. Dr Umar Abdul Aziz

34. Ustaz Asy-Syeikh Rejab Zaki

35. Dr Mazin As-Sarsawy

36. Ustaz Asy-Syeikh Ahmad Sabry

37. Ustaz Asy-Syeikh Ahmad Al-Juhayny

38. Ustaz Asy-Syeikh Muzhir Amin

39. Ustaz Asy-Syeikh Ali Abu Al-Hasan

40. Ustaz Asy-Syeikh Mustafa Al-Azhary






Diterjemahkan oleh :



ust_halim_small21



Ustaz Haji Abdul Halim Abdullah,

Blog INI JALANKU www.inijalanku.wordpress.com



posted by


-Luo-


1st Time BEen TAGGED !! Aiyaaa

~ T.A.G ~


Assalamualaikum..

Adoii..manfaat ke mende nie?? haha..xpela..demi Cik Ihsan yg akan masakkan Bihun Sup buat Luo..kurelakan..haha..jiwang plak.kontroversi statement nie haha..mean nothing la..haha..
Okay..here i go...




a. Do you think you're HOT?


Hot?? Ape kejadahnya musim2 sejuk nie nk hot ?? haha..manede org nilai diri nya sendiri hot ke x..awak rase sy hot ker?? kalo hot bagus la (dalam keadaan tersipu2 malu) haha..poyo giler...lawak tol..kalo bole nilai diri sendiri xyah g exam midterm nie la..haha..bace je nota then buat penilaian sendiri..ngee..sokong x?? tapi sekarang nie tgah hot pasal palestin nie..Takbir!!



b. Upload favorite picture of you!



Gambar Bersama Housemate Sessi 07/08
(haha..ade juga sessi2 nie kan)




c. Why do you like that picture?


Sweet kan gambo nie.ni kami amik kat Mansoura Universiti tatkala dalam perjalanan pulang dari Mo'men (Fast Food Restaurant in Egypt)..suke sebb Posing masing2 smart la..patoo lighting die cantik..kuning2..mcm dalam studio lak..haa.. gambo nie spontaneous ..xplan langsung..sebb tu..ade sentimental value la..ade macm kumpulan nasyid x.??haha..





d. When is your last time you ate your pizza?


Haa...last time makan time bday acap dentist.. on 6 Dec 2008.. bukan makan kat pizza hut..tapi makan kat pizza party.. xminum air2 pepsi cola mirinda fanta dan lain2 yg sekutu dengannya ni haha..makan2 gak..minum2 gak..tapi boikot tetap boikot..hehe.. tapi kalo nk mkan pizza sampai pecah perut g makan kat pizza king or pizza queen..buy one free one.ape2pun..bihun sup cik ihsan juga menjadi pujaan hatiku hahaha hantar jgn xhantar bihun sup tu..buat sambai pedas2 no...




Bersama Ezuwan dan rakan2 dari Volgograd Russia di Alex
beli 3 pizza free 3 pizza
mau pecah perut makan
..sy xde..sebb tgah amik gambonyea..



e. The last song you listen to?


Mengemis Kasih - The Zikr (Currently - Raihan) sedapla lagu nie..bole tangkap nangisnyea..serius..first time dengar lagu ni kat iPhone Amin Akram Amir..patoo..terus daptkan lagu ni daripada jiran sebelah bilik ..mrAbrar Dluffy..dengar la ek..

f. What are you doing right now beside this?


hermm..baru balik dari Suq @ Market nie..penat2..untuk hilangkan penat tu yg tekan2 punat keyboard nie..hehe..demi bihun sup yg ku nantikan..kugagahkan diri ini..haha..bile la nk study nyea..ish3..malas betoi haiiihhh..baloq liat sungguh kata org kedah la..haha



g. What name would you prefer beside yours?

Certainly, I would prefer all of u call me - Khairul Asyraf , Khairul or Asyraf.. panggil name sebenar, kan mendoakan org itu..Khairul Asyraf maksudnyea - sebaik-baik yg mulia..hee..setiap kali dipanggil dengan name tu..setiap kali la org tu mendoakan kite..amin..Tapi skrang mcm2 name gelaran ade.. Luwoh , luo, acap n etc..huuhu..ikut la..nk panggil ape pun..hehe..selagi membawa kpd kebaikan sy teruskan..hehe..giler la..hehe..poyo je..hehe..



h. People I tag?


Alamak!! perlu ke?? huhu nk TAG sape la nie..huhu..haaa...rasenyea.. kite TAG la insan2 yg perlu diGlamorkan ekk..


1- Mr Syukri
2- Abg Mas Ain Encem
3- Abg Hanif Nan SAtu
4- Miss Miriam




i. Who is number 1?


Haa..Mr Muhammad Syukri B Shamsuddin, ex-classmate kat Tepeng dulu..duk kat subang jaya..hot ber'CINTA' ngan kwn sekelas kami gak..haha..jgn mare ek..skrang berada nun jauh di ENgland , study accounting..bakal Gabenor kabinet sy nie haha..ade hati gak aku ni nk jadi PM haha.. senang citer member kamceng la..kawan baek..




j. Number 3 is having relationship with ...?


haa.. yg nie no komen..sebb ni bos saye..hehe..sy ni mandur je dalam unit ekonomi.. Miss Miriam ni perempuan besi dalam unit ekonomi PCM la..hehe.. so xley lebey2..kang bertambah lak keje haha..die ade relationship dengan D*****H ..haha..betul ke??



k. Say something about number 4..


Name glamor..syeikh kabir..nape digelar begitu?? sbg makluman, antara kebesaran Allah SWT dimuka bumi ini adalah dengan kewujudan Abg hanif kite..hehe..seorg hafiz quran..yg penting masih single dan cute hehe..kalo sesap berkenan bole la btaw saye..nanti sy sampaikan..abg hanif kite ni sedang mencari dan dicari..hehe




l. Number 2 is having relationship with?


soal yg 1 ni sensetif sikit..sebb kalo jawab nanti ramai makan hati haha..sebb Bang Mas kite ni..musyrif terhangat.. abeslah makan hati gadis2 solehah diluar sane hehe..jadi baek senyap je kot...bak kate siti..biarlah rahsia..nak kawen nanti..Abg Mas Ain buat press conference k..



Haa.. demikian la kisah nyea..maka selesai la task ni.. Ha..bile da abes buat keje..kene le upah Cik Ihsan oii..hehe..xpe2..jgn la mask bihun sup tu sekarang..susah2 je..kan sibuk skrang nie..hehe.. pass2 exam pun xpe.. cek nie jenis xkesah..asaikan sampai kat umah cek sudah la..hehe...



Wassalam...



posted by
-Luo-

Friday, January 9, 2009

Perokok PENYUMBANG Keganasan Palestin !!!

Para perokok khususnya dari kalangan umat Islam diseru menjadikan kekejaman Zionis Israel ke atas umat Islam Palestin pada ketika ini sebagai keazaman untuk berhenti merokok memandangkan rokok juga kebanyakannya adalah produk dan penyumbang kepada Israel.
Iklan


Bahkan rokok juga terbukti merosakkan kesihatan manusia sedangkan Nabi Muhammad s.a.w. mahukan umatnya bukan sahaja kuat pada rohani tetapi juga jasmani.

Nasihat itu dituturkan Pengerusi Tarbiyyah Dan Kepimpinan Dewan Pemuda PAS Kawasan Merbok (DPPKM), Ustaz Kyairul Asyraf Hussin pada satu program pemuda di sini semalam.

Katanya, umat Islam jangan hanya melaungkan bantahan kepada Israel tetapi pada masa yang sama masih merokok.

"Mulut kita kata kutuk Israel! Tetapi dalam masa yang sama mulut itu juga kita merokok. Bukan Coca-cola, Colgate, McDonald's dan lain-lain itu saja kita kenal sebagai produk Yahudi, rokok pun kita kena masukkan sebagai produk Yahudi," tegas beliau.

Katanya, keupayaan umat Islam di negara ini untuk membantu saudara di Palestin hanyalah dengan doa. Pun begitu ujarnya, doa akan tertolak dari tubuh yang masuk padanya perkara haram.

"Macam mana doa kita hendak diterima kalau masih ada yang haram dalam tubuh kita?" ujar beliau mempersoalkan dengan sebuah hadis dijadikan hujahnya.

Sementara itu, Ketua Pemuda PAS kawasan sama, Ustaz Mohd Zahir Ghazali menyahut unjuran Lajnah Dakwah Dan Pembela Islam Dewan Pemuda PAS untuk melancarkan kempen boikot produk Amerika dan jaringan Israel besar-besaran.

Oleh itu kata Mohd Zahir, pihaknya sedang menyiapkan risalah khas yang menyenaraikan produk dan penyumbang kepada Israel untuk diboikot seluruh masyarakat dan risalah itu akan diedarkan dari tangan ke tangan.


Sumber Asal

Harakahdaily.net