Friday, January 9, 2009

Perokok PENYUMBANG Keganasan Palestin !!!

Para perokok khususnya dari kalangan umat Islam diseru menjadikan kekejaman Zionis Israel ke atas umat Islam Palestin pada ketika ini sebagai keazaman untuk berhenti merokok memandangkan rokok juga kebanyakannya adalah produk dan penyumbang kepada Israel.
Iklan


Bahkan rokok juga terbukti merosakkan kesihatan manusia sedangkan Nabi Muhammad s.a.w. mahukan umatnya bukan sahaja kuat pada rohani tetapi juga jasmani.

Nasihat itu dituturkan Pengerusi Tarbiyyah Dan Kepimpinan Dewan Pemuda PAS Kawasan Merbok (DPPKM), Ustaz Kyairul Asyraf Hussin pada satu program pemuda di sini semalam.

Katanya, umat Islam jangan hanya melaungkan bantahan kepada Israel tetapi pada masa yang sama masih merokok.

"Mulut kita kata kutuk Israel! Tetapi dalam masa yang sama mulut itu juga kita merokok. Bukan Coca-cola, Colgate, McDonald's dan lain-lain itu saja kita kenal sebagai produk Yahudi, rokok pun kita kena masukkan sebagai produk Yahudi," tegas beliau.

Katanya, keupayaan umat Islam di negara ini untuk membantu saudara di Palestin hanyalah dengan doa. Pun begitu ujarnya, doa akan tertolak dari tubuh yang masuk padanya perkara haram.

"Macam mana doa kita hendak diterima kalau masih ada yang haram dalam tubuh kita?" ujar beliau mempersoalkan dengan sebuah hadis dijadikan hujahnya.

Sementara itu, Ketua Pemuda PAS kawasan sama, Ustaz Mohd Zahir Ghazali menyahut unjuran Lajnah Dakwah Dan Pembela Islam Dewan Pemuda PAS untuk melancarkan kempen boikot produk Amerika dan jaringan Israel besar-besaran.

Oleh itu kata Mohd Zahir, pihaknya sedang menyiapkan risalah khas yang menyenaraikan produk dan penyumbang kepada Israel untuk diboikot seluruh masyarakat dan risalah itu akan diedarkan dari tangan ke tangan.


Sumber Asal

Harakahdaily.net

No comments: