Sunday, January 24, 2010

Anda Berhak Hebat! Kejayaan Milik Setiap Insan!



بسم الله الرحمن الرحيم


Assalammulaikum w.b.t

Tatkala Januari kian berlalu , Februari pula kian menghimpit. Majoriti mahasiswa/wi khususnya di Mansoura kian hebat dengan aktiviti 'hibernasi'. Hibernasi bukan untuk 'menternak' lemak-lemak dibadan, tetapi hibernasi untuk 'menjinakkan' buku-buku di depan supaya dapat dicerna, dihadam dan di'store'kan sebagai short term memory pada hippocampus dan long term memory pada temporal lobe.

Realiti dan lazimnya memory(pelajaran) hanya di'store'kan di hippocampus. Betul ? Terserahlah kepada kalian. Jujurnya saya sendiri begitu. Belajar untuk peperiksaan pertengahan penggal (midterm) dan tidak sedar beberapa ketika kemudian sudah melupai subjek yang saya hafal. Mungkin kerna diri yang lemah ini mengENTENGkan kepentingan temporal lobe. Sedih penuh sesalan ketika peperiksaan akhir menjelang. Nasihat pada diri dan kalian 'Revise Memorize , Revise Memorize, Revise Memorize = Memory Stored'. InsyaAllah begitu hasilnya. Yang penting istiqamah dalam tindakan. Cakap dengan lidah dan ketukan punat-punat huruf pada laptop ini memanglah tersangat senang,  realitinya hendak mencari istiqamah sangatlah susah. Maaf kalian, saya bukan maksudkan Saudari Esteqqammah Timb. Ketua Kuliah saya yang berdedikasi itu. Maafkan saya Saudari Esteqqammah.

Pendapat saya, 'We Are Start From Zero - From NOBODY to SOMEBODY ' dalam konteks belajar di peringkat ijazah ini. Keputusan-keputusan peperiksaan SPM, Matrik atau A-Level tidak banyak membantu kita dan tiada siapa lagi memandang keputusan tersebut. Itulah realiti. Keputusan-keputusan itu tidak menjamin kita unggul dalam lapangan yang kita lalui kini. Janganlah kalian dibayangi dengan kejayaan dan kegagalan masa lalu hingga meranapkan impian dan harapan mendatang. Namun, bagi mereka yang cemerlang sebelumnya, haruslah mengekalkan momentum kejayaan, bawa semangat kejayaan bersama anda dalam lapangan yang baru ini, bagi mereka yang pernah menempuh kegagalan, beranikan diri dan bangkit untuk merubah, pilihan di hadapan anda. GAGAL atau BERJAYA. Pilihlah yang terbaik. Meskipun I.Q individu itu menyumbang kepada kejayaan, namun apa yang lebih membezakan kita dalam kondisi pembelajaran di Mesir adalah ketekunan seseorang dalam pelajaran. Siapa belajar dan hafal lebih maka dia peroleh lebih. Input 150 = Output 150. Doakan kejayaan bersama.

Saya percaya terdapat segelintir sahabat kita yang merasakan diri mereka tidak layak berada dalam lapangan ini - Perubatan, Pergigian dan Farmasi. Saya sempat menonton sebuah filem tayangan tahun 2009 arahan John Lee Hancock bertajuk The Blind Side. Filem yang mengisahkan kisah benar perjalanan hidup seorang pemain American Football - Michael Jerome Oher. Beliau merupakan seorang anak daripada keluarga berkulit hitam yang terbiar dan telah dikutip serta dipelihara oleh pasangan Leigh Anne dan Sean Touhy yang berkulit putih.Beliau telah diberi peluang untuk 'hidup semula' - belajar dan berjaya menjadi seorang pemain American Football yang digeruni . Beliau pernah berkata dalam sesi temubual, satu quote yang sangat memberi impak kepada saya berbunyi - ''Saya mungkin bukan antara yang berbakat tetapi saya telah diberikan peluang itu.". Saya harapkan kalian mengambil semangat beliau hargailah peluang yang diberi ini. Lupakan keputusan peperiksaan sebelum ini. Usaha dan terus berusaha.


Firman Allah 

Bagi tiap-tiap seorang ada malaikat penjaganya silih berganti dari hadapannya dan dari belakangnya, yang mengawas dan menjaganya (dari sesuatu bahaya) dengan perintah Allah. Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri. Dan apabila Allah menghendaki untuk menimpakan kepada sesuatu kaum bala bencana (disebabkan kesalahan mereka sendiri), maka tiada sesiapapun yang dapat menolak atau menahan apa yang ditetapkanNya itu, dan tidak ada sesiapapun yang dapat menolong dan melindungi mereka selain daripadaNya.

Surah Ar-Rad - Ayat 11 
 

DUIT - Doa Usaha Ikhtiar Tawakal




Di kesempatan ini saya doakan sahabat-sahabat  bakal menempuh peperiksaan (khususnya di Mesir dan amnya serata dunia) mendapat pertolonganNya insyaAllah. Jangan anda lupa untuk menghubungi ibu bapa anda, mohon restu doa mereka untuk kejayaan kita bersama. Semoga dengan usaha tekun kalian mendapat kejayaan yang setimpal. Amin




SELAMAT MENEMPUH PEPERIKSAAN


DOA UNTUK MANFAAT SEMUA


1- Doa Ketika Hendak Mula Belajar





 2- Doa Untuk Mudah Ingat





3- Doa Supaya Ditambah Ilmu Pengetahuan




 Sekian. 
 Wassalam


2 comments:

AbuHumairah said...

Oh....[sege].



oh....[terkesan]



oh....[terasa]



oh....[sedikit tertekan]



oh....



[sajo menyemok :p]

Dr. Asyraf said...

salam..
abuHumairah
Xde ape untuk disegankan jika diri kita berusaha untuk yg terbaik..;-p
haha..terkesan terasa tertekan - Itu ertinya ade perihal diri kita yg perlu diubah dan diperbaiki..ngeh3.

InsyaALlah kejayaan adalah satu pilihan. If u want, then go for it.

Doakan kejayaan bersama..insyaALlah
amin..
wassalam