Monday, March 15, 2010

MRSM Taiping No. 1 - Ranking SPM 2009



 بسم الله الرحمن الرحيم 
Assalammualaikum w.b.t

Sekolah Terbaik MRSM & SBP 
Seluruh Malaysia 
SPM 2009

 
  
PUTRAJAYA 11 Mac – Gladys Tan Yee Kim dari Sekolah Menengah Kebangsaan Green Road, Kuching, Sarawak yang mendapat 10A dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2009 hari ini diumumkan sebagai pelajar terbaik, manakala Sekolah Menengah Sains Seremban, Negeri Sembilan pula muncul sebagai sekolah terbaik. - UTUSAN MELOYA
PUTRAJAYA: Seramai 364,046 calon lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) berbanding 347,443 pada 2008 dengan 199,155 calon atau 49.6 peratus lulus semua mata pelajaran berbanding 181,419 (47.4 peratus) sebelum itu. Keputusan keseluruhan SPM 2009 peringkat kebangsaan itu diumumkan oleh Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mohd Dom pada sidang akhbar di sini, sebentar tadi.
Manakala, seramai 7,987 calon berjaya mendapat gred cemerlang (A+, A atau A-) dalam semua mata pelajaran yang diduduki dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2009 berbanding 6,277 pada tahun sebelumnya. Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mohd Dom, berkata, daripada jumlah itu, seramai 214 calon sekolah Kementerian Pelajaran berjaya memperoleh gred cemerlang tertinggi (A+) bagi semua mata pelajaran yang diduduki.
Menurut beliau, seramai 41 orang merupakan calon persendirian, sekolah swasta dan sekolah-sekolah tajaan agensi selain kementerian.

Kedudukan MRSM 10 Terbaik Seluruh Malaysia:-
1. Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Taiping, Perak
2. Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Tun Ghafar Baba, Melaka
3. Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Pengkalan Chepa, Kelantan
4. Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Alor Gajah, Melaka
5. Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Pengkalan Hulu, Perak
6. Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Pasir Salak, Perak
7. Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Kuala Kubu Bharu, Selangor
8. Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Langkawi, Kedah
9. Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Batu Pahat, Johor
10. Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Kuala Lipis, Pahang




Ranking MRSM Seluruh Malaysia Mengikut Gred Purata Maktab (GPM)




*****

Alhamdulillah..Tahniah kepada MRSM Taiping (Maresmartian) khususnya pelajar-pelajar 08/09 kerana berjaya menempatkan MRSM Taiping ke persada  NO. 1 antara MRSM Se- Malaysia setelah 5 tahun mencuba dengan Gred Purata Maktab(GPM) 1.1052. SPM 2005, MRSM Taiping dikecewakan oleh batch saya (04/05), kami hanya mampu berada pada kelompok kedua MRSM Se-Malaysia dan sekolah terbaik Malaysia berada dibelakang MRSM Jasin (kini MRSM Tun Ghafar Baba) setelah mengungguli  keempat-empat keputusan peperiksaan semester MRSM Se-Malaysia. Ada suara-suara sumbang mengatakan bahawa MRSM Jasin berada ditempat pertama kerana MRSM tersebut tidak mewajibkan subjek EST,subjek yang mencacatkan keputusan kebanyakan pelajar MRSM bahkan sekolah lain. Kita lupakan kisah lalu buka lembaran baru. Kini tahun 2010, masih terngiang-ngiang bisikan motivasi daripada Bonda Pengetua saya, Puan Shaariah Dahaman pada setiap kali perhimpunan. Bisikan yang mampu menaikkan semangat pelajar-pelajar yang kian hilang arah dan kudrat.  Syukur ke hadrat ilahi dan selautan terima kasih kepada Bonda kerna telah  menyinambungi perjalanan ini. Wawasan MRSM Taiping. Kerna Bonda daku disini. amin.
 
The Number is ONE , The Alphabet is A.
 
Mrs Shaariah binti Dahaman
Former Principal of MRSM Taiping (2003-2006)
 
Bagi SM Sains Seremban (SASER), tahun ini merupakan tahun ke-6 mereka mengungguli kedudukan teratas SBP sejak tahun 2006. SASER turut dinobat sebagai sekolah terbaik Malaysia dengan purata nilaian gred (PNG - mengikut cara pengiraan baru) 0.97 dengan 138 pelajarnya memperoleh semua A. Syabas dan tahniah diucapkan kepada seluruh warga SASER. 
 
PNG SPM 2009 (SASER) Mengikut Subjek

SUBJEK
PNG
Bahasa Melayu 0.72
Bahasa Inggeris 1.25
Matematik 0.22
Pendidikan Islam 0.60
Pendidikan Moral 0.44
Sejarah 0.63
Fizik 1.33
Kimia 0.94
Biologi 1.90
Matematik Tambahan 1.06
EST 1.68

p/s : Untuk pengetahuan semua, pemberat bagi A+ ialah 0. Oleh itu, semakin hampir PNG kepada 0 bermaksud semakin baik pencapaian.

Meskipun hampir keseluruhan sekolah yang mencuri tempat teratas bukan merupakan  Sekolah Kluster atau Sekolah Berprestasi Tinggi (saya kurang setuju dengan senarai sekolah yang terpilih), namun anda berjaya menjulang ke persada. Ini membuktikan kejayaan sesuatu sekolah bukanlah terletak kepada nama, tetapi terletak kepada nilai-nilai modal insan berkualiti (tenaga pengajar dan pelajar) yang terhimpun didalamnya.  
 
Saya percaya terdapat sesetengah pihak membandingkan SBP dan MRSM. Jujur saya katakan perbezaan bilangan pelajar mempengaruhi keputusan SPM MRSM-MRSM yang ada.  Bilangan pelajar di MRSM besar, mencapai dan melebihi 300 orang pelajar. Jadi janganlah kita banding-bandingkan kerna kita sudah tahu yang mana yang terbaik. 
 
Akhir kalam, saya doakan moga semua pelajar yang cemerlang mahupun sedang berupaya menapak  mendaki ke puncak dapat melipatgandakan keringat anda kerna perjalanan anda masih jauh. Cemerlang gandakan usaha, Gagal bukan berakhir sebuah impian, kerna SPM merupakan satu permulaan. Daya Usaha Ikhtiar Tawakkal = Kejayaan.
 
 
WINNER is not who never FAILS, but the one who never QUIT.
 
In difficult moments behave like duck, 
keep calm and unruffled on the surface
But keep paddling away like crazy underneath.


sekian,
wassalam

3 comments:

wan said...

knape top 10 xde dri kalangn pelajr mrsm ,ek ?

Berudu Tigarasa said...

teringat kat Bonda ;)
she's the best principal ever !
sgt2 bermotivasi setiap kali dgr dia ckp.huk3:')

Anonymous said...

sbab mrsm bkan sekolah bwah kmntrian pndidikan..